Quantcast
Channel: S A N G G A H T O K J A N G G U T
Viewing all 63 articles
Browse latest View live

Berubahlah Najib sebelum krisis keyakinan bertambah parah!

$
0
0

Najib perlu berani..!

MASIH belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.


Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 

Kegagalan PM Najib hari ini dilihat oleh ramai pihak kerana beliau terlalu tunduk dan menjadi Yes Man kepada PEMANDU dan juga ada pihak melihat Najib mempunyai ketakutan yang luar biasa untuk mengambil tindakan memecat terhadap Penasihat-penasihatnya,agensi-agensi strategi yang dibawah Jabatan Perdana Menteri yang gagal melaksanakan teori transformasi yang beliau laungkan pada awal pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Di luar sana,PMO dijadikan sasaran dan menyalahkan Jabatan Media Perdana Menteri semata-mata adalah tidak adil kerana ramai lagi pihak yang harus dipertanggungjawabkan seperti Jabatan R&D,Setiausaha-Setiausaha Politiknya dan banyak lagi yang bersangkutan yang seharusnya menyampaikan perkara benar tentang kegelisahan rakyat dan tentang kebencian penyokong terhadap beberapa tindakan Najib yang sememangnya tidak popular malah membebankan rakyat.

Malang Najib bertimpa kerana orang-orang sekelilingnya mempunyai kepentingan peribadi masing-masing dan mereka mengambil kesempatan bukan untuk membantu Najib tetapi turut memberikan tekanan demi tekanan kepada Najib seolah-olah seperti mahu menunjukkan jalan keluar serta menutup pintu Putrajaya kepada Najib.

Najib jangan memandang rendah kepada keluh kesah rakyat di luar sana dan usaha Najib kononnya untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang 2020 hanyalah tinggal impian dan tidak bererti apa-apa sekiranya Barisan Nasional hilang kerajaan di PRU14 nanti.

Najib harus kembali kepada persoalan asas iaitu untuk menjadi Perdana Menteri yang berani serta tahu menggunakan kuasa malah ada yang mula membandingkan bahawa Khalid Ibrahim lebih berani menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor daripada Najib yang ada kuasa sebagai Perdana Menteri tetapi takut untuk menggunakannya.

Berdoalah Najib moga Allah selamatkan pentadbirannya..!
Sehingga hari PM Najib gagal dan takut untuk memecat Penasihat-Penasihatnya termasuklah memecat Raja Arif Ketua Pengarah BTN (sekadar menyebut satu nama) yang dijadikan kuda tunggangan oleh bekas Setiausaha Politik Najib sebelum ini kerana mereka inilah antara anai-anai yang sedang memakan tiang seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ramai lagi nama-nama yang boleh disebutkan sebagai antara orang yang menyumbang kepada kegagalan Najib mengurus Negara ketika ini yang sepatutnya membantu Najib menguruskan keyakinan rakyat terhadap keputusan pimpinannya dan yang paling membimbangkan kita sekiranya selepas ini apa sahaja yang keluar dari mulut Najib, rakyat tidak percaya dan menganggap Najib hanya sekadar retorik semata-mata dan paling kita takutkan sekiranya PM Najib dianggap sebagai Perdana Menteri yang menipu rakyat setelah memperolehi kuasa.

Di mana mereka yang dibayar gaji mahal,elaun itu dan ini,projek sana dan sini di saat PM Najib dihina dengan isu kangkung?Dimana semua mereka ini disaat keluarga Najib diserang dan difitnah?Atau sebenarnya ada dikalangan mereka yang mengorkestrakan segala isu tentang Najib agar Najib tertekan serta bosan dan akhirnya meninggalkan tahtanya di Putrajaya.

Untuk mereda krisis keyakinan rakyat terhadap pimpinannya,sekurang-kurangnya Najib cari sedikit keberanian untuk bertindak dengan memecat mana-mana pegawainya yang menjadi duri dalam daging,menamatkan kontrak mana-mana Ketua Pengarah agensi yang selama ini hidup dengan hanya membuncitkan perut sendiri tanpa berusaha membantu PM Najib menguruskan Negara.

Najib jangan simpan bangkai dalam kepimpinannya dan demi masa depan Najib sebagai perdana Menteri,janganlah Najib terus-terusan membela biawak-biawak hidup disekelilingnya dan sekiranya Najib lebih pentingkan kawan-kawanya,kauma keluarganya dan penasihat-penasihatnya daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri,yakin dan percayalah hayat Najib sebagai Perdana Menteri akan senasib dengan Pak (Tun) Lah.

Timun pun ditangan Najib,durian pun ditangan Najib.Terpulanglah kepada kebijaksanaan beliau.Jazakallah..

Puteri UMNO dijadikan bahan eksperimen Raja Arif..

$
0
0


Dulu kutuk KP lain sebab menyanyi!

SEMALAM Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) mengadakan program sempena menyambut Tahun Baru 2014 dengan menghimpunkan Pengarah-Pengarah Negeri dan kita juga turut mengucapkan Selamat Tahun Baru dan tahniah kepada beliau yang begitu serius menyusun program mencari nyawa untuk menyambung talian hayat bagi  tahun 2014 dan semoga tahun baru ini memberi sinar kepada beliau dan Timbalan-Timbalan Pengarahnya dari segi perjawatan biarpun terpaksa mengorbankan kakitangan pengurusan yang dipaksa berhijrah dan berpisah dari keluarga untuk memenuhi tuntutan nafsu Ketua Pengarah dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah sebagaimana syarat perjawatan dari pihak SPA dan untuk  tujuan itu semua kakitangan dan pegawai rela berkorban.


Pemilihan Raja Arif sebagai KP BTN dan Mokhtar serta Hanapi sememangnya pilihan yang amat tepat oleh PM Najib dan lihat sahaja kebijaksanaan yang ditunjukan oleh Raja Arif apabila dengan pantas, secepat kilat dan segera menyusun program untuk UMNO sama ada itu salah satu program sambung nyawa atau tidak tetapi Raja Arif bertindak segera, kali ini terus disusun program untuk Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan telah pun berlangsung satu sessi di Meru, Kelang dan hari ini selama tiga hari sekali lagi Puteri dibawa untuk jadi ujikaji di Kem Ulu Sepri.



Khabarnya bukan main seronok  Raja Arif apabila ada ahli Puteri yang memuji program BTN ini lain dari yg lain dan kita tertanya-tanya, apa yg lainnya? Apakah kelainan ini menjadikan kesannya lebih baik dan apa guna kelainan itu  jika kesannyamenjadi  lebih buruk? Dan kita pun hairan dalam banyak-banyak sayap UMNO, Puteri UMNO sahaja yang sanggup menjadikan ahli-ahli mereka sebagai bahan uji kaji BTN.


Kita pun ingin tahu, apakah program-program itu sememangnya dikendalikan oleh BTN atau BTN hanya menyediakan tempat dan makan, sebaliknya ia dikendalikan oleh consultant dan apa hubungan konsultan ini dengan Raja Arif? Dan kalau konsultan yang mengendalikan untuk apa Raja Arif saolah-olah seperti peserta Maharaja Lawak menjadi orang yang mengaku proram itu program BTN hingga berjuih mulutnya menyakinkan kakitangan yang hadir dalam perjumpaan semalam?

Hakikatnya kekecewaan Puteri UMNO terserlah apabila Konsultan yang dilantik oleh Raja Arif yang memperlekehkan ahli Puteri dengan menjadikan hanya 15 orang ahli Puteri sebagai responden bagi menunjukkan Puteri tidak berkualiti. Sedangkan responden itu tidak mewakili ratusan ribu ahli Puteri seluruh Negara. Buta-buta pegawai BTN yang hadir semalam ditipu oleh anak Raja ini. Dok rhokk Cetonggg mung!!


Kita difahamkan oleh ahli Puteri yang hadir ,BTN hanya kendalikan 3 slot LDK sahaja tetapi Raja Arif bangga mengaku seluruh modul kursus itu adalah terbitan BTN dan kalau itu benarnya jadilah Raja Arif sebagai mana kata orang tua-tua, jenis suka berak di atas pusu... (busut) dan mana datangnya pula ahli Puteri yang memuji modul Raja Arif?Berapa ramai yang puji?Satu orang ataupun semua ahli Puteri yang hadir dalam kursus itu? Kuat belawok mung! beghayuk mok mung!


Pegawai BTN kena main golf untuk dekatkan dengan rakyat..
Sesuatu yang perlu kita tahu dan sedar bahawa program untuk ahli UMNO harus datang dari orang yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan menyelamatkan UMNO dan kalau ikut sifir Raja Arif, orang Kelantan tidak layak bercakap tentang formula kemenangan kerana  Kelantan kalah, maka sifir yang sama perlu di gunakan untuk Raja Arifi sendiri kerana  perjuangan UMNO yang jujur dan ikhlas untuk agama, bangsa dan negara.

Kursus sebegini tidak boleh ditunjuk ajar oleh orang yang menjadi pengkhianat kepada UMNO seperti Raja Arif, Mokhtar dan Hanapi. Pada Hanapi semoga selepas ini akan lebih berjaya dalam kerjaya baru sebagai Pensyarah di Universiti Malaya.,`resume’ telah diteliti dan mungkin akan menjadi warga Universiti Malaya. Eloklah tu..cukup-cukuplah Hanapi jadi api dalam sekam dan duri dalam daging di BTN..


Dalam program yang sedang berlangsung sekarang ini, Raja Arif harus jujur dengan modul yang ingin dilatih kepada Puteri UMNO Malaysia. Apakah nilai-nilai perjuangan UMNO, nilai-nilai pengkhianat kepada UMNO, sejarah perjuangan bangsa dan segala mungkin maklumat disampaikan kepada ahli-ahli Puteri sehinggakan ahli-ahli Puteri rasa amat berbeza dan bila keluar dari kem latihan dengan semangat untuk berjuang dan menggerakan segera jentera bagi menghadapi PRU14 atau Puteri hanya merasa keseronokan dengan  kursus kerana modul BTN sekarang sekadar horey-hore, berkaroake dan langsung merasa tidak tertekan dengan segala kelonggaran untuk memenuhi selera perjuangan demi agama,bangsa dan negara.
 

Ahli Puteri dijadikan eksperimen cari talian hayat...
Atau yang sesungguhnya, sebagai orang yang sememangnya berada di dalam kerajaan dengan perancangan untuk menumbangkan kerajaan dari dalam, Raja Arif tidak pernah kisah dengan apa-apa modul asalkan janji program untuk UMNO  telah dibuat kerana itu arahan Presiden dan apabila arahan Presiden ditunaikan, itu bermakna, nyawanya masih panjang di BTN.


Lagi menarik dalam pertemuan semalam, Raja Arif baru mencadangkan pegawai-pegawai BTN memiliki blog ataupun Facebook dan juga Twitter dan nampak sangat betapa ketinggalan zamannya KP BTN ini. UMNO sudah mahu lumpuh dan PM Najib terkapai-kapai sendirian, Raja Arif baru mencadangkan media sosial diaktifkan dikalangan pegawai-pegawai BTN.


Kita juga ingin maklumkan kepada Raja Arif bahawa satu gerakan yang digerakan oleh sebahagian besar pegawai-pegawai BTN untuk menolak Raja Arif sebagai Ketua Pengarah dengan melancarkan gerakan ABRA iaitu Asalkan Bukan Raja Arif dan kita yakin gerakan ini bukan sekadar mahu menyingkirkan Raja Arif tetapi turut mahu memalukan Raja Arif secara peribadi.Jadi sebelum malu menjadi lebih besar,berundurlah Raja Arif.


Sebagai kesimpulan,kita juga ingin tahu berapa banyak lagi program untuk menjadikan Puteri bahan eksperimen untuk tahun ini.Program himpunan bloger dan juga kumpulan media sosial,bila pula Raja Arif mahu laksanakan kerana itupun arahan daripada Presiden dan untuk sambung nyawa janganlah pula Raja Arif buat-buat lupa.


Abaikan PRK Kajang-BN jangan terpedaya dengan analisa Penasihat gila!

$
0
0

Kajang- permulaan menumbangkan Najib!

PANDANGAN dan nasihat telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mengambil kira sejarah lampau bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.

PM Najib boleh berfikir kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.

Dan kalau BN tidak akan menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah berubah pucuk pimpinan mereka.


Biarkan pembangkang menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka dan sebagai Perdana Menteri,tidak perlulah beliau menjadi orang tengah ataupun membiarkan diri dimangsai oleh kegelojohan dan kegilaan pembangkang ini.PM Najib lebih bijak membaca apa yang tersirat sebenarnya di sebalik arahan Anwar supaya DUN Kajang dikosongkan untuk satu PRK dan tidak perlulah PM Najib menelan gula-gula yang diberikan oleh orang-orang sekelilingnya.

PM Najib tidak perlu terpedaya dengan muslihat penasihat-penasihat yang berada di sekeliling beliau ketika ini terutama Ketua-ketua jabatan psywar yang sekarang ini sedang sibuk membuat analisa seperti salah seorang darinya iaitu Raja Arif,Ketua Pengarah BTN kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ada agenda yang sedang Anwar gerakkan dan mungkin turut digerakkan oleh dalaman UMNO untuk melihat nasib PM Najib seperti Pak Lah.

PM Najib tidak perlu menunggu analisa bohong yang dibuat oleh jabatan berkaitan terutama sekali daripada BTN yang mana Raja Arif sedang dibantu oleh pegawai-pegawai kanannya yang masih buta tentang politik dan kalau celik sekalipun,analisa mereka bukan boleh diguna pakai.

Raja arif sendiri khabarnya sedang membuat pelbagai analisa dibantu oleh pegawai-pegawai kanan beliau yg rata-ratanya memang tinggal atauoun bermastautin di Kajang. Memamg menjadi prinsip Raja Arif,hanya lembu Mekah; yng tahu tentang Mekah lantaran itulah Raja Arif sedang menunggu analisis daripada pegawai-pegawai daripada Kajang dan PM Najib dikatakan sedang menunggu analisa ini bagi diperbodohkan untuk kesekian kalainya oleh pasukan BTN yang semakin tidak berguna dan berharga sesen pun ketika ini.
Kita yakin dan percaya pasukan Raja Arif ini akan menasihati PM Najib supaya menawarkan calon untuk bertanding di Kajang dengan memberikan harapan serta keyakinan bahawa BN boleh menang di DUN tersebut malah boleh mengurangkan majority tetapi itu jugalah yang dinyanyikan sewaktu Anwar bertanding di Permatang Pauh,bukan menurunkan majority malah majority Anwar bertambah melebihi lima ribu undi.

Analisa yang dibuat oleh pasukan BTN ini sebenarnya hanya sekadar untuk menghalalkan mereka menggunakan wang jabatan dan sebagai pengkagum Anwar,tidak mustahil pasukan ini bukan membantu calon BN malah mungkin akan menggunakannya untuk membantu Anwar.

Sebab  itulah untuk PRK Kajang walaupun melanggar prinsipnya,Raja Arif telah melantik orang Kelantan sebagai Pengarah Operasi PRK Kajang iaitu Pengarah Cawangan Pemaju Masyarakat yang amat dibenci oleh beliau diTerengganu kerana Pengarah ini adalah orang Kelantand an pemilihan ini seperti tidak masuk akal kerana Raja Arif selalu mengulangi dan menjadi pegangan beliau bahawa orang Kelantan tidak layak memegang apa-apa jawatan yang bersifat strategic kerana Kelantan adalah negeri yang kalah tetapi kali ini beliau melanggar prinsipnya dan apakah Ops kali ini adalah Opreasi untuk kalah bagi kesekian kalinya kerana logiknya yang bertanding di PRK Kajang adalah idola dan juga murrabi kepada Raja Arif.

Raja Arif-Calon Raja Lawak dari BTN.
PRK Kajang yang datang secara tiba-tiba ini juga adalah peluang untuk Raja Arif mencari talian hayatnya. Untuk kekal sebagai Ketua Pengarah BTN dan sebab itulah beberapa hari lalu Raja Arif bertemu dengan Mustafa Mohamad,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan walaupun Tok Pa tidak layak dimata Raja Arif kerana Tok Pa gagal membawa kemenangan untuk Kelantan dan pertemuan tersebut bagi tujuan Tok Pa menyokongnya ataupun mengetahu tentang kewujudannya dan alasan lain pertemuan itu adalah menawarkan bantuan untuk UMNO Kelantan.

Kita percaya selepas Tok Pa,Raja Arif akan menemui seluruh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk menyembah dan menawarkan diri membantu dengan harapan agar Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri ini memberitahu kepada PM Najib kononnya Raja Arif gigih berkerja dan perlu disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah BTN apatah lagi beliau belum sempat lagi menggunakan kereta baru yang disediakan oleh kerajaan.

Kalau benarlah PM Najib menggunapakai otak udang Raja Arif dan pasukannya ini,kita percaya salah satu lagi prosedur tetap operasi BTN adalah mendekati pengundi dengan menggunakan padang golf dan lagi senanglah kerana di Kajang memang banyak terdapat padang-padang golf ini.Disinilah analisa Raja Arif..

Raja Arif bangga kerana program bermain golf lah yang beliau lakukan di Terengganu hingga BN tetap menang besar mengikut penilaian dan analisa Raja Arif dan dikatakan bangga mengatakanbahawa Terengganu benar-benar bernasib baik kerana PM Najib melantik beliau sebagai Ketua Pengatah BTN menyebabkan BN masih menang dan bangga tindakan drastiknya membawa balik anak Terengganu.sebagai Pengarah BTN Negeri telah mengubah landskap politik negeri tersebut 

Cuma kerana beliau tidak dicalonkan sebagai calon PRU13 maka Parlimen Kuala Nerus dan 3 DUN dalam kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang.Koya anak Raja Ali nih!

Biar mereka sahaja yang gila,jangan Najib ikut gila mereka..
Mungkin kerana berpandukan kepada kehebatan-kehebatan inilah barangkali PM Najib sedang menunggu lampu hijau Raja Arif untuk membuat keputusan samada menyertai PRK Kajang atau tidak..Bukti daripada PRK terakhir sebelum ini iaitu Kuala Besut adalah amat releven dengan keputusan yang akan PM Najib laksanakan dan PM Najib kalau mahu mendengar nasihat ataupun pandangan Raja Arif,lihat dulu analisa BTN di Kuala Besut bilamana peti undi yang dipertanggungjawab kepada ketua Pengarah yang `ddok rok chhetong’ ini iaitu di Kg Nail,jelas keputusannya memihak kepada BN iaitu tidak berlaku sebarang peningkatan sokongan serta penurunan sokongan,kalau bukan BTN yang bertanggungjawab seakan Peti Undi tersebut akan kalah.

Kesimpulannya PRK Kajang bukanlah medan yang sepatutnya BN terlibat sama.Kita pernah mengatakan keputusan pengosongan itu adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat dan kalau BN juga terlibat maka BN tidak jauh beza dengan PKR,sama-sama menjadi pengkhianat kepada rakyat.Kalau kita mengatakan tindakan ADUN PKR itu mengosong kerusi tersebut sebagai dosa kepada rakyat,BN juga akan turut berdosa kerana menelan dosa yang sama.Biarlah Anwar dengan kegilaannya,biarlah bertembung Anwar,Khalid serta Azmin Ali..urusan mereka biar mereka yang selesaikan.Jangan BN diperbodohkan untuk kesekian kalinya dan jangan nasib Pak Lah turut sama menimpa Najib..!

Bedal dan belit di Kajang.-apakah PM akan terus di perbodohkan?Tahniah TKSU JPM!

$
0
0


Gerakan memperdayakan Najib!
SEMUANYA telah terjawab dan BN akan turut serta dalam PRK Kajang dengan mempertaruhkan calon MCA untuk menentang Anwar Ibrahim dan keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional membuatkan ramai orang bertepuk tangan kegembiraan kerana kesempatan untuk membedal,membelit dan menipu bagi meraih keuntungan kini kembali terbuka dan bermula dari tarikh pengumuman sehinggalah ke tarikh pilihanraya,masing-masing sedang merangka apa yang mereka bakal perolehi.

Namun begitu kita tidak menafikan bahawa masih ramai yang begitu bersemangat untuk memastikan BN menang bagi menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor kerana mereka tahu bala atau malapetaka besar sedang menanti sekiranya pemimpin yang tidak bermoral ini menang dan dilantik sebagai MB Selangor  dan orang-orang yang mahu BN menang ini adalah orang-orang yang tidak berprofil tingi,yang tinggal di Gua Musang,Lenggong,Hulu Selangor dan lain-lain kampung maupun bandar serta orang-orang yang melihat PRK dalam kacamata yang tulus ikhlas membawa roh perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.


Mereka inilah yang akan datang berkampong dan akan bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk memastikan Anwar Ibrahim akan dimalukan di Kajang dan perancangannya untuk menjadi MB akan terkubur begitu sahaja,.mereka ini semua akan tinggalkan keluarga dan anak-anak dikampung dan akan berjuang biarpun bukan UMNO yang bertanding tetapi kerana kematangan politik yang mereka faham iaitu demi masa depan anak cucu,agama dan negara bukannya kerana wang imbuhan berjuta.


Namun begitu keputusan BN untuk bertanding dilihat oleh sesetengah orang yang kediamannya di Putrajaya dan tinggal sekitar "corridor of power".tanpa mengambil kira kesanggupan orang-orang kampong yang akan datang berjuang untuk menghalang Anwar memenangi PRK Kajang ini,mereka sedang menyiapkan `power point‘ untuk dipersembahkan pada PM Najib dengan niat untuk membedal dan membelit yang jumlahnya cukup untuk  sentiasa berulang alik ke luar Negara,miliki rumah yang ada lif atau esklator,membeli lot-lot tanah,rumah kedai dan berbagai lagi yang boleh dijadikan harta anak bini dan kesemua jumlah itu terlindung disebalik program yang akan dibuat,manifesto Kajang yang akan dibukukan,risalah-risalah penerangan yang akan di cetak malah berbagai-bagai lagi yang terselindung di sebalik nama Ops PRK Kajang.


Belitan dan bedalan mereka secara profesional ini akan diterima dengan penuh  senyuman oleh PM Najib kerana kejahatan mereka terselindung disebalik darjah yang membawa gelaran Dato dan Tan Seri malah kedudukan mereka juga kerana PM Najib sendiri yang meletakan mereka di kedudukan yang membolehkan mereka ini membedal dan membelit.


Barangkali kerana menyedari tentang hebatnya belit dan bedal kalangan yang berjawatan ini Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memanggil pengurusan tertinggi BTN untuk disiasat tentang penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dana kewangan yang diperuntukan kepada BTN bagi membantu kerajaan dan tindakan TKSU memanggil untk siasatan Ketua Pengarah BTN dan dua (2)Timbalan Ketua Pengarah serta seorang Pengarah Cawangan BTN adalah satu langkah terpuji serta tepat pada masanya walaupun beliau tahu risiko memanggil siasatan orang yang diangkat oleh PM Najib untuk ke jawatan itu dan ini memberikan tanda bahawa masih ada pegawai yang tidak sanggup meihat PM Najib terus ditipu dan dianiyai oleh jentera kerajaan sendiri.

Difahamkan hingar bingar Ibu Pejabat BTN di Putrajaya bahawa Raja Arif, Mokthar@ PA System,Hanafi@ Abu Nawas dan Cik Manis @anak abah dikatakan telah dipanggil untuk siasatan kerana melanggar etika kerja,penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dan jika benarlah seperti yang didakwa bahawa Cik Manis telah membuat pengakuan bahawa syarikat suaminya terlibat dalam mendapatkan kerja-kerja percetakan dan kelangsungan daripada siasatan TKSU ini kita bukan sekadar mengharapkan siasatan semata-mata,memanggil untuk bertemu mata semata-mata malah tindakan lebih lanjut termasuk membabitkan SPRM perlu diteruskan sejajar dengan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.Kalau benar Cik Manis mengaku,ini adalah kes yang sahih dan TKSU jangan bersekongkol menyembunyikan siasatan itu tanpa apa-apa tindakan susulan.


TKSU juga harus menyiasat kos ubahsuai Rumah Meranti di Jalan Bellamy yang dijadikan pusat usrah ABIM,pembelian PA System yang diarahkan oleh Haji Mokhtar,pembelian air mineral dari Selangor untuk dihantar ke Sabah sebelum PRU13, kewajaran trip perjalanan ke luar Negara yang secara wewenangnya digunakan oleh pengurusan tertinggi BTN dengan alasan bertemu pelajar dan melancarkan buku di luar Negara sedangkan hakikatnya mereka mengambil peluang untuk melancong menggunakan wang kerajaan,pertukaran pegawai dua kali setahun,kenaikan pangkat atau Gred secara membuat tuli malah ada yang dua kali naik pangkat dalam masa setahun.


Selama ini pendedahan Sanggah Tok Janggut tentang salahlaku serta penyelewengan Ketua Pengarah BTN dan pasukan pengurusannya langsung tidak bersifat peribadi tetapi saya tidak sanggup melihat para badut dan boneka mempermainkan PM Najib dan mengambil kesempatan atas ruang dan peluang yang diberikan oleh PM Najib untuk menikam belakang PM dan mengaut keuntungan peribadi atas jawatan dan kedudukan yang diberikan oleh Perdana Menteri.


Bukti nyata bahawa Raja Arif terus menikam dan menipu PM Najib apabila PM sendiri melantik seorang pakar yang mampu memberikan sumbangan tetapi Raja Arif dengan angkuh dan lagak sombongnya menidakkan surat yang ditandatangani oleh PM sendiri dan tidak membayar elaun bulanan yang sepatutnya pakar itu terima.Sikap bermuka-muka atau talam seribu muka Raja Arif amat ketara didepan PM Najib tetapi Raja Arif masih membayar elaun orang-orang ABIM yang masih jadi jentera perang saraf Anwar.Apakah BTN masih boleh dinamakan sebagai jentera kerajaan ataupun jentera PM Najib?

Seronok menyanyi!
Malah sikap Raja Arif yng seakan-akan kelaparan harta dan kemewahan ini terus menggunakan kedudukan beliau dan Haji Mokhtar  mengagih-agihkan berbagai-bagai  projek serta bantuan kewangan dan TKSU juga harus menyiasat dan mengambil tindakan kepada Haji Mokhtar tentang kewajaran beliau menghantar kontraktor-kontraktor kenalan beliau untuk menyelenggarakan Kem-Kem Latihan BTN diseluruh Negara dan dalam masa yang sama Haji Mokhtar meletakkan pegawai-pegawai ataupun Pengrus Kem Latihan yang memihak kepada beliau sebagai Pengetua Kem dan ini dilihat sebagai memudahkan beliau untuk megumpul harta dan kekayaan sebagai Timbalan Ketua Pengarah BTN. 


Terlalu buruk penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh tiga orang pengurusan tertinggi BTN ini,kepada yang tidak sealiran dengan mereka ianya akan ditamatkan perkhidmatan dan ditukarkan dalam masa 24 jam dan TKSU siasatlah berapa ramai yang menjadi mangsa kepada gila kuasa mereka ini?TKSU juga perlu tahu bahawa dua Timbalan Menteri yang bertanggungjawab mengawasi BTN cuma Raja Arif angguk di depan mereka sahaja tetapi Raja Arif jelir lidah bila di belakang Timbalan Menteri ini bahkan ada pegawai-pegawai BTN yang rapat dengan Timbalan Menteri pun kena hukum dan bagi ketiga-tiga musibat ini,menukar ataupun memecat pegawai umpama seperti permainan catur kepada mereka,sekejap mereka ditukarkan ke ibu pejabat dan selepas dua bulan di tukar lagi ke peringkat negeri..tak ke gila namanya tu!


Tetapi kepada yang pandai membodek,mengampu sebagaimana Raja Arif sendiri yang pandai membodek dan mengampu KSN dan juga KPPA akan naik pangkat dua kali setahun malah dalam temph enam bulan sahaja,dari Gred 44 dinaikan pangkat ke Gred 52.Kerakusan ini dilakukan kerana Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi selalu menegaskan dengan penuh yakin bahawa KSN dan KPPA adalah orang kita.Apa maksudnya?Apakah KSN dan KPPA juga penyokong tegar dan sanggup mati demi Anwar?


Tahniah dan syabas sekali lagi kepada TKSU JPM atas keberanian menyiasat ini dan sekali lagi diulang,TKSU harus berani mengambil tindakan dan kalau kes-kes penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan ini dillepaskan atau dibiarkan begitu sahaja,TKSU juga tidak jauh bezanya.

Aziz Bari penasihat Raja Arif ke?

Kita simpati kepada BTN,satu ketika dulu mereka adalah jentera kerajaan paling berkesan tetapi kini telah menjadi mandul,menopause apabila Raja Arif dilantik sebagai Ketua Pengarah dan pihak TKSU boleh buat kajian,berapa peratus pegawai dana kakitangan BTN hari ini yang seronok berkerja untuk menyumbang pada kerajaan?Sebahagian besarnya sudah hilang segalanya itu kecuali yang ada niat mahu menyamun projek serta kontrak kerana mereka ini jika tidak pandai bodek atapun mengampu akan dianggap musuh,diugut untuk ditamatkan kontrak atau dipindahkan dan simpati kita pada seorang PTD,seorang anak muda yg dilantik sebagai Pegawai Khas yang di ibarat habis madu sepah dibuang kerana akhir bulan ini beliau akan dibuang ke kementerian lain dan macam-macam tuduhan diberikan sedangkan sebelum ini pegawai PTD muda inilah yag menjadi barua bagi menutup berbagai-bagai salah laku dalam penggunaan wang BTN.

Seronok Haji Mokhtar diluar negara!
Kepada Saudara Naizul...anggaplah ini adalah pengajaran dalam kita mengenal sikap manusia,sesuatu yang tidak di ajar di INTAN..ini juga adalah salah satu dari agenda membawa masuk orang-orang ABIM..kesian Naizul hanya kerana beliau bukan dari kalangan usrah ABIM,khidmatnya sudah tidak berguna lagi!.


Kejayaan mengalahkan Anwar haruslah bermula dengan keberanian dan keberanian TKSU JPM adalah diharap menjadi pembakar semangat kepada  gerakan menentang Anwar dalam PRK Kajang nanti dan ingatlah bahawa kejayaan kita mengalahkan Anwar atau mengurangkan majoriti ialah dengan semangat dan keberanian yng di bawa oleh jentera yng datang dari kampung biarpun hidup mereka kais pagi makan pagi,bukannya bergantung kepada badut-badut yang berselindung disebalik agensi dan memakai gelaran Dato dan Tan Seri.


Kepada semua jentera yang akan mula berkampung di Kajang..Ingat dan yakinlah bahawa kalian semua lebih bermaruah daripada Raja Arif,Hanapi dan juga Mokhtar.Jazakallah..

Renungan PRK Kajang- sebenarnya bukan kerana rakyat tetapi keluarga!

$
0
0


TANGGAL 31 Julai 2008, Presiden PKR, Wan Azizah  Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ketika itu Wan Azizah memberikan dua sebab kenapa beliau meletakkan jawatan.


Pertama bagi membolehkan suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kedua memberi laluan kepada Anwar bagi membolehkan usaha menawan Putrajaya dipercepatkan.


Inilah sahaja alasan diberikan ketika itudan bagi menutup alasan semata-mata kerana suami, Wan Azizah menjaja usaha menawan Putrajaya demi membangkitkan keghairahan sekutu pembangkang PAS dan DAP untuk digula-gulakan agar bersama-sama dengan Anwar dan berbondong-bondong rakyat Permatang Pauh tertipu dengan alas an yang diberikan oleh Wan Azizah.



Bagi mengikat sokongan PAS dan DAP, Anwar selepas itu mula menawarkan dogengan 16 September sehingga kan pada pagi 16 September 2008, Anwar dengan muka selamba, pembohong nombor satu Malaysia menyatakan mereka sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menggantikan kerajaan BN ketika itu.


Akhirnya, tiada apa pun yang berlaku. 18 September tinggal kenangan. Tiada rasa bersalah. Tiada permohonan maaf kepada rakyat atas pembohongan yang dilakukan. Malah bagi menutup malu, Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dipersalahkan oleh Anwar kerana tidak mahu mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membolehkan undian tidak percaya dijalankan. 


Sedangkan seminggu selepas itu sidang Dewan Rakyat diadakan, tiada pun usul undi tidak percaya dan Anwar memberi alasan hendak memberi tumpuan kepada pembentangan Bajet 2009 pula.


Licik dan penuh muslihat Anwar dan tidak pun dianggap berdosa oleh rakyat dan pakatan pembangkang yang lain. Anwar dan Wan Azizah sama-saa bersubahat mendustai rakyat dan kali ini rakyat Kajang pula mahu digula-gulakanya.


Jijah yang lara!
KIni Kajang, modus operadi sama digunakan. ADUN Kajang Lee Chin Cheh diarah meletak jawatan. Alasan hendak menawan Putrajaya juga digunakan. Anwar sekali lagi dikatakan calon yang sesuai untuk menggerakan usaha menawan Putrajaya. 


Walaupun hakikatnya 2008 terbukti Anwar gagal dan berbohong. Selain gerakan hendak menawan Putrajaya, PRK Kajang  ditambah  dengan tuduhan kerajaan zalim kononnya keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwatnya untuk menafikan hak beliau untuk bertanding.


Isu keputusan Mahkamah Rayuan,semua sudah tahu faktanya. Tarikh perbicaraan telah ditetap awal dan Anwar tahu meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014,pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dan menurut amalan sebelum ini pilihan raya diadakan dalam tempoh 30 hingga 50 hari dari tarikh kerusi dikosongkan.Jadi, Anwar memang merancang PRK DUN Kajang akan menjadi medan untuk mempertahankan kes liwatnya di gelanggang rakyat


Oleh itu, faktanya jelas, sandiwaranya juga jelas mengikut skrip yang disediakan Anwa,rakyat terus diperalat hanya untuk menyelesaikan isu Anwar dan keluarganya. Wan Azizah yang dulu lari dari tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dengan mengkhianati amanah pengundi Permatang Pauh, kini tanpa rasa malu menawarkan diri kononnya dialah calon yang akan membela rakyat. 


Apakah jika Mahkamah Persekutuan melepas dan membebaskan Anwar sekali lagi Wan Azizah jika menang  akan meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding semula  di Kajang kerana agendanya besar menawan Putrajaya?Dan jika Anwar dipenjara,kerusi Permatang Pauh akan diserahkan kepada anaknya pula?


Sila baca kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini sewaktu mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan bandingkan dengan kenyataan-kenyataannya sekarang sempenan kempen PRK Kajang ini,semuanya sama,skripnya tidak berubah.Agenda Kajang hanyalah usaha untuk keluarga mereka sahaja dan bukannya rakyat jelata.


Dari Kajang Ke Putrajaya

Anwar telepas Azmin ternganga


Dari Kajang Ke Putrajaya

Wan Azizah  menangis air mata buaya


Dari Kajang Ke Putrajaya 

Wan Azizah Ketawa rakyat teraniya

Selamat dibersarakan Mokhtar! Raja Arif teruskanlah bermaharajalela!

$
0
0



Kasihan Razali!
SAYA pada mulanya bercadang mahu` tutup buku’ atau cuci tangan untuk tidak lagi menulis tentang Biro Tata Negara ini kerana sekian lama saya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam BTN,berdepan dengan cicak mengkarung seperti Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi  yang telah jelas perlantikan mereka merugikan masa depan agama,bangsa dan negara tapi PM Najib masih tetap buat pekak badak dan cicak mengkarung ataupun cengkerik ini tetap juga berkeliaran di BTN walaupun mereka kadangkala menjadi pelesit yang sedang memakan darah organisasi bernama BTN ini.Mereka ini terus kebal dan membebalkan orang lain.


Namun setelah mendengar penjelasan YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri di JPM yang mengawalselia BTN ketika di tanya tentang Program BTN dan modul-modul latihan BTN sekarang ini menyebabkan tangan terus gatal untuk menulis dan fikiran terus di hujani pelbagai bayangan tentang peneraju BTN yang namanya Raja Arif dan kita tidak boleh salahkan Razali kerana memberi jawapan yang begitu bombastik Mr Loba Loba kerana pasti jawapan itu telah disediakan oleh Raja Arif kepada Timbalan Menteri namun kepada Razali belajarlah daripada kes ini agar di masa-masa akan datang beliau tidak dilihat seakan-akan diperbudak-budakkan.



Apa yang membuatkan jawapan Timbalan Menteri yang disediakan oleh Raja Arif itu nampak kebudak-budakkan? Perkara pertamanya dengan yakin dijelaskan bahawa program-program BTN sekarang ini adalah bertujuan untuk membina semangat patriotik dan program-program itu telah mengalami transformasi sebagaimana yang PM Najib inginkan, senada dan seirama dgn lagu 1Malaysia.


Cuma tidak dijelaskan bahawa patriotik yang bagaimana yang telah lahir daripada program BTN? Apa transformasi yang telah BTN lakukan dan sejauh mana semangat 1Malaysia telah dijiwai bila Raja Arif diberi amanah menerajui BTN sebagai Ketua Pengarah?


Pengertian Patriotisma secara mudah berasaskan standard murid darjah 6 sekolah rendah ialah mempunyai rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada negara dan akan mempunyai tanggungjawab untuk turut mempertahankan negara daripada ancaman dalam dan luar yang bolehmenganggu kestabilan. Perasaan ini hadir melalui proses pendedahan dan kesedaran yang dipupuk melalui program dan modul yang berkesan. Apakah modul itu sekarang ini dilaksanakan di BTN? Kalau betul kenapa lulusan BTN sekarang ini lebih suka menentang `goverment of the day’ terutamanya PM Najib dan terlalu negatif kepada Rosmah? Apa modul patriotik Raja Arif ini uuntuk mempertahankan negara atau patriotisme yang mengandungi isme-isme Anwarinas?


Makan bersama tapi hanya Mokhtar terkena racun!
Apakah pula modul 1Malaysia yang BTN sedang laksanakan untuk menjadikan rakyat Malaysia liberal dan boleh saling beri dan menerima sebagaimana pokok 1Malaysia garapan Shahlan Ismail?Yang nyata di Kajang baru ini orang-orang Melayu tetap simpati dan memberi undi pada Azizah dan bukannya kepada calon BN kerana dia adalah Cina MCA serta penyokong Cina di Sungai Chua menolak calon BN kerana hanya beliau bergambar dengan Ibrahim Ali,jadi berjayakah modul BTN untuk mengajar rakyat tentang kematangan berpolitik dan patriotik?Rupa-rupanya memang segalanya bombastik dan retorik semata-mata!


Yang menjadikan perut memulas pula ialah bila dijelaskan bahawa sudah berjuta golongan muda khususnya yang telah hadir ke program BTN dibawah Raja Arif. Apakah kriteria yang menjadikan seseorang itu graduan BTN yang boleh di masukkan dalam laporan untuk Menteri di parlimen? Kalau berjuta sudah hadir dan keluar dengan semangat patriotik, apakah suasana politik dan sosial negara kita masih seperti hari ini? Apakah orang yg dijumpai oleh pegawai=pegawai BTN di kedai-kedai makan dan di temui oleh KP BTN di Padang Golf sudah dianggap peserta yang telah faham tentang negara dan patriotik?


Kalau itu ukuran yg PM Najib inginkan memang patutlah Raja Arif terus disambung kontrak untuk menerajui BTN sampai PM sendiri bertukar kerana pastinya akan ada jutaan lagi yang akan dilatih oleh Raja Arif selepas ini sehingga PRU14 nanti. Saya ulang kalau dalam setahun saja sudah lebih sejuta, makna nya menjelang PRU14 nanti jumlahnya akan lebih dari 6 juta orang dan  separuh daripada jumlah pengundi yang memiliki semangat patriotik mengikut tafsiran Raja Arif yang sifatnya sama sebagaimana ketika berhadapan dengan PRU13 lalu.


Persoalannya apakah modul yang ada dan dipertikaikan itu akan diubah selepas ini? Kalau mahu ubah, mampukah Hanafi Abu Nawas sebagai  TKPL BTN merangka modul yang lebih baik selain daripada  modul usrah kumpulan pencinta Anwar Ibrahim ini?


Dan benarkan program-progran lain yang di bentangkan oleh Razali itu betul modul sebagai program untuk membina semangat patriotik rakyat dan orang muda? Apakah program-program itu bukan sekadar untuk memberi keuntungan kewangan kepada Ahmad Fairuz sekali lagi sebagaimana jutaan RM yang dapat di kumpul dari program Jejak Merdeka dulu? Apakah program-program yang dirangka bukan untuk memindah wang BTN  keluar jika berlaku apa-apa kepada Raja Arif? Kasihan kepada Timbalan Menteri yang nampak jujur memberi penjelasan tetapi tidak melihat apa yang sebenarnya sedang di rancang oleh kumpulan yang diketuai Raja Arif ini


Kemungkinan-kemungkinan yang saya nyatakan di sini kerana apa yamg sedang berlaku di BTN sudah jadi rahsia umum kepada penjawat awam yang lain dan sebab itulah saya melihat bila Razali memberi penjelasan berkaitan BTN, ada kawan-kawan yang yang bertugas daripada agensi lain di Jabatan Perdana Menteri tergelak sesama sendiri sampai menitis airmata serta keluar ayat spontan dari mereka..` kesian Dato Razali... di perbudakan oleh Raja Arif...!


Ini adalah kerana kekalutan dalaman yang sedang berlaku dalam BTN tidak  memungkinkan apa yang Razali sebutkan itu menjadi lenyataan. Lihat sahaja kepada kes perjawatan yang berlaku di BTN setelah pasukan Audit Jabatan Perdana Menteri  masuk ternyata pengurusan BTN didapati menyeleweng dari segi kenaikan dan penambahan jawatan. Jika benarlah apa yang diberitahu, maka amat malanglah kepada satu agensi yang menjadi 'core' kepada urusan patriotik ini. 


Sejak Raja Arif masuk di BTN, digula-gulakan bahawa beliau akan memastikan jawatan tetap kepada pegawai-pegawai kontrak tetapi sehingga hari ini tidak ada seorang pegawai pun yang ditetapkan kecuali kenaikan pangkat dan gred kepada kroni-kroni mereka yang menjadi pengkhianat kepada Shagul Hamed kerana pada masa Shagul menjadi Ketua Pengarah orang-orang inilah juga yang cium tangan dan jilat kaki Shagul. 


Lalu kesannya kini TKPP Mokhtar atau lebih dikenali Mokhtar PA Sistem atau Mokhtar Air Mineral, pula yang Raja Arif bebankan dengan kesalahan dan  khabarnya Mokhtar telah dinasihatkan untuk bersara awal oleh pihak atasan ., kasihan kepada Mokhtar tapi itulah ajaran Anwar Ibrahim yang Raja Arif praktikkan iaitu gunakan kawan-kawan untuk kesenangan, bila bersalah, tanggung sendiri dan Raja Arif tersenyum mendapat Jusa A tapi Mokhtar akan bersara tanpa Jusa C pun dan tindakan kepada Mokhtar ini juga tidak betul kerana ibarat memandu kereta yang termasuk lubang dan tayar pecah, sepatutnya pemandu yang  bersalah kerana tidak tahu memandu tetapi Raja Arif dengan mudah salahkan orang yang bekerja di pam minyak kerana isi minyak penuh disalahkan sedangkan yang memandu kereta itu adalah Raja Arif sendiri.Barua punya orang!


Akhirnya BTN adalah agensi yang dekat dan akrab pada PM Najib dan PM Najib tahu apa yang berlaku. Sebab itulah tulisan ini sekali lagi sekadar mahu mengingatkan agar PM Najib sambunglah kontrak Raja Arif sebagai Ketua Pengarah  sehingga Najib tidak bergelar Perdana Menteri lagi kerana apa juga yang beliau lakukan pasti ada justifikasi untuk memastikan kerajaan dan negara selamat. 


Sebab itulah sekarang musuh-musuh lama beliau telah dirapatkan, kawan-kawan lama beliau telah bawa duduk sebumbung di bawah BTN dengan janji lulus ujian usrah dengan Hanafi, semua stesen-stesen TV beliau  telah sanggup keluar duit bagi `mempromosikan program agar nama BTN akan bermain dibibir rakyat kerana bila org ingat BTN, orang akan terus patriotik dan sokong kerajaan. 


Pelajar-pelajar luar negara selalu dikunjungi biarpun kosnya tinggi kerana pelajar luar negara merupakan kumpulan pengundi terbesar  didalam PRU14 akan datang termasuk anak Raja Arif diluar negara. Modul-modul 1Malaysia telah semakin mendapat kepercayaan menyebabkan DAP dan Anwar ketiadaan alasan untuk menentang kerajaan. Media maya kini pun BTN telah kuasai menyebabkan Red Bean Army ketiadaan anggota untuk bantai kerajaan. Lantaran itu manusia yang hebat dan berkesan ini haruslah kekal berada di BTN untuk menjadikan PM Najib selamat, BN dan UMNO kuat dan negara terus berdaulat.Aduhai!

BTN-Agenda peribadi belum selesai.Apakah Razali Malik akan melengkapkannya?

$
0
0


Jangan Najib runtuhkan apa yang Tun Razak bina..

SAYA tidak peduli dan akan terus menulis tentang Biro Tata Negara kerana kepimpinan mereka makin melampau dan pendekatan pengurusan tertinggi makin menjijikkan dan secara terang-terangan sedang menipu PM Najib dan seluruh rakyat Malaysia dan setiap kali blog ini menyiarkan artikel tentang BTN pasti akan ada panggilan telefon daripada tokoh-tokoh yang akan bersetuju dengan pendedahan dan minta terus mendedahkan dan tidak kurang ada juga yang minta saya berhenti menulis tentang BTN dan bertanya apa sebenarnya masalah saya dengan Raja Arif atau nama glamournya RARA (macam penyanyi ataupun pelakon) dimana katanya beliau mempunyai lesen untuk bercakap dan mendakwa semua orang suka bila dia bercakap dan beliau menganggap orang yang tidur sewaktu beliau bercakap adalah orang bengong (itu sedutan ucapan RaRa di London sewaktu bertemu beberapa orang pelajar Malaysia sambil-sambil bercuti untuk bertemu anaknya dengan menggunakan dana kerajaan).
 
Saya  ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah ada masalah peribadi dengan RaRa ini malah saya pernah berjumpa, berbincang hingga ditawarkan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu beliau tapi bukan persoalan peribadi yang saya ingin atau perjuangkan tetapi persoalan masa depan negara, bangsa dan agama yang mana saya tahu BTN memiliki ruang untuk membantu dan melaksanakannya namun telah dirosak dan dijahanamkan bila Raja Arif dipilih sebagai Ketua Pengarah BTN.



Para pemerhati yang mengikuti dengan rapat setiap isu yang saya ketengahkan tentang BTN pasti akan merasai apa yang dibentangkan melalui  blog inibukanlah satu isu yang kecil,isu yang somborono atau isu yang sengaja diputarbelit maupun isu yang sengaja diada-adakan tetapi ianya adalah isu yang jelas dimana daripada seremeh-remeh isu yang melibatkan kezaliman terhadap kakitangan BTN hinggalah ke isu api dalam sekam kepada PM Najib malah yang lebih penting adalah kepada kerajaan dan masa depan negara. 


Tanyalah kepada kakitangan yang jujur dan berfikir tentang bangsa,apakah pendedahan—pendedahan dalam blog ini adalah sesuatu yang sengaja dibuat atau itulah yang sebenar sedang berlaku di sekitar BTN  sejak Raja Arif diamanahkan sebagai KP? Jangan tanya kepada yang  kaki jilat 'kaki dan kepala lutut' Raja Arif kerana kalau bertanya kepada jenis penjilat sepanjang zaman ini,jawapannya pasti Raja Arif adalah Ketua Pengarah terbaik dan paling berwiabawa kalau mahu dibandingkan dengan Ketua-Ketua Pengarah sejak BTN ditubuhkan,itu kerana Raja Arif masih lagi Ketua Pengarah.

Cuba tanya mereka ini bila Raja Arif bukan lagi sebagai Ketua Pengarah,yang pasti jawapannya adalah Raja Arif tidak ubah seperti makhluk perosak ataupun anai-anai yang sedang menjahanamkan BTN.Tanya bekas Pengarah BTN Sarawak yang ditukarkan ke ibu pejabat tentang Raja Arif ini dan pasti nada jawapannya tidak sama sewaktu beliau di Sarawak sebagai Pengarah Negeri.



Cuba tanya juga kepada kumpulan audit JPM yang sedang berkampung di BTN sekarang ini,apakah pendedahan blog ini tentang penyelewengan yang dibuat oleh pengurusan BTN tidak ada asas?Jika tidak ada asas mengapa Mokhtar Air Mineral atau lebih mahsyur sebagai Mokhtar PA Sistem dinasihatkan supaya bersara? Namun jika sesiapa yang pergi bertemu dengan Mokhtar secara peribadi akan dapat mendengar luahannya tentang apa yang berlaku dan beliau pasti akan terkilan dengan apa yang Raja Arif telah lakukan dan akhirnya beliau menjadi mangsa kepada kerakusan Raja Arif.


Apakah matlamat peribadi Raja Arif telah TAMAT apabila Mokhtar telah di bersarakan? Tidak sama sekali kerana selagi Anwar Ibrahim tidak dipanggil sebagai SIR dan duduk di Putrajaya,matlamat Raja Arif tidak akan selesai dan sebab  itulah sepamtas kilat Raja Arif dan pemain di belakang tabir yang berlindung di sebalik Jabatan Strategik tanpa berlengah terus menghantar nama calon untuk menggantikan Mokhtar iaitu Razali Malik, seorang lagi PTD yang lahir dari usrah kumpulan yang sama dan antara pentaksub Anwar dalam kerajaan malah pernah menyertai reformasi bersama-sama dengan Shahlan, Raja Arif, Mokhtar, Hanafi,Ahamd Firuz dan lain-lain lagi rangkaian mereka,malah juga antara penyebar gambar mata lebam Anwar dalam tahun 1999. 

Menjadi persoalan juga kenapa dalam ramai-ramai PTD yang berada dalam gred yang layak untuk menggantikan  Mokhtar, kenapa nama Razali Malik yang dicadangkan oleh Raja Arif kepada Timbalan Menteri? YB Dato Razali Ibrahim dah nak mula kena main…! Jaga-jaga Cik Salmah!


Razali Ibrahim jangan sesekali bersubahat..!
Apakah dengan membawa Razali Malik yang ternyata amat totok dengan jemaah ABIM dan bermentorkan kumpulan Anwar ini BTN akan jadi lebih baik dan dapat menjalankan fungsinya sebagaimana hasrat Razali Ibrahim dan PM Najib bagi menghadapi PRU14 atau sebenarnya lebih memudahkan hasrat Anwar Ibrahim dan PR? Itulah yang saya nyatakan bahawa agenda peribadi yang masih belum selesai malah tidak keterlaluan kalau dinyatakan bahawa kezaliman kepada kakitangan, penyelewengan pengurusan untuk gapai  cita-cita Raja Arif akan lebih berleluasa dengan kemasukan Razali Malik kerana diketahui umum dimana pun beliau bertugas sebelum ini, beliaulah dikatakan menjadi penghasut dan orang yang sentiasa perlekehkan dasar kerajaan sejak Anwar tiada dalam sistem kerajaan masakini. Mampos lagi BTN kali ini...!


Dengan itu apa juga agenda peribadi Raja Arif sebenarnya akan jadi lebih mudah sama ada untuk kumpul dana bekal bila ditamatkan kontrak atau terus menjadi api dalam sekam yang akan merosakan kerajaan dari dalam, bila ke `war room’ bukan main lagi beliau persembahkan apa yang BTN sedang rancang untuk bantu kerajaan, tetapi yang jelasnya apa yang dibentangkannya itu hanyalah omongan kosong sebagaimana semua orang tahu dan kenal siapa Raja Arif iaitu kuat lebong seolah-olah beliaulah paling hebat dan sebab itulah beliau sepantas kilat mencari calon untuk menggantikan Mokhtar kerana jika pihak JPA dan SPA menghantar orang yang bukan jemaah dan sealiran dalam perjuangan untuk melonjakkan Anwar pasti semua langkah dan perancangan akan terbongkar dan wajah Raja Arif akan dibogelkan oleh pasukan pengurusan. 
 

Sebab itulah `sparing partner’ yang boleh dicucuk hidung amat-amat di perlukan oleh Raja Arif dan kita amat berharap apa yang sedang diusahakan oleh Raja Arif ini mendapat perhatian pejabat Timbalan Menteri serta TKSU JPM dan bertindaklah segera bagi menyekat kegilaan ini daripada berterusan.


Kita pula,marilah sama-sama kita memainkan peranan untuk menyelamatkan PM Najib, kerajaan dan negara dari kerakusan Anwar yang menggerakkan orang-orangnya seperti Raja Arif,Hanafi dan yang bakal dibawa masuk Razali Malik dari dalam,semaklah dan siasatlan  berapa ramai lagi orang-orang yang spesis sama telah di bawa masuk satu demi satu ke dalam BTN hinggalah matlamat mereka akan berjaya jika tidak dihalang dan apa pun tuduhan pada saya tentang tulisan-tulisan dalam blog ini,sekurang-kurangnya saya telah ambil peranan meskipun dilihat kecil untuk mendedahkan perancangan para petualang bangsa ini kerana orang yang mampu mainkan peranan lebih besar sehingga ke hari ini tidak berbuat apa-apa.


Apakah kita ingin terus bersekongkol dengan segala macam penyelewengan seperti yang telah Mokhtar PA Sistem lakukan dengan membawa pegwai perempuan seorang diri bersamanya ke Jepun tanpa ditemani orang lain.?Apakah itu halal dari segi hukum `agama' ABIM? Menggunakan peruntukan sewenang-wenangnya hinggakan tuntutan daripada Wisma Putra melebihi RM80 ribu untuk satu program kecil dan kemudian bila selesai program balik mengemukakan pula tuntutan perbelanjaan sedangkan semua perjalanan dan elaun telah dibiayai. Apakah itu semua halal ikut ajaran ABIM? 


Jika kita terus membenarkan Raja Arif dan selepas ini Razali Malik masuk pula menggantikan Mokhtar, semuanya akan berulang semula bagaikan `copy and paste’  sahaja kerana kepada penganut-penganut ajaran ABIM ini,khianat kepada kerajaan BN,menyeleweng duit kerajaan BN,berlaku zalim kepada kakitangan kerajaan BN adalah halal dan haram bagi mereka adalah bila mendedahkan saipa Anwar dan perancangan musuh-musuh kerajaan kerana jika terus didedahkan maka akan terbongkarlah wajah-wajah siapa yang sebenarnya musuh kepada  kerajaan BN.


Kepada PM Najib,Razali Ibrahim silalah cabut duri yang sedang menikam kerajaan ini dan padamlah api dalam sekam yang sedang merebak dan patahkanlah gunting yang sedang menikam dalam lipatan ini.BTN tidak pernah salah dan yang salah adalah KP dan TKP mereka..!

Putarbelitkan geran MOSTI- Rafizi cuba bunuh syarikat Bumiputera..

$
0
0



Rafizi sanggup bunuh bangsa sendiri?
PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan sekarang ini.

Tindakan beliau juga merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan syarikat berkenan.

Rafizi juga memilih perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon geran daripada MOSTI.

Saya berkesempatan bertemu dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus milik Bumiputra ini


NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usahasamadimana 25% pegangan sahamnya dimiliki oleh Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.).  Baki 75% pegangan sahamnya dimiliki oleh 2 orang pakar tempatan iaitu En. Azhar bin Anuar dan En. Shahrul Sazali bin Ahmad Safian yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy (tenaga boleh diperbaharui).

Syarikat inijuga merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi tinggi yang mula beroperasi sejak tahun 2002 dan memegang 5 hakcipta yang dipatenkan menerusi MyIPO.  Selain daripada itu, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari sudut teknikal dan teknologi perintis termasuk melalui Bioeconomy Transformation Programme (BTP)yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dimana syarikat ini telah berjaya melepasi penilaian intensif selama 6 minggu berturut-turut dalam bioeconomy lab yang dinilai oleh pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.

 Pengiktirafan dan justifikasi dari sudut teknikal, teknologi hijau, prospek komersil dan risiko pelaburan juga telah dinilai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain daripada agensi perunding antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 21 April 2014 bertajuk “Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Urusan Geran MOSTI, Anugerah RM100 Juta Kepada Projek Komersil”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/perdana-menteri-campur-tangan-dalam-urusan-geran-mosti-anugerah-rm100-juta-kepada-projek-komersil/
Para 1 dan 2:

`Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Md Diah semalam yang menafikan berlakunya salahguna dalam pengurusan geran R&D MOSTI menunjukkan beliau sendiri tidak arif dengan perkara yang berlaku di bawah kementerian beliau.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bahawa setiap geran R&D perlu melalui proses penilaian yang ketat. Proses itu turut melibatkan pembentangan kepada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kumpulan pakar’.

Itu kata Rafizi,hakikatnya kenyataan daripada Timbalan Menteri MOSTI adalah merujuk kepada artikel lain di laman blog Rafizi yang bertarikh 15 April 2014 yang menuduh MOSTI tidak bertanggungjawab terhadap agihan geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D).  Artikel berkenaan langsung tidak menyebut tentang geran kerajaan kepada NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

(rujuk: http://rafiziramli.com/2014/04/tiada-seliaan-ketat-dan-pertanggungjawaban-dalam-geran-mosti/)

Para 3 dan 4:

`Saya boleh mendedahkan bahawa salah satu geran yang terbesar pernah diberikan di bawah skim geran R&D MOSTI ini adalah hasil campur tangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri itu.

Saya sertakan surat kelulusan dari Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd yang secara terang-terangan menunjukkan bagaimana keputusan mengenai geran R&D dibuat dan diluluskan dengan arahan dan campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak’.

Sebenarnya  lampiran surat daripada MOSTI yang disertakan di dalam artikel berkenaan langsung tidak mencatatkan tentang Skim Geran R&D oleh kerana skim geran berkenaan kebiasaanya digunakan untuk permohonan pembiayaan penyelidikan daripada syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukan hanya telah selesai melalui fasa R&D, malah telah berjaya menyiapkan projek seumpamanya di Sabah.  Syarikat ini juga telahpun bersedia untuk memulakan operasinya untuk projek biomass berasaskan kayu serpai (wood chip) yang dicadangkan di Kerteh Bio-Polymer Park, Terengganu melalui pelaburan awal setakat inisebanyak RM 44.5 juta dengan pinjaman sebanyak RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad.  Pelaburan ini telah membolehkan syarikat tersebut memetrai pejanjian bernilai RM 700 juta dengan syarikat konglomerat dari Korea dan Perancis untuk pembekalan steam bagi tempoh konsesi asas 10 tahun.  Ia juga menjadi faktor utama menjayakan pelaburan mereka berjumlah RM2 Billion di Kertih Biopolymer Park Terengganu.

Bersandarkan kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur luar negara terhadap syarikat ini, rundingan susulan untuk membekal renewable energykepada beberapa syarikat konglomerat luar negara yang lain di Gebeng Industrial Estate, Pahang berada dalam proses akhir rundingan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat yang 25% sahamnya turut dipegang oleh kerajaan, maka syarikat ini telah memohon kepada pihak MOSTI sejumlah peruntukan untuk membiayai pembangunan projek tersebut.

Rafizi tidak akan dapat mendatangkan bukti untuk menunjukkan  PM Najib “mengarah” ataupun “campur tangan” di dalam proses kelulusan geran ini.  Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan S.O.P. Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.

Para 5, 6 dan 7:

`Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersil yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja. Ini bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI seperti berikut:

1. Geran R&D diberikan dalam jumlah yang kecil bagi satu projek/geran. Geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF)

2. Geran R&D diberikan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta..’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi. 

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Para 8:

`Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?’

Rafizi sepatutnya membangkitkan dan menjelaskan “sekiranya ada” mana-mana syarikat yang mempunyai pengiktirafan dan keupayaan teknologi serta track-record seperti NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. yang telah gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pembiayaan.Persoalan yang seharusnya berbangkit bukan kenapa NSE Resource memperolehi geran tersebut; sebaliknya “syarikat Melayu” yang mana yang selain NSE Resource yang sepatutnya memperolehi geran tersebut?  Maka, jawabnya, tidak ada.

Para 9:

`Oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberikan ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran…;

Kenyataan ini menunjukkan Rafizi gagal dan tidak tahu menahu berkenaan 25% pegangan saham oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).  Pegangan saham berkenaan akan membolehkan kerajaan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.

Para 10 dan 11:

`Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion.

Saya menunggu penerangan dan penafian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin mengenai pemberian dana RM100 juta ini kerana saya ada dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap…’

Dana RM 1.1 billion yang dinyatakan oleh Rafizi adalah Skim Dana R&D yang disediakan untuk pembiayaan penyelidikan syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.  Ianya tidak bersangkut-paut dengan geran kerajaan kepada syarikat  NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

Jelasnya, PM Najib tidak “campurtangan” atau “memberi arahan” untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung bedasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk :-

i.   menjayakan Bioeconomy Transformation Programme (BTP) dan mengupayakan syarikat-syarikat berkaitan teknologi hijau.

ii.membina imej negara Malaysia sebagai peneraju dalam bidang bio-teknologi dengan menyediakan fasiliti pengeluaran renewable energymenggunakan biomass (serpai kayu) yang berskala besar mencecah 180 ton sejam steam atau 60 MW tenaga.(Fasiliti penjanaan tenaga biomass yang terbesar di Eropah hanya boleh menjana sebanyak 144 ton sejam steam)
 
iii.      menjimatkan sehingga RM 1.6 billion peruntukan subsidi dalam jangkamasa 10 tahun sekiranya gas asli digunakan untuk menjana steam di kawasan-kawasan kilang yang dinyatakan diatas.

iv.     membolehkan syarikat-syarikat konglomerat asing yang datang melabur di Malaysia mengurangkan kos tenaga elektrik dalam sekaligus menarik pelaburan asing (FDI) berjumlah sekitar RM 7.0 billion.

Serangan sembrono oleh Rafizi Ramli secara jelas menampakkan kejumudan pemikiran kerana terikat dengan cara lama pembangkang yang mengkritik apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada pujian dan pengukuhan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.  Kegagalan beliau untuk mengenalpasti dan mempertimbangkan projek-projek yang berupaya menjadi kebanggaan negara (national pride) menunjukkan kedangkalan akal fikirannya. 

Jika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya membangunkan Proton sebagai satu-satunya pengeluar kereta dari kalangan negara Islam sehingga negara Malaysia dikagumi di seluruh pelosok dunia, projek renewable energy berasaskan biomass ini berupaya mengangkat nama negara di mata dunia dari sudut penguasaan teknologi hijau, membangunkan pengusaan ekonomi bio, sekaligus menaikkan nama Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai seorang tokoh negarawan yang hebat dan berpandangan jauh.  Perkara seperti inilah yang sebenarnya paling ditakuti oleh pembangkang kerana mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan “The Second Mahathir”.

Rafizi berniat jahat terhadap PM...
(Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 22 April 2014 bertajuk “Dana R&D Disuntik Ke Projek Komersil Yang Tidak Mendapat Keyakinan Bank”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/

Para 1:

`Saya sertakan utusan surat-menyurat di antara pemohon (NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak lanjutan dari pendedahan semalam bagaimana dana untuk tujuan R&D telah digunakan untuk membiayai projek komersil…’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Y.B. Rafizi. 

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik terhadap syarikat ini.

Para 2 hingga 5:

`Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa: 1. Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI
 
2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh

3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources…’

Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi, tidak ada langsung ayat yang berbaur “arahan” yang dicatatkan.  Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri diatas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:

“Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan.  Saya tiada halangan jika projek ini sesuai.”

Merujuk perenggan (7) dan (8) di dalam surat permohonan geran, bantuan geran yang dipohon ini bukan hanya tertumpu kepada pelaburan syarikat ini di Kerteh, Terengganu; sebaliknya juga untuk memenuhi permintaan renewable energy di Gebeng, Pahang. 

Tuduhan yang mengatakan kontrak yang dimeterai oleh NSE Resource “tidak melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan” adalah pembohongan yang melulu.  Harus diketahui, permohonan ini dibuat oleh syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.yang mana 25% sahamnya dipegang oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).  Pegangan saham ini bermakna pihak kerajaan akan turut mendapat pulangan sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan. 

Harga pembekalan RM55 satu tan dan berasaskan teknologi hijau menjadikan tarikan utama kepada pelaburan asing (FDI). CJ-Arkema telah memilih melabur di Malaysia sebanyak RM2 Billion berbanding Thailand atau pun Brazil.

Para 6:

`Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini…’

Dalam perenggan (7) surat permohonan geran daripada NSE Resources, terdapat kenyataan “kekangan kewangan” yang membawa kepada fitnah dan tohmahan oleh  Rafizi kononnya projek ini “tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank”.

Perenggan (7) seharusnya dibaca bersama dengan perenggan (8) yang mencatatkan: “sepertimana yang pihak Y.A.B. Dato’ Seri sedia maklum”, yang memberi gambaran bahawa suatu penjelasan yang lebih terperinci telahpun dibuat kepada Perdana Menteri.

Untuk makluman, syarikat ini telah menerima pinjaman berjumlah RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2013 untuk membangunkan fasa-2 yang kini telah 93% siap.  “Kekangan kewangan” yang dimaksudkan pada perenggan (7) ialah keperluan modal tambahan bagi menampung pembangunan strategik fasa ke-3 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa memberi penjelasan kepada Perdana Menteri.

Para 7:

`Sewajarnya, Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.,,;

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi. 

Berhubung dengan pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri, rujuk ulasan untuk Para 10 dan 11 dalam artikel terdahulu.

Para 8 dan 9:

`Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:

1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan biasa yang ada di pasaran..’.

Teknologi yang diguna pakai dibangunkan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu membabitkan fabrikasi dandang steam 100% tempatan dan pembangunan pada skala besar gasifier yang 100% pengeluaran tempatan. Tindakan ini telah menyelamatkan pengeluaran wang keluar ke negara asing berjumlah tidak kurang dari RM360 juta.

Ianya juga telah menaikkan imej fabrikasi dan kebolehan kejuruteraan membangunkan alat berasaskan tenaga hijau ke mata dunia apabila syarikat konglemerat asing seperti CheilJedang Corp Korea dan Arkema SA Perancis telahmemeterai perjanjian jangka panjang pembekalan steam dengan NSERC.

Para 10:

`2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu…’

Kilang CJ Arkema adalah kilang pengeluaran Methionine hijau yang pertama seumpamanya didunia. Pengeluaran steam oleh PETRONAS CUF berasaskan gas asli mempunyai nilai karbon yang tinggi serta dibekalkan pada harga minima RM70 setan pada kadar gas asli di “subsidi” iaitu RM16.07 per mmBTU (dimana PETRONAS sepatutnya boleh menjual keluar negara pada harga RM45 per mmBTU) menjadikan projek ini tidak “viable” di Malaysia.

NSERC mampu mengeluarkan steam hanya pada RM55 se tan menggunakan biomass serta mempunyai nilai karbon yang rendah  menjadikan keseluruhan rantaian pengeluaran yang jauh lebih hijau dan viable untuk pelaburan di Malaysia berbanding di Thailand atau Brazil oleh CJ Arkema.

Para 11 hingga 13:

`Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.

Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan…’

Sekiranya benar ada keraguan terhadap prospek untung rugi syarikat ini, bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad boleh memberikan pinjaman sehingga RM 20.4 juta?

Ketika Tun. Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menggunakan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan Proton, bukan hanya pihak bank yang meragui keupayaan Proton untuk mencatatkan keuntungan, tetapi juga pihak pembangkang yang menganggap projek kereta nasional itu sebagai suatu pembaziran dan tidak menguntungkan.  Akan tetapi, apabila kedudukan Proton mula mengukuh dalam pasaran automotif tempatan, bukan hanya pihak bank memberikan kepercayaan, tetapi juga pihak pembangkang sendiri memilih untuk membeli kereta Proton.  Begitulah realiti dan perumpamaan untuk mana-mana syarikat yang membawa suatu produk baru ke dalam masyarakat.

Berkenaan saringan teknologi, syarikat ini telahpun melalui beberapa saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, syarikat ini juga telah memperolehi pengiktirafan daripada Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dan pengesahan industri hijau daripada PricewaterhouseCoopers (PwC).  Dengan fitnah yang menggugat kredibiliti syarikat tersebut oleh Y.B. Rafizi, syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM 200 juta terhadap beliau dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, Rafizi telah masuk ke dalam jerat yang diciptanya sendiri.  Pada kali ini, dengan dokumen-dokumen bukti yang ada di pihak syarikat, Rafizi akan berhadapan dengan kes saman fitnah dan buruk sangka yang akan mengeheretnya jatuh ke lubang kubur yang digalinya sendiri.  Ini kerana, segala-galanya adalah fitnah yang berpandukan maklumat yang salah dan tersasar.  Tidak ada satupun dokumen bukti yang dapat menunjukkan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam urusan ini.  Kenyataan-kenyataan yang dibuat lebih menjurus kepada tohmahan liar, sangkaan buruk dan hati perut busuk untuk mengkhianati syarikat yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang berpotensi mendapat bantuan kerajaan.  Rafizi dicadangkan meminum perfume sebagai cubaan untuk mewangikan kembali hati perutnya.
Walaubagaimanapun, pokok persoalannya, kenapa Rafizi membangkitkan isu ini?  

 Adakah terdapat saudagar-saudagar dari bangsa lain yang memainkan peranan supaya isu ini dicipta dan dibangkitkan oleh beliau?

16 September-Saat Cina mendabik dada,apakah titik penyatuan Melayu bermula?

$
0
0

TIDAK ada yang lebih memilukan bila melihat bangsa terus dihina,deikeji serta diaibkan dan tidak terasa terhina sangat tatkala Bersih 0.1 hingga Bersih 0.3 tetapi Bersih 0.4 adalah satu perlakuan yang cukup sukar dimaafkan oleh orang-orang Melayu yang mempunyai hati serta perasaan dan jika  tragedi hitam 13 Mei 1969 46 tahun yang lalu berlaku, kita faham waktu itu sebahagian orang Cina masih lagi kecewa dengan kemerdekaan Negara yang secara automatik mengangkat orang Melayu menjadi ketua.

Rasa angkuh mereka yang menguasai ekonomi menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak kerana kononnya mereka lebih cerdik dan menguasai ekonomi (38% waktu itu), malah rasa sayang dan cinta kepada Tanah Melayu juga belum terbit kerana baru sahaja menjadi Warganegara.


Hasutan demi hasutan dibuat secara berpanjangan khususnya apabila Singapura disingkir keluar dari Malaysia dan mereka waktu itu cuba mengagalkan kemerdekaan Negara kerana telah menjadi syarat bahawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan kekal jika tiada sebarang perbalahan kaum dalam tempuh 10 tahun.



Mereka merancang dengan sengaja untuk timbulkan perbalahan dalam tempoh itu kerana jika berlaku pasti landskap negara akan bertukar dan mungkin mereka berpeluang memerintah negara bila status kemerdekaan dikaji semula.



Namun syukur, perancangan jahat sebahagian Cina ini tidak berlaku dalam tempuh 10 tahun dari tarikh kemerdekaan sebaliknya berlaku 2 tahun selepas tamat tempuh perjanjian kemerdekaan. Bukan main dalam tempuh itu gerakan provokasi sebahagian Cina dibuat kepada orang Melayu dalam pelbagai kaedah. Bukan setakat kata-kata penghinaan “melayu balik kampung tanam jagung”, malah perbuatan mereka juga mencabar kesabaran orang Melayu melalui perbuatan dan tindakan yang memalukan.




Laporan kertas putih MAGERAN dan dokumen sejarah telah mengesahkan betapa kurang ajarnya sebahagian Cina yang diberi kerakyatan dan mengaku sebagai rakyat Malaysia. Sayangnya mereka terlupa membaca tentang kedudukan majoriti Melayu di sisi Perlembagaan dan taburan Melayu melalui konsituansi pilihan raya yang akhirnya memberi Melayu peluang melalui sistem demokrasi untuk kekal berkuasa.



Itu sebahagian dari catatan sejarah lama  yang akhirnya meminta orang Melayu juga bertindak balas mengajar orang Cina bagaimana mereka harus hidup saling hormat menghormati dan memahami rukun hidup bernegara.



Sepatutnya mereka berterima kasih kepada kerajaan waktu itu kerana mengambil keputusan segera mengistiharkan darurat dan menubuhkan MAGERAN, jika tidak kerana keputusan segera kerajaan itu rasanya baka Cina yang ada dalam Negara ini sudah tidak seramai seperti sekarang.



Ingatkan orang-orang Cina ini telah belajar dari sejarah, rupa-rupanya perancangan OVERSEA CHIENESE ini lebih diterima oleh Cina-Cina yang ada dalam negara berbanding dengan dasar kerajaan Malaysia. Ingatkan selepas 46 tahun yang dulu mereka sudah faham tentang orang Melayu, telah timbul rasa kasih dan cinta kepada negara yang telah memberi pelbagai nikmat pada mereka, telah terdidik dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, telah berintegirasi dengan proses integrasi nasional dan telah tahu hak-hak mereka di sisi Perlembagaan, rupa-rupanya mereka hanya bersandiwara semata-mata menjadi rakyat yang diberi berbagai kebebasan mengaut kekayaan dan mendapat nikmat dalam pelbagai sektor kehidupan, tetapi sikap tamak dan angkuh terus bersemadi dalam hati mereka untuk merampas kuasa politik.



Maka tepatlah bidalan orang-orang tua yang berpesan, mereka ini tak ubah seperti melepas anjing yang tersepit, kerana selepas 46 tahun berlalu, Cina-Cina ini kembali semula untuk menjayakan matlamat OVERSEA CHIENESE untuk menguasai Negara berasaskan falsafah dan ajaran YAHUDI sebagai mana tercatat dalam “protocol of the elder zion” dengan mengeruhkan hubungan rakyat dengan pemerintah, mengikis keyakinan rakyat kepada kerajaan dan menimbulkan keraguan rakyat kepada kerajaan melalui persepsi yang meragukan kepada pemimpin dan kerajaan.



Kini sekali lagi nafsu serakah mereka cuba lampiaskan. Kurang ajar dan kebiadapan mereka sudah mula mahu dijelmakan semula kerana kononnya sekarang adalah waktu terbaik kerana orang Melayu sedang berpecah belah dan sudah ramai Melayu menjadi liberal dan tidak lagi mementingkan bangsanya.


Antara Cina yang biadap dan kurang ajar..!
Pelbagai provokasi sama ada secara individu atau berkumpulan mula mereka zahirkan yang kesemuanya bermatlamat hanya untuk merampas kuasa politik. Bermula dengan kenyataan2 yang memperlekehkan bangsa Melayu, agama Islam yang menjadi agama Persekutuan, sehingga yang paling melampau ialah MEMIJAK gambar pemimpin Melayu di dalam BERSIH 0.4 baru-baru ini.



Ini persoalan bukan soal gambar NAJIB RAZAK, bukan soal  HADI AWANG, ini adalah memijak gambar dua pemimpin politik parti terbesar orang Melayu. Perbuatan ini seakan direstui oleh semua Cina yang ada sama ada yang menggerakkan gerakan politik dalam pembangkang, malah lebih dikesali Cina yang duduk bersama dengan kerajaan juga menjadi bisu dan kehilangan kata-kata.



Kepada seluruh orang Melayu apakah tafsiran dan signal dari apa yang telah mereka lakukan ini? Apakah ini bukan petanda bahawa orang-orang Cina sudah sepakat menolak orang Melayu sebagai pemimpin? Apakah ini bukan bermakna mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi kebangkitan orang Melayu?



Lantaran itu apakah cukup sekadar Melayu berhimpun dan mengutuk tindakan mereka dan membuat laporan polis semata-mata supaya tindakan undang-undang di ambil kepada yang bertanggungjawab? Sejak bila Cina-Cina yang kurang ajar ini menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara? 


LKS terus mencabar kesabaran Melayu
Sebab itulah apabila ada kesedaran dan pihak yang ingin mengambil tindakan serupa untuk menghimpunkan Melayu dalam jumlah yang besar dan turut berarak di Bukit Bintang KL pada 16 September nanti ianya perlu disokong dan di bantu.



Bukan soal siapa penganjurnya, bukan soal ingin menari ikut rentak gendang yang di palu, tetapi telah sampai masanya Melayu perlu bersatu, bergabung dan bangkit untuk tunjukkan kepada Cina bahawa semangat perjuangan Melayu yang diwarisi daripada Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau , Dato Maharaja Lela, Dol Said malahsemangat KIYAI SALLEH masih mengalir dalam darah Melayu yang ada dalam negara ini.



Jadi 16 September nanti di Jalan Bukit Bintang,Petaling Street atau dimana sahaja kawasan yang Cina dominasi, kita ingin beritahu kepada orang-orang Cina dan juga sebahagian kecil Melayu yang menjadi tali barut bak Si Kitol dan Raja Mandeliar bahawa Cina perlu bersyukur dengan kemakmuran dan kekayaan yang telah mereka kaut dan perolehi atas kemurahan hati orang Melayu dari dulu hingga kini.



Jika mereka kurang ajar dan bertindak ingin merampas kuasa dalam negara ini, mereka harus bersedia menanggung akibatnya jika mereka tidak mendidik dan mengajar keturunan mereka agar faham dan tahu menghormati Hak Istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan paling penting Islam agama persekutuan.



Mana-mana pencabulan kepada tiga (3) perkara asas ini adalah seumpama mengisytiharkan perang kepada bangsa Melayu dan mereka kenalah bersedia menanggung akibatnya. Jika setiap hari mereka bersedia menyalakan percikan bunga api, mereka harus bersedia untuk melihat kebakaran besar daripada api yang mereka nyalakan.



Harapnya janganlah pula ada dikalangan Melayu yang kononnya hebat bergelar Ayahanda, Abang Long, Abang Ngah dan Abang Chik yang rangkaiannya hebat diseluruh negara, persatuan-persatuan silat yang kononnya menjulang pusaka Melayu, NGO-NGO yang berjuang dan mendapat geran daripada kerajaan Melayu yang gah dengan melantik dan memberi persalinan hebat kepada para pemimpin Melayu, saat ini tiba-tiba menjadi Melayu yang selama ini mempusakai darah perjuangan dan ilmu pertahanan diri  yang ada mulut tetapi bisu, ada telinga tetapi pekak, ada mata tetapi buta melihat penghinaan dan kebiadaban yang Cina lakukan kepada Pemimpin Melayu.



Mana maruah dan keberanian kita yang diwarisi saat Melayu dihina dan di pijak sebegini rupa oleh Cina? Apakah kita tiba-tiba menjadi bangsa yang begitu toleran dan cuba melihat isu ini dengan sudut pandang rasional, kononnya yang berlaku bukan masaalah Cina ingin tunjuk kurang ajar dan biadap mereka dan bukan perkauman?



Pelik tetapi benar, tiba-tiba banyak pertimbangan rasional yang mula dikeluarkan oleh Melayu sama ada Melayu yang menyarung uniform pasukan keselamatan, memakai jersi parti politik Melayu, memakai baju korporat NGO yang bercakap dengan nada supaya Melayu tidak bertindak balas kerana negara ini ada undang-undang, mempertikaikan kejujuran penganjur 16 September, membangkitkan isu peribadi, menilai dari sudut untung rugi duit dan perbelanjaan untuk penganjuran perarakan Melayu, sedangkan ketika Cina mempertontonkan kebiadapan mereka kepada bangsa Melayu yang majoriti dan masih menguasai politik Negara dan kerajaan, semua yang bercakap ini berada dimana pada waktu Bersih 0.4 berlaku?



Cacing sudah naik ke mata...
Mudah dan ringkas, apakah kita semua sudah bersedia untuk serahkan negara ini kepada Cina memerintah? Kalau semua sudah bersedia memang layaklah kita menilai dengan ayat dan ucapan yang diberikan tetapi pada kami yang akan berjuang, bukan bilangan orang yang akan menyertai menjadi perhitungan gagal atau berjaya, bukan soal wang ringgit yang akan dihabiskan, bukan soal ingin engkar dan letak dijamban peraturan dan undang-undang, tetapi kami ingin sampaikan mesej, biarpun sudah ramai Melayu yang sudah berhutang budi dan telah dibeli oleh Cina, biarpun mungkin ada Melayu yang tidak mementingkan maruah kerana telah mewah dan menjadi golongan elite dan pertengahan, tetapi masih ada lagi Melayu yang mewarisi darah pejuang-pejuang yang tidak akan membiarkan Cina boleh bertindak sesuka hati seakan-akan negara ini tiada bertuan apatah lagi bila kurang ajarnya  mereka memijak gambar pemimpin parti terbesar Melayu yang memberi gambaran bahawa mereka sudah diambang mengambil alih Negara daripada dua parti politik terbesar orang Melayu….



Kepada yang bergelar Melayu rakyat dan warganegara, kita perlu bangkit sebagai Melayu Besatu bagi memastikan Cina faham dan makin kenal watak Melayu yang kesabarannya ada had dan batasnya, kepada Melayu yang datang dari seluruh nusantara untuk mencari rezeki walaupun kalian bukan warganegara, bantulah bangsa Melayu ini kerana kalian perlu ingat bahawa peluang kalian mencari rezeki akan hilang bila Cina berkuasa dan memerintah Negara ini. Marilah kita bersatu seluruh Melayu, kerana Melayu itu adalah tanah mu, Melayu itu adalah bangsa mu, Melayu itu adalah darah mu, Melayu itu adalah perjuangan mu……



WAJAH BARU BTN- KEBIJAKSANAAN DAN KEBERANIAN PM PERLU DITERJEMAHKAN.

$
0
0

Ibrahim Saad diumumkan KP BTN yang baru.

PANJANG jangkamasanya sebuah perjalanan perjuangan mengangkat nilai bangsa dengan permulaan tahun 2011 hingga kini tahun 2015 dan khabar yang singgah di telinga cukup untuk membuatkan kita menarik nafas lega dan tidak ada perkataan lain yang pertama terucap melainkan merafak rasa syukur bila dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa sudah ada pengumuman daripada Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Azalina Otrhman Said bahawa  Biro Tata Negara (BTN) akan mendapat Ketua Pengarah yang baru iaitu orang lama dalam BTN yang akan dinaikan pangkat menggantikan Raja Arif Raja Ali iaitu Dato Ibrahim Saad.

Terbitnya rasa syukur ini adalah kerana perjuangan yang panjang dan berliku yang di tempuhi, akhirnya ada sedikit kemanisan dan erti. Perjuangan yang tidak langsung sama sekali bertujuan peribadi tetapi semata-mata ingin menyelamatkan salah satu agensi yang menjadi wadah kepada perjuangan bangsa dari dimusnahkan dari dalam oleh sibangang dan sitolol yang menjadi utusan bagaikan `trojan horse'dalam epik sejarah yang terkenal. 

Sekalung tahniah kepada  PM Najib dan Menteri di JPM diatas keputusan tepat dan bijak biarpun agak terlambat untuk menukar KP BTN kerana masa yang ada cuma tinggal 2 tahun 6 bulan sahaja lagi tetapi bak  kata pujangga `some thing better than nothing',sekurang-kurangnya kalian akhirnya menyedari sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan agensi ini.



`Political will' daripada pimpinan terutama daripada  PM Najib dan Menteri di JPM amat-amat dituntut bagi memastikan BTN bukan hanya bertukar kepimpinan tetapi kembali berfungsi sebagai agensi yang melatih, memberi kesedaran dan mendekatkan semula rakyat dengan kerajaan melalui kaedah-kaedah yang berkesan.

Kata kunci kearah tujuan itu PM Najib telah mulakan dengan meletakan `the right man for the right position', kata kunci ini jugalah diharapkan akan menjadi pedoman kepada KP baru BTN yang seharusnya memulakan tugasnya dengan "gear" empat dan bukannya teraba-raba mencari kunci dan baru mahu belajar membeza antara stering, pedal minyak dan pedal brek. 

Kesilapan meletak `wrong man for the wrong position' akan menyebabkan BTN tidak akan dapat berfungsi sebagaimana diharapkan dan akhirnya akan dirumuskan perubahan KP tidak membawa sebarang erti kepada perjuangan bangsa. Sebab itulah kata kunci utama itu benar-benar menuntut kepada kebijaksanaan Dato Ibrahim Saad (DIS),Pengarah BTN Sabah yang telah diumumkan sebagai KP  BTN yang baru. Kebijaksanaan membezakan antara nasi minyak, nasi hujan panas, nasi pelangi dan nasi beriani akan dapat menyerlahkan kebijaksanaan DIS sebagai tukang masak yang akan menentukan ramuan apakah yang diperlukan untuk menyediakan hidangan terbaik dalam tempuh baki masa yang ada sebelum kenduri besar bangsa pada Mei 2018.

Ramai juga yang mengucapkan tahniah dan bertanya kepada saya, apakah selepas ini sudah tidak ada lagi komen-komen yang telah dianggap sebagai serangan berterusan kepada BTN? Malah ada juga yang menganggap bahawa SanggahTokJanggut telah masuk ke gelanggang peribadi dalam  soal serangan atau kritikan kepada BTN. Oleh kerana sentiasa memberi komen atau kritikan kepada  BTN yang dianggap menyerang secara peribadi, saya  sendiri juga telah diserang secara peribadi oleh penulis-penulis upahan kononnya untUk memberi tekanan dan cubaan `divert'dengan harapan blog ini  akan takut dan tidak menulis lagi tentang BTN. 

Lebih malang lagi  ada rombongan yang datang berjumpa mendakwa utusan dari pejabat PM Najib, rombongan dari kawan jemaah dan berbagai lagi termasuk juga antara mereka datang dengan  membawa `bungkusan' untuk tujuan yang sama bagi menghentikan kritikan terhadap BTN.

Ingin ditegaskan, jika tulisan-tulisan sebelum ini yang boleh dianggap serangan peribadai ataupun  cubaan membunuh karektor atau apa jua  yang difikirkan, ianya langsung tidak membawa sentimen peribadi antara saya dengan kepimpinan BTN. Saya tidak pernah mempunyai matlamat ataupun mauduk peribadi dalam agensi BTN dan tidak pernah sekelumit pun bermusuh dengan BTN tetapi yang ditulis,dikritik dan diserang adalah orang-orang yang menjadi api dalam sekam dan gunting dalam lipatan yang telah memandulkan fungsi dan peranan BTN dalam gerakan membina bangsa. 

Malah saya tidak pernah merasa layak pun menerima ucapan tahniah atas pertukaran KP BTN sekarang kerana terlalu kecil.sebesar hama sumbangan dan peranannya. Pertukaran KP BTN sebagaimana yang diumumkan bukanlah kerana tulisan-tulisan dan kritikan blog ini secara berterusan tetapi kerana kegagalan Raja Arif sebagai KP BTN secara total telah mula dihidu dan  diiktiraf oleh PM Najib.

Sebab itulah jika ada ucapan tahniah pun,PM Najib dan Menteri lah yang sepatutnya menerima ucapan tersebut dan disamping itu berilah ucapan-ucapan yang sama itu  itu pada org lain yang mungkin membantu terutamanya pimpinan politik peringkat nasional, orang-orang perseorangan yang sudah mula berani menunjukan muka dan bersuara, pihak-pihak yang juga mendabik dada kononnya hasil usaha merekalah termasuklah yang `berak diatas pusu'(meminjam istilah orang-orang BTN) yang sudah berkira-kira mengintai peluang mencari manfaat peribadi dari segi peluang dan apa sahaja ruang untuk tembolok sendiri. Kelompok seperti ini (yang sudah mula berlagak wira) jika tidak diawasi dengan bijak akan sekali lagi mengundang kegagalan kepada gerakan membina bangsa yang telah diamanahkan kepada DIS.

Selaras dengan tegasan yang telah dibuat bahawa semua kritikan sebelum ini tidak pernah bersifat peribadi, ini bermakna biarpun selepas ini KPnya sudah bertukar dan berganti daripada Raja Arif  kepada DIS, tetapi jika `roh' perjuangan BTN dan matlamat agensi ini masih lagi tidak berfungsi sebagai `berkerja untuk bangsa', maka tulisan dan kritikan terhadap BTN akan terus dapat dibaca. Apatah lagi jika pengurusan baru juga terus membiarkan penyelewengan,salah laku dan pengkhianatan kepada bangsa terus dibiarkan bermarajalela oleh watak-watak sedia ada dan mungkin watak-watak  baru di BTN.

Saya tidak pernah pandai membezakan antara Raja Arif dan DIS jika akhirnya nilai perjuangan tidak kemana-mana. Saya juga tidak pernah terpengaruh dengan retorik puji dan puja. Jika ada perbuatan pegawai membuat tuntutan bertugas menggunakan nama isteri sendiri sedangkan isteri tidak bertugas itu salah,maka salahlah biarpun Raja Arif sudah bertukar menjadi DIS. Jika perbuatan pegawai meminta wang dengan  pengusaha makan itu salah, maka salahlah biarpun DIS telah menjadi KP. 

Apatah lagi jika melibatkan perkara-perkara yang lebih besar dan menyentuh dasar dan saya tidak pernah diajar menilai seseorang berdasarkan berapa kerap orang itu mencium tangan seseorang, tangan siapa yang dicium, berapa kuat bunyi decitan ciuman, semua lakonan itu tidak akan dapat menghentikan tulisan di blog ini jika matlamat menyelamatkan negara bangsa tidak ditunaikan.

Namun jauh disudut hati,saya amat yakin dan  percaya bahawa pengurusan baru BTN tidak akan mengulangi sejarah hitam BTN yang telah dimandulkan selama ini malah saya juga yakin dengan keperibadian DIS yang diangkat dengan penuh hormat dan harapan,tidak akan mengurus dengan dendam,tidak memacu dengan geram, tidak akan menyuburkan perasaan memperlekehkan orang, tidak buta menilai antara kaca dengan intan. 

Sebab itulah seluruh warga BTN perlu senada seirama untuk keluar dari kelompok keselesaan, pecahkan semua benteng halangan demi memikul kembali tanggungjawab kepada bangsa yang sekian lama diabaikan dan kalau perlu, baca dan hafallah kembali jampi serapah lama untuk pulihkan semangat, untuk disasakan seluruh sendi dan kudrat.

Sembuhkanlah BTN dari seluruh penyakit yang ada, kalau bisu biarlah boleh bercakap, kalau buta biarlah boleh melihat, kalau pekak biarlah boleh mendengar akan segala titih pusaka bangsa kerana Islam Agama Persekutuan perlu dipertahankan, Raja-Raja Melayu perlu dikekalkan di singgahsana kuasa, Hak Istimewa bangsa perlu terus terpelihara malah seluruh klausa Perlembagaan perlu diluhurkan dengan bijaksana.. Itulah tugas mulia BTN yang seluruh warganya perlu menjunjung secara bersama.

TRAGEDI KEPIMPINAN TERENGGANU- APAKAH ADA TITIK NOKTAH ATAU TANDA KOMA SAHAJA?

$
0
0


PENGUMUMAN PM Najib tentang kedudukan  Ahmad Razif yang terus kekal sebagai Menteri Besar Terengganu  telah melegakan banyak pihak terutamanya `TeamRazif'(meminjam slogan TeamAdnan di Sarawak) dan ianya juga sekali gus menjadikan `RazifFever' (sekali lagi meminjam tagline Sarawak AdnanFever) menjadi semakin kebah. 

Namun kepada ramai orang yang memerhati sepak terajang politik Terengganu, pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi dan apa sudah jadi dan itulah karamatnya slogan " tak pernah sebelum ini" yang menjadi `tagline' kebanggaan orang-orang Terengganu  dan mereka semua tertanya-tanya apakah kesudahannya, apakah benar krisis ini sudah berakhir atau ianya membuka episod krisis yang baru di Terengganu.


Sekali fikir, saya tidak perlu menulis apa-apa pun berkaitan dengan krisis kepimpinan Negeri Terengganu ini, apatah lagi bila dikenangkan kembali tulisan sayamelalui blog ini  pada 6/12/2014  yang cuba memberi signal awal kepada  Ahmad Razif telah dipolemikkan oleh orang Terengganu yang pelik sehingga ada yang mengupah penulis upahan mencerca.mengeji,menghina  dan memaki saya dengan pelbagai kaedah. Ahmad Razif sendiri seakan merestui biarpun menafikannya ketika bertemu empat mata di PWTC.

Signal atau isyarat yang saya cuba berikan melalui artikel bertarikh 6/12/2014 itu rupa-rupanya hampir menjadi nyata setelah hampir setahun selepas itu,dari tarikh 22 April 2016 saat  Ahmad Razif ditarik segala pingat dan darjah kebesaran serta diwar-warkan akan menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah politik negara, saya tertunggu-tunggu untuk  melihat dan mendengar siapakah yang akan turut merasai keperitan dan kesedihanAhmad Razif  dikalangan rakan-rakan politik beliau, apatah lagi pemakan-pemakan upah yang kononnya perwira dan hulubalang Ahmad Razif.

Malah saya banyak menyimpan `print screen' rakan dan sahabat politik Ahmad Razif yang berwacana melalui WA group membuka satu demi satu pekong kerana masing-masing  sudah yakin bahawa  Ahmad Razif sudah boleh tutup buku politik kerana sudah  `gelap gambor' mengikut istilah rakan-rakan politik .

Kemanakah hilangnya rasa simpati dan tanggungjawab bersama dalam politik dikalangan pimpinan Terengganu yang terdiri daripada orang-orang yang cerdik tapi pelik-pelik  ini? Saat seorang Menteri Besar memerlukan kawan-kawan untuk berkongsi dan mencari kesilapan serta  menilai kelemahan, rupa-rupanya ramai yang sedang menyusun gerakan untuk  menaikan orang lain menjadi Menteri Besar. Ketika PM Najib belum pun lagi mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan, sudah berkumpul kumpulan-kumpulan tertentu di luar Terengganu dan di dalam Terengganu dengan menjadikan orang-orang  tertentu sebagai patron untuk melobi PM Najib  dan Tuanku Sultan bagi memilih Menteri Besar baru. Maka keluarlah gambar, profile dan ucapan selamat bertugas kepada Menteri Besar baru seolah-olah Ahmad Razif sudah pun dikuburkan.

Rakyat marhaen Terengganu perlu menyatakan rasa syukur kerana PM Najib sekali lagi menggunakan kebijaksanaan dan keberanian luar biasa dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di Terengganu namun penyelesaian itu sama ada untuk  jangka panjang atau penyelesaian sementara, ianya menuntut kebijaksanaan pimpinan politik Terengganu yang menentukan.

Namun sebagai pemerhati politik yang sayang kepada UMNO dan juga hormat kepada ketulusan PM Najib yang sanggup menjadi galang ganti kepada  penyelesaian krisis Negeri Terengganu kerana setiap kali ada keresahan politik yang menjadi krisis maka setiap kali itulah ada yang terus menahan lukah di pergentingan.

Jika pimpinan politik Terengganu  terus bergantung harap kepada watak seperti ini maka nyata, terang lagi bersuluhlah UMNO Terengganu dan Kerajaan Negeri akan terus berkrisis sehingga PRU14.Apakan tidaknya, ketika heboh kononnya Menteri Besar akan bertukar, ada suara ghaib kononnya amat berpengaruh disisi PM Najib yang  menyuruh si polan bin si polan bersiap sedia sehingga berkonvoi ke Ibu Negara. 

Dan ketika PM Najib mengumumkan bahawa Ahmad Razif kekal, suara ghaib yang sama meniup ditelinga Ahmad Razif bahawa dialah kononnya yang  menasihati PM Najib supaya Menteri Besar lama dikekalkan.. maklumlah suara ghaib ini kononnya amat berkuasa di Putrajaya dan akan berusaha mendapat untung waimma siapa pun menjadi Ketua Kerajaan di Terengganu.

Kepada  Ahmad Razif yang terus diberi kepercayaan memimpin parti dan kerajaan, kesempatan dalam fasa `peluang kedua' ini perlu dimanafaatkan dengan sebaiknya. Gumpalan rambut dalam tepung perlu dianalisa dengan bijak dan matang sebelum dilerai dan ditarik keluar. Tugas sekarang bukan sekadar menarik rambut tetapi menganalisa siapa tuan rambut sama ada kerinting, lurus atau ikal mayang. 

Jika sekali lagi Ahmad Razif mengambil sikap semborono dan semuanya beliau telah tahu, maka akan menjadi benarlah kenyataan kawan-kawan bahawa beliau (Menteri Besar) telah gelap gambor dalam politik.

Sebaliknya jika beliau bangkit dan menggunakan kebijaksanaan, masa depan gemilang akan menantinya dalam memikul amanah kepimpinan yang tidak mudah kerana tidak ramai yang akan menghulur tangan untuk menarik bangun kembali ketika kita terjatuh.

Kepada pimpinan politik dari negeri kelahiran JM Aziz ini yang melahirkan rasa hati terhadap nasib dan masa depan penyu, tidak ada penyelesaian politik yang boleh dibina dengan kepulan asap cerut dan hilai tawa di cafe hotel.

Menukar halangan menjadi peluang hanyalah boleh dicapai dengan kebijaksaan pimpinan berdarjat mengurus hal ini dengan walaq dan ikrar yang tulus, bukannya berwalaq didepan, kemudiannya mendengar hasutan dari orang luar yang kononnya maha berkuasa di Putrajaya.
Janganlah ketika angin kuat mengoncang pokok, kita kuat berpegang supaya tidak jatuh, tetapi tak ubah seperti beruk yang jatuhnya kerana dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Kita tidak perlu lagi dibuai rasa seronok untuk kononnya jawatan yang sementara tetapi akhirnya kuasa dan negeri semuanya hilang dan kita akan berputih mata.

Kayu ukur akhir adalah PRU14 untuk mengekalkan kuasa UMNO dan BN di Terengganu.Maka setiap dari kita janganlah bertanam kelapa condong, kerana perdunya milik kita, tetapi buahnya menjadi milik orang lain. Dalam situasi krisis yang memerlukan kesepakatan dan nilai-nilai jemaah,janganlah serlahkan diri kita sebagai pemimpin mengikut nilaian orang Terengganu, ayam tak patuk, itik tak sudu.

SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR - APA YANG MAHU DIFIKIR, APA YANG MAMPU DITAFSIR?

$
0
0



PERHATIAN rakyat seluruh negara kini pastinya kembali terarah kepada 2 PRK yang telah diputuskan oleh SPR yang akan berlangsung pada 18 JUN 2016 ekoran kekosongan 2 kerusi secara serentak dalam tragedi balasungkawa di Sarawak. 

Satu ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian  orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud :

`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI, HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH KAMU DIKEMBALIKAN…'


Pemain dan pimpinan politik parti-parti yang menyatakan minat untuk bertanding seperti BN, PAS dan PAKATAN HARAPAN melalui PAN mula berfikir dan merancang strategi bagaimana supaya kerusi ini menjadi milik mereka. BN akan berusaha sedaya mungkin  untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala di pihak yang lain pula sedang menyusun gerak kerja untuk merampas 2 kerusi itu sebagai manifestasi seolah-olah rakyat kini bersama mereka sekali pun terpaksa mengeluarkan surat dari penjara. 

Itulah adat dan resam politik dan pihak mana yang berjaya mengadun taktik dan formula berkesan, mungkin pihak itulah yang akan berjaya namun kejayaan sebenar kadangkala tidak memerlukan kepakaran tahap PhD dengan formula2 politik di dewan kuliah dan ulasan langsung di media2.

Kepada BN, apa juga taruhan dan  formula, pimpinan BN harus ingat bahawa biarpun baru mendapat mandat besar di dalam PRN Sarawak, gelombang dan semangat itu tidak sampai ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kemenangan besar di dalam PRN Sarawak ianya adalah keberkesanan strategi dan pendekatan yang hanya terpakai untuk Sarawak sahaja. Manakala di kalangan puak2 yang hanya tahu membangkang, keghairahannya adalah hanya untuk melampiaskan dendam ekoran dimalukan di Sarawak setelah berhabis duit dan strategi tumpul.

Sebab itulah di keluarkan berbagai kenyataan tidak masuk akal seperti untuk menghalang pimpinan BN Sarawak masuk ke Selangor dan lain-lain bagi menagih kembali simpati setelah kehancuran persefahaman politik sesama mereka semakin menjadi nyata.

Apatah lagi bila pimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan ini telah mula berada pada tahap sanggup menjual akal dan budi kepada “abang besar” iaitu Cina DAP dan membiarkan abang besar ini yang membuat keputusan politik tentang calon dan strategi, kononnya kerana DAP lebih berhak setelah PKR gagal menguasai suasana, mereka ingin bangkit bagaikan `harimau yang terluka' .

Secara umumnya jika berasaskan “score sheet” keputusan 2 PRU yang lepas, peluang BN untuk terus mengekalkan kemenangan di kedua-dua kerusi tersebut tidak menjadi masaalah cuma peluangnya lebih besar dan mudah di Kuala Kangsar, manakala di Sungai Besar ianya ianya agak sengit kerana disamping menang hanya dengan angka marginal, jentera BN terpaksa berhadapan dengan jentera sebuah kerajaan negeri pimpinan PKR yang tidak lagi menjadikan Presiden sebagai rujukan utama.

Disamping itu BN juga  berhadapan dengan sejumlah pengundi yang langsung tak tahu besyukur dengan negara Malaysia yang telah memberikan kerakyatan kepada nenek moyang mereka. Sampai sekarang ada yang masih tidak tahu berbahasa Melayu dan mereka ini dikumpulkan dalam DUN Sekinchan dan mereka diberi keselesaan dengan pelbagai kemudahan asas seperti rumah urut, PUB dan lain2 kemudahan mengikut kaca mata mereka.

Maka tidak hairanlah jika antara keputusan strategik yang diambil dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan antaranya adalah memberi tumpuan 120% kepada PRK Sungai Besar dengan matlamat 1:1 iaitu melepaskan Kuala Kangsar kepada BN dan akan memastikan kemenangan  untuk mereka di Sungai Besar.Itulah yang sedang mereka fikir, itulah juga yang sedang mereka tafsir.

Namun kepada BN, INI BUKANNYA HALANGAN, TETAPI  PELUANG. Ketentuan Tuhan yang memberikan peluang berterusan untuk menguji sejauh mana keberkesanan dasar, penjelasan isu daripada permainan persepsi, ketajaman dan kebijaksanaan strategi harus dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sesiapa juga yang bertanggungjawab menerajui jentera pilihan raya harus memastikan bahawa matlamat BN bukan sekadar untuk menang, tetapi menang dengan peningkatan jumlah majoriti.

Apakah ubat paling mujarab untuk menutup mulut Tun M dan kuncu2nya yang berterusan menyerang dan cuba merosakan minda rakyat sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN? Kemanakah hilangnya rasional pemikiran seorang pemimpin dalam memastikan “KEBIJAKSANAAN POLITIK” untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa yang dalam kontek sekarang hanyalah melaui formula BN? Apakah penawar yang boleh menyebabkan bukan Melayu melihat usaha merampas kuasa politik mereka tidak akan kemana dalam konteks Negara Malaysia yang penduduk majoritinya Melayu? Hanyalah kemenangan besar dalam 2 PRK ini yang akan membuntukan mereka untuk berfikir dan membisukan mereka dari mentafsir.

Inilah sebenarnya keutamaan kita yang menuntut kebijaksanaan membuat keputusan politik yang bermula dari pemilihan siapa yang sebenarnya layak untu dicalonkan. Presiden parti yang akan membuat keputusan perlu diberi maklumat yang betul bukannya berasaskan sentimen dan adu domba.

Bakal calon bukan sahaja harus “winnable” tetapi “marketable” dan “workable”. Semua diminta berjiwa besar. Sentimen dan kehendak pimpinan UMNO dan BN setempat harus dinilai apakah ianya selari dengan kehendak rakyat dan pengundi yang jumlahnya jauh lebih besar dan menentukan kemenangan? Janganlah ketika kita bercakap matlamatnya hanyalah untuk memastikan kemenangan, tetapi mengemukakan pelbagai syarat kepada YAB Presiden. Parokial lama masih menghantui seperti calon wajib suku ini atau suku itu, calon wajib jawatan ini dan jawatan itu, malah belum apa-apa lagi pelbagai kelemahan bakal calon, sesama sendirilah  yang membuka pekongnya.

Yang lebih menarik ada juga yang mengambil pendekatan menahan lukah di pergentingan dengan harapan jika calon yang dibawa tidak di pilih, maka akan berlakulah keuntungan peribadi dengan harapan berlakulah “butter trade” yang semua sedia maklum.

Kenapa persoalan-persoalan ini terus membelenggu UMNO dan BN setiap kali berhadapan pilihan raya sama ada PRU atau PRK? Walaupun usia UMNO dah 70 tahun dan berhadapan dengan 13 kali PRU dan berpuluh-puluh  PRK? Jawabnya mudah kerana ada lagi segelintir yang meletakan kepentingan diri jauh lebih besar dan utama dari kepentingan parti.

Disaat seluruh pimpinan sedang berusaha untuk membawa sinar kemenangan ada yang cuba memadam api semangat dengan pelbagai kaedah. Bayangkan ketika Ketua UMNO Bahagian  sedang menyusun dan memberi arahan, ada yang membuat laporan polis terhadap beliau atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya ketika sedang berperang sebagaimana berlaku di Sungai Besar.Laporan polis  itu dibuat oleh orang yang kononnya juga sayang dan cintakan UMNO dan BN . 

Malah ada juga ketika senarai bakal-bakal calon sedang di perhalusi, dianalisa dengan rapi, ada juga  yang nakal mula mengejutkan  orang yang yang tidur dan tidak pernah bermimpi jadi calon, tapi diberitahu bahawa akan jadi calon dengan meminta profail dan resume kononnya arahan YAB Presiden.

Malah lebih memualkan ada yang mula turun berjumpa dengan individu-individu seperti perjumpaan di Manong Resort Kuala Kangsar untuk memilih bakal calon sedangkan itu sebenarnya bertujuan membina rangkaian politik peribadi.

Sebagai orang yang mudah geli bila di geletek,maka mula beraksilah  si hamba Allah ini dan bergolok bergadai lah turun merata peti undi dengan mencanang sesama sendiri bahawa dia adalah “winnable candidate”sebagaimana telah diiktiraf oleh PUTRAJAYA. Kesannya bila tidak terpilih, merajuk dan membawa diri, tidak lagi berkerja  untuk parti.

Apa pun yang berlaku itulah asam garam sesama kita BN bila berlaku PRU atau PRK. Memanglah pemilihan calon yang “right candidate for the right position” mempunyai implikasi yang besar dalam politik yang masih mengamal status quo ala BN. Sebab kononnya pengundi akan melihat SIAPA yang nak mereka undi, apatah lagi bila melihat kepada profail pengundi yang hampir 50% adalah pengundi muda yang tidak terikat secara  eksterim dengan  mazhab parti.

Namun siapa pun yang menjadi taruhan BN, gerak kerja terancang yang berpaksi kepada kajian kepada setiap PDM terhadap sikap dan minat pengundi adalah kunci untuk memastikan menang dengan jumlah majoriti yang lebih besar. Mana PDM dalam kawalan, PDM tumpuan, PDM tumpuan berganda, strategi mengelakan kemusnahan dan lain2 ianya harus di fikir dan ditafsir secara bersama. Semua harus bekerja atas semangat BN dengan menggerakan seluruh komponen seperti MCA dan GERAKAN dan mereka perlu membuktikan bahawa mereka bukannya “sleeping partner” dalam BN.

Biarlah bagaimana sekali pun bentuk dan corak PRK ini sama ada pertembungannya 3 penjuru atau 2 penjuru, usahlah kita meletakan harapan kemenangan atas kelemahan lawan yang semakin nanar dan kejam sesame sendiri tetapi kita yang harus menentukan kemenangan dengan kekuatan kita sendiri.

Biar kita yang menguasai “game” ini dengan segala perancangan dan taktik yang semuanya telah mengaku arif dan pakar. Kerana kemenangan besar 2 PRK akan menjadi kayu ukur sama ada pembangkang akan benar-benar diambang kehancuran  dan bertukar menjadi “PAKATAN YANG TIADA HARAPAN”atau kemenangan biasa dengan berkurangnya majoriti menjadikan pembakar semangat pembangkang untuk terus memanipulasikan isu dan menyebarkan persepsi bahawa PRU 14BN tiada lagi peluang membentuk kerajaan.

Jumlah 134 kerusi BN dalam Parlimen sekarang harus dipertahankan dengan mengekalkan kemenangan di 2 PRK. Ianya hanyalah dengan kebijaksanaan kita berfikir dan keupayaan kita mentafsir

Kembali Beraksi

$
0
0
Sanggah Tok Janggut bakal beraksi kembali..akan lebih terbuka pendedahannya.

MALAYSIA berdepan Revolusi Warna..

$
0
0
KUNING,Merah, Hijau, Oren dan berbagai-bagai lagi warna di pamerkan oleh segerombolan manusia d dalam Negara ini sebagai mewakili tanda protes mereka dengan mengilhamkan bersama berbagai-bagai logo dan slogan malah apa yang kumpulan ini sedang lakukan
adalah kerana dorongan daripada apa yang berlaku di negara luar,mauduknya adalah menumbangkan kerajaan yang sah dan dipilih rakyat melalui sau pendekatan revolusi yang dirancang secara terpimpin.


Revolusi warna ini adalah pergerakkan politik yang berasal dari negara-negara barat terutamanya Eropah kemudiannya diambil alih oleh Amerika Syarikat dan ianya merupakan satu gelombang ideologi yang menular dari sebuah negara ke negara yang lain manakala penyokong-penyokong dalam revolusi warna ini semuanya menggunakan penentangan aman pada mulanya yang melibatkan orang awam tetapi akhirnya menjadi ganas seperti dilakukan Bersih 1.0 hingga ke Bersih 3.0.


Demonstrasi,mogok lapar dan perhimpunan haram semuanya digunakan bagi tujuan melumpuhkan kerajaan memerintah dan memaksa perubahan yang mereka perjuangkan dan pergerakan revolusi ini semuanya menggunakan warna tertentu atau bunga sebagai simbol mereka. 


Revolusi warna ini amat ketara sekali di dalam menggunakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang sengaja ditubuhkan dan khususnya kumpulan-kumpulan aktivis pelajar di dalam mengatur penentangan aman atau perhimpunan-perhimpunan haram ataupun menyerap masuk individu-individu tertentu di dalam agensi-agensi kerajaan bagi menyelaraskan gerakan revolusi yang dirancang,  


Revolusi warna sebeginii amat berjaya sekali di Serbia terutama dalam Revolusi Jentolak padatahun 2000), di Geogia melalui Revolusi Bunga Ros (2003), di Ukraine dengan Revolusi Oren (2004), di Lubnan dinamakan Revolusi Araz (yang paling ganas pernah berlaku), di Krygyzstan dengan Revolusi Tulip (2005), Revolusi Biru di Kuwait (2005), di Iraq ia dikenali sebagai Revolusi Unggu (2005) dan di Czechoslovakia ia dikenali sebagai Revolusi Baldu (2005).


Kumpulan yang berhaluan kiri di negara ini yang dipimpin oleh ekstrimis politik sedang menggerakan agenda yang sama kerana mereka yakin,mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan sedia ada melalui proses demokrasi dan sebarang bentuk demonstarsi yang mereka adakan sejak akhir-akhirnya hanya satu latihan menggerakan kepada satu demonstrasi yang lebih besar menjelang PRU13 ataupun ketika diumumkan pembangkang kalah dalam PRU13 nanti.Ini perlu kita awasi.


Revolusi Hijau pula telah dimulakan di Iran pada tahun 2009 hingga 2010 tetapi gagal dan revolusi ini dimulakan atas dasar menentang keputusan pilihanraya atau meminta pilihanraya diadakan secara adil. Namun jika ditunaikan sekalipun kehendak penganjur revolusi ini mereka tetap akan melakukan protes sehinggalah kerajaan yang ditentang dijatuhkan dan mereka mengambil alih kepimpinan kerajaan. Lihat saja tuntutan Bersih yang pertama dulu bilamana SPR tunduk kepada permintaan mereka,kumpulan ini terus juga melancarkan demontrasi. 


Tujuan penentangan mereka sebenarnya adalah topeng kepada hasrat mereka untuk mengambil alih kerajaan walaupun kerajaan semasa mentadbir dengan baik malah genda mereka disokong pula oleh pergerakan demokrasi dari negara-negara barat yang memang berniat memerintah negara-negara yang sedang membangun melalui proksi-proksi mereka. 


Revolusi warna dalam negara kita ini adalah hasil usahasama pemimpin-pemimpin pembangkang dengan negara luar yang berusaha untuk menguasai sesebuah negara dan selalunya sokongan kewangan yang besar datang daripada kerajaan negara-negara barat dan NGO-NGO barat yang mensasarkan negara tertentu seperti Malaysia untuk diambil alih melalui revolusi sebegini


Revolusi warna adalah satu bentuk penjajahan baru yang telah dicipta oleh negara-negara barat dengan menggunakan kepimpinan tempatan seperti Anwar Ibrahim,Mat Sabu,Ambiga dan beberapa nama lagi yang merancang untuk membuat kacau bilau di dalam Negara ini.


Mereka ini akan adakan pelbagai tuntutan dan tuduhan kepada kerajaan yang memerintah dan pada masa yang sama cuba tidak akan menerima apa saja pembaharuan yang dibawa walaupun tuntutan-tuntutan mereka telah dipenuhi. 


Ideologi yang dibawa oleh revolusi warna ini memperdagangkan konsep politik songsang yang sesat malah membawa kesan yang amat buruk kepada sesebuah negara. Lihat sahaja Bersih,HKR dan berbagai-bagai lagi gerakan sonsang yang sedang dilakukan.


Rakyat menjadi keliru,keliru dengan maklumat-maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak pembangkang dan pihak kerajaan pula akan diserang tanpa henti dengan tohmahan yang dikeluarkan secara besar-besaran meliputi semua media alternatif, laman sosial dan blog-blog anti kerajaan yang dikawal-selia oleh jentera-jentera milik revolusi warna ini dari dalam dan luar negara.


Begitulah adanya dengan perancangan licik revolusi warna ini yang hanya semata-mata berusaha atas dana yang diberikan oleh proksi negara-negara barat bagi menjatuhkan mana negara-negara yang mereka ingin ambil alih dan inilah bentuk penjajahan alaf baru yang sedang rancak berlaku dan jika kita berwaspada ia akan berlaku kepada negara kita ini.Lihat sahaja terdedah tentang Suaram,Sarawak Report,MalaysiaKini dan berbagai-bagai lagi yang menerima dana daripada luar untuk menabur serta merekayasakan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.


Apakah signifikan baju merah penunjuk perasaan Thai dengan baju kuning penunjuk perasaan Bersih 2.0 dan 3.0 di Malaysia ? Kedua-duanya menggunakan warna sebagai satu cara menunjukkan protes mereka dan mereka sebenarnya tergolong dalam satu pergerakkan global yang dinamakan pergerakan revolusi warna dan Malaysia adalah sasaran seterusnya.. 


Revolusi warna tanpa syak lagi adalah satu fenomena baru yang sedang menular dalam arena pembangunan politik masa kini dan tujuan saya mendedahkan hal ini supaya dapat diambil peringatan oleh para pemimpin politik tentang bahaya dan kesan revolusi warna ini yang mampu menghancurkan negara kita dengan menimbulkan kacau bilau jika tidak ditangani dengan lebih awal.


Kita perlu memahami ciri-ciri pergerakan ini dan bentuk-bentuknya supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya di dalam membenteras wabak ideology ini yang sememangnya dicipta oleh pergerakkan demokrasi barat. 


Mari kita mulakan dengan definasi yang diambil daripada Wikipedia. Laman web ini adalah antara yang pertama menerangkan tentang wujudnya revolusi warna ini dengan memberi definasi yang berikut ;


"Color revolution(s) is a term used by the media to describe related [political] movements that developed in several societies in the CIS (former USSR) and Balkan states during the early 2000s. Some observers have called the events a revolutionary wave. Participants in the color revolutions have mostly used nonviolent resistance, also called civil resistance. Such methods as demonstrations, strikes and interventions have been [used to] protest against governments seen as corrupt and/or authoritarian, and to advocate democracy; and they have also created strong pressure for change.


Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution, and various western NGOs including Jew billionaire George Soro’s Open Society Institute – are ‘the foreign instigators and helpers’ who pave the way for a pro-USrael regime changes around the world. These groups arrange dessident groups behind a single opposition leader (a pro-West would be ideal, but even an anti-West would do the trick”

BILA PANGGUNG SUDAH DIBUKA

$
0
0



AGAK lama juga membiarkan blog ini gersang dan tidak disentuh tapi itu bukanlah bermakna blog Sanggah Tok Janggut telah `menopause' atau mandul cuma ada kekangan-kekangan dan fokus lain mengikut keutamaan namun ianya tetap sebagai gunung berapi aktif yang menunggu masa untuk memuntahkan larvanya.
  
Dalam tempuh `mute' ini begitu banyak perkara telah berlaku,dari senario politik kepartian sama ada melibatkan BN, PAS, AMANAH, PKR, BERSATU dan lain-lain,yang boleh disimpulkan sebagai makin banyak polemik,maka makin dekatlah PRU14.

Siapa yang mempunyai gerak kerja yang lebih baik dan berkesan, peluang untuk mereka menang makin mudah dan besar. Apa juga isu yang dimainkan dari seremeh-remeh isu seperti isu Mat Tere hinggalah yang mempunyai penjelasan teknikal seperti Himpunan RUU 355 dan pembunuhan rakyat Korea, semuanya disangkutkan dengan politik sebagai penyedap bagaikan `aji no moto' dalam proses mempengaruhi sokongan.


Namun hakikat sebenarnya ialah  bagaimana menggunakan `peluang politik' dan `crisis' untuk mencari keuntungan dari dana politik yang ada dan mencatur kedudukan masing-masing untuk makin berkuasa.Realiti inilah yang sedang berlaku dalam semua parti politik. kalau tidak, takkan kecoh tentang  perlantikan Ketua Penaja Bahagian Parti Bunga yang baru sahaja bertunas, takkan ada banner ceramah yang langsung tidak ada nilai dalam parti PAS yang telah matang.`Husam lari debat baiah',segala bahan penyedap itu menjadi tular  mengikut keupayaan masing-masing dalam usaha mencari pengaruh politik dan undi.

Ada yang menjadi perhatian pihak pelaksana undang-undang dan tindakan tegas terus diambil dengan menggunakan pelbagai Akta tapi ada juga yang `tersengaja' dibiarkan walaupun jelas yang dihina adalah pimpinan tertinggi negara. Kita tidak kecewa jika org politik bertindak dengan niat bermain politik sebab  kita maklum bahawa politik adalah seni yang tidak ada sifir tetapi amat kesal jika penjawat awam, pelaksana undang-undang  juga turut ingin `bermain politik'. 

Ada juga Ketua Jabatan ketika baju yang dipakai mewakili agensi tetapi lagak dan tindakan  seolah-olah dialah lebih dari Ketua Bahagian parti politik .Mana hilangnya etika penjawat awam apabila Ketua yang bertaraf Menteri kita cuba sabotaj, melaga-lagakan kakitangan dan pegawai, kononnya si anu penyokong dia, si anu bukan penyokong dia, sentiasa memberi amaran kepada pegawai bahawa dialah yang berkuasa dan orang ini dialah yang bawa masuk berkhidmat, bila ada yang tak suka pula, diikhtiarkan supaya keluar dari jabatan dan ditamatkan perkhidmatan.

Malah lebih teruk,ada yang sentiasa inginkan pujian dan populariti dan ingin melompat lebih tinggi, sekali lagi kita harus bertanya, apakah ini etika penjawat awam? Lebih menampakan kebodohan ialah apabila mula merekayasa (agaknya telah dinasihat oleh penasihat-penasihat yang begitu strategies) bahawa ada gerakan dalaman mahu menjatuhkan kedudukan Ketua dengan menuding kepada orang yang begitu setia berkhidmat dan membantu sebelum ini. Apakah bodohnya Ketua jenis ini?

Apakah jawatan dalam sektor awam yang dipegang sekarang jawatan politik yang akan hilang dengan undi? Apa juga gerakan tidak meninggal kudis pun jika memang kita KetuaJjabatan yang baik dan berkesan,apa yang berlaku adalah kerana diburu ketakutan akibat gagal menunaikan janji-janji kepada pegawai-pegawai yang beliau berjanji yang sehingga kini terkontang kanting dan mula memanggil beliau dengan gelaran munafiq. 

Malah sudah kedengaran para pegawai dan kakitangan mula membandingkan dengan Ketua-Ketua sebelum ini dan keputusannya, majoriti mengatakan beliau adalah ketua yang paling teruk dalam sejarah.Kerana menyedari intigriti dan kejujurannya sebagai `orang operasi' yang setakat ini gagal mengurus operasi agensi dan  mula dipertikaikan, maka kini pegawai-pegawai yang dulunya tidak disukai, kini itulah pegawai-pegawai yang popular dimata Sang Ketua ini tanpa menyedari dia telah mula memasuki jerat yang telah lama dipasang.

Kini telah menjadi rahsia umum, Menteri sebagai Ketua pun sudah mula menunjukkan hormat dinginnya, KSN sebagai Ketua Perkhidmatan pun sudah mula meluahkan rasa kecewanya. Jika Ketua Jabatan yang sikapnya menjadikan agensi sebagai medan bermain politik, maka elok sebenarnya dilepaskan sahaja jawatan awam itu dan terjunlah dalam politik, lagi pun memang sekarang pun rasa geli sudah ada kerana asyik  berulang alik  ke kawasan yang kononnya ada peluang politik dan mendakwa diri diterima.Cubalah, baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah!

Mudah sahaja pesanan kita,kawan-kawan yang sama-sama merancang, meredah hutan dan belukar untuk memberi laluan, jangan ditingalkan. Janganlah bila sudah memiliki kedudukan, kawan-kawan lama yang  jujur bila menegur, dianggap sebagai melepas anjing yang tersepit. kawan-kawan yang bertungkus lumus menyusun gerakan dari hotel ke hotel, berkejar dalam dingin Subuh ke Lapangan Terbang menyiapkan tugasan tanpa henti, kalau tidak sanggup memandang baik sekali pun kerana sudah ada kawan-kawan baru yang begitu banyak berjasa setelah bergelar Ketua, janganlah dianggap musuh. kerana sedikit atau banyak, tentunya oanrg pernah mengusung dan meredah semak samun ini lebih tahu dimana parut, sopak dan kudis yang ada.

Namun sehingga masa itu tiba, fokus dan pimpinlah agensi yang telah diberi tanggungjawab ini dengan baik, usahlah bermain politik lebih dari org politik. urus tadbirlah dengan bijak danber intigriti kerana bijak dan berintigriti bukan hanya terpakai pada pegawai bawahan sahaja.Mereka juga ingin melihat Ketua yang bijak dan berintigriti, kalau tidak mampu pun biarlah dilihat bijak dan ada intigriti. Usah biarkan ucapan-ucapan `kalau macam ni je cara berfikir dan bertindak, aku lebih layak jadi ketua',

Ingatlah walaupun kita sudah rasa kita adalah ular sawa yang besar, boleh membelit dan membaham apa sahaja, ada waktunya kita kena tahu had dan batasnya.

AIRMATA DEWAN MERDEKA

$
0
0

UCAPAN  penangguhan yang ringkas dan padat oleh YAB Presiden UMNO tiada tujuan lain melainkan meniup semangat untuk ahli parti balik dan bekerja memenangkan parti. 

Raih undi rakyat seramai mungkin untuk pastikan pangkah dacing pada PRU14.
Air mata ahli parti bawahan yang berada di luar dewan mengakhiri persidangan parti siasah terbesar umat Melayu hari ini.

Pasti mereka menangis kerana bimbang apakah keputusan PRU14 masih memihak kepada UMNO/BN untuk kekal memerintah tanahair ini. 

Cuma, kita bimbang air mata ahli dan pemimpin parti di dewan merdeka tadi akan berakhir di Nilai bagi yang ke Selatan, di R&R Tapah bagi yang ke utara dan di Tol Gombak bagi yang ke timur. 

Rayuan YAB Presiden supaya pemimpin di bahagian agar berbincang secara anak-beranak, bimbang bertukar macam mana nak cincang yang sepatutnya. 

Entah ler... sejauh mana semangat pemimpin dan ahli parti UMNO ini. Bersangka baik lah...

PAU 2017- SEKILAS PANDANGAN

$
0
0
PAU 2017 telah melabuhkan tirainya.Sebagaimana PAU yg sebelum2 ini, ianya ditutup dgn pelbagai laungan keramat, sumpah dan ikrar, motivasi utk menyelamatkan kuasa Melayu melalui medan politik dgn luahan semangat berbaur dgn airmata.

Kemudiannya masing2 pimpinan merumuskan PAU ini adalah yg terbaik dari pelbagai sudut mengikut cara dan pola berfikir, sekali sekala bersulam juga ayat membodek dan menjilat.. itulah realitinya setiap kali PAU dan setiap kali mengulas apa yg telah berlaku dlm PAU.


Tidak dinafikan bhw PAU tahun ini sbg PAU terakhir sebelum PRU 14 dan ianya telah menarik perhatian semua pihak.

Pihak Urusetia berjaya mengendalikan dgn amat baik sekali, tetapi yg lebih bererti, ianya dihadiri oleh ahli akar umbi dalam jumlah yg amat ramai. Ahli yg mengikut Pesiden tidak mempunyai niat yg lain selain drpd ingin melihat UMNO terus menjadi parti yg gah menguasai politik negara.

Mesej penting Presiden dihayati dan diberikan perhatian sepenuhnya oleh para ahli marhaein yg kelihatan begitu puas dgn ucapan Presiden, walaupun hanya duduk dilantai di luar Dewan Merdeka, tidur berkongsi 10 orang satu bilik dihotel murah dan makan hanya digerai dan kedai mamak di depan Grand Continental.

Ahli marhaein yg tulus ini boleh melupa seketika masalah dan rasa marah bila sampai di Kl tak ada bilik, menumpang dulu dibilik kawan2, tidak diberi wang saku kerana tidak diiktiraf oleh pemimpin dalam kawasan, apatah lagi kemelut 'ini penyokong tegar sianu dan sianu ' sedangkan orang yg sehaluan siap dapat imbuhan dalam sampul bergambar lagi drpd sianu dan sianu.

Tetapi semua itu dapat di terima oleh ahli marhaein apabila Presiden menegaskan bahawa kita perlu ketepikan kepentingan peribadi utk menjadi parti yg berkuasa.

Tetapi apakah ahli yg berbaju Melayu Merah, Biru mempunyai pas sbg perwakilan dan pemimpin yang mengerah hanya orang ini shj di bawa sbg pemerhati kerana ini orang kita juga boleh berlapang dada dan duduk berbincang sbg mana arahan presiden?

Atau kita ingin katakan bahawa kesilapan itu berlaku sebelum ucapan penggulungan Presiden? Apakah ini kali pertama Presiden minta kita bersatu dan berbincang?

Sebab itulah ketulusan dan keikhlasan menjadikan setiap bait2 kata Presiden dan seluruh pimpinan yg menggulung perbahasan PAU ianya adalah terletak kpd pemimpin UMNO disemua peringkat yang hadir.

Jika ucapan Presiden boleh dianggap sbg membuka pentas utk mulakan gerak kerja PRU, sepatutnya setiap yg bernama Ketua sama ada Ketua Bahagian, Ketua PDM, Ketua Cawangan, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita sudah ketiadaan alasan untuk masih tunggu dan lihat dan teraba2 mencari apa tugasan yg perlu dibuat dan paling malang bila sesama kita menunggu dulu siapa yang akan dipilih utk bertanding.

Itu belum lagi kita lihat apakah aura pesanan dan PAU 2017 betul2 boleh menghentikan dulu buat seketika niat dan minat pemimpin Bahagian membicarakan soal kedudukan dan pemilihan antara mereka yg bergerak secara riak ikan diair sudah diketahui jantan atau betina.

Selebihnya ialah bagaimana tulus dan bijaknya pemimpin agensi2 strategik yang mengarahkan pegawai2 masing berlegar mundar mandir kononnya membuat analisa dan kajian PAU utk menghadapi PRU 14.

Jika dikalangan mereka ini serius dan bijak, sudah tentu mereka ini dpt membaca yg tersurat dan tersirat ttg saranan, arahan dan permintaan YAB PM sbg Pesiden UMNO dan pastinya selepas ini mereka dapat mengemukakan plan tindakan yg construktif utk membantu dgn memfokuskan kpd kumpulan sasar strategik, kawasan yg strategik dan dgn program yg berkesan utk membantu goverment of the day yg diketuai oleh UMNO dan bukannya hadir ke PAU sbg syarat utk dilihat turut berada di PWTC, terhegeh2 bertemu dan bergambar bersama pemimpin supaya jika yg kontrak nak habis minta disambung, yg grednya rendah minta dinaikkan.

UMNO menjadi kuat memimpin kerajaan kerana ada koloborasi yg baik drpd pimpinan parti dgn pimpinan agensi kjaan yg bukan shj cerdik, tetapi mempunyai roh perjuangan yg sama dgn pimpinan UMNO tanpa memberikan berbagai label. Pimpinan agensi perlu faham bahawa mereka berada ditempat dan kemudahan yg ada sekarang kerana perjuangan UMNO yg masih mempertahankan kerajaan yg ada.

Sebab itu Presiden dan seluruh pimpinan parti perlu melihat dan mengkaji semula kedudukan Ketua2 Jabatan yg bersikap dalam dua muka dan gagal berfungsi dgn baik sbg agensi yg boleh membantu UMNO, mereka perlu ditukar segera untuk menghadapi PRU 14.

Jika PAU 2017 mmg satu titik tolak utk melihat kemenangan besar PRU 14, maka disamping seluruh jentera parti kena memulakan tugasan parti, jentera kerajaan juga perlu dikerah sama membantu...

BIRO TATANEGARA (BTN) - HIDUP SEGAN, MATI PUN SEGAN!

$
0
0
`SEBUAH sistem organisasi kerajaan yang hancur'. Itu sahaja perkataan yang paling sesuai digambarkan utk BTN, Biro Tatanegara yang satu ketika dahulu gah sebagai sebuah agensi psywar kerajaan.

Sesuatu yang tidak mengejutkan telah benar-benar berlaku. Terpampang dimuka depan akhbar arus perdana, menjadi berita utama media sosial bahkan turut dijadikan tajuk utama berita oleh stesen TV tentang berita kes tuntutan palsu dan penyelewengan BTN Sarawak sehingga hampir semua pegawai telah ditahan reman malah ada yang reman mereka masih dilanjutkan.

Dengan kata lain, operasi pengurusan dan pentadbiran BTN Sarawak seakan lumpuh kerana semua telah di tahan untuk siasatan oleh SPRM.


Menurut sumber berita, mereka terbabit dalam penyelewengan dan tuntutan palsu pada tahun 2016, iaitu tahun permulaan BTN di ketuai oleh Ketua Pengarahnya (KP) yang namanya Ibrahim Saad, mantan Pengarah BTN Sabah yang diangkat oleh YB DS Azalina selaku Menteri di JPM pada masa itu.

Apa signifikannya kedudukan KP dalam kes-kes berkaitan kerana pejabat KP BTN di Putrajaya, bukannya di Sarawak? 

Apa yang berlaku dan menjadi perhatian ialah bagaimana gagalnya seorang KP agensi penting ini dari sudut pengurusan yang membiarkan aktiviti songsang dan tidak bermoral berlaku dalam agensi kerajaan, atau sememangnya diketahui tetapi dibiarkan atau terus di beri galakan kerana merasa diri hebat kerana kononnya ketika itu rapat dengan Rosmah Mansor dan tidak boleh boleh disentuh?

Mungkin juga satu kemungkinan kerana mengikut bukti aktiviti songsang dan tidak bermoral ini juga sebenarnya turut beliau lakukan diperingkat pengurusan di pejabat KP sendiri sebagaimana bukti yang ada dalam urusan membekalkan bendera, aktiviti jualan baju BTN dan aktiviti kewangan lain. ‘Ikan kalau buruk di kepala, pasti, buruknya sampai ke ekor!’

Maka benarlah pepatah selalu menyebut, bapa borek, anaknya pasti rintik atau pun gurunya kencing berdiri, pasti anak murid kencing berlari.

Maka dengan itu, SPRM  bukan sahaja perlu menyerbu BTN Sarawak. Bagaimana dengan BTN Pulau Pinang yang di dipimpin oleh sahabat tidur sebantal KP sekarang yang juga terlibat dalam  urusan membeli bendera daripada syarikat di Penang?

Bagaimana di Perlis dan Kedah yg Pengarah Negeri juga menjadi orang kesayangan KP? Apatah lagi di HQ BTN yang bertanggungjawab mengurus penyaluran peruntukan  kewangan ke BTN Negeri-Negeri atau Bahagian-Bahagian tertentu yang mengurus politik pada PRU lepas dengan peruntukkan yang besar dan banyak? Jika apa yang disiasat oleh SPRM ialah memalsukan tuntutan, apakah aktiviti tersebut tidak berlaku di HQ BTN? 

Maka SPRM perlu membuat siasatan menyeluruh kerana  kegagalan KP mengurus hal-hal ini tidak mungkin hanya berlaku di Sarawak sahaja.
.
Apakah dalam mengurus kewangan dan penggunaan peruntukan, pihak pengurusan BTN tidak membuat audit dalaman ke setiap negeri dan setiap tahun? Jika ada audit, kenapa Jawatankuasa Audit Dalaman tidak melaporkan salah laku ini lebih awal dan megambil tindakan dalaman sehingga dari 2016 sampai 2018? Apa keutamaan  kerja KP BTN ? Ops!! maaf mungkin keutamaan ketika itu ialah mendekati Rosmah Mansor dan mengumpulkan kekayaan melalui jualan baju dan berselindung disebalik program kayuh basikal.

Sampai sekarang memang kita pelik, apa keutamaan sebagai  seorang KP agensi? Dengarnya yag dipentingkan ketika ini  ialah menamatkan semua kontrak pegawai-pegawai yang beliau secara peribadi tidak suka, bukannya kerana prestasi kerja tetapi pegawai yangg kononnya tidak sealiran. Jika tidak sealiran walaupun cemerlang dari segi prestasi tetap ditamatkan kontrak.

Berapa ramai pegawai pinjaman dari Kementerian Pelajaran yang telah ditamatkan tanpa notis panggilan balik pun dari Kementerian Pelajaran. Tetapi yang bermasalah dan buruk prestasi tetapi kononnya sealiran atas dasar kawan rapat, tetap dikekalkan.

Minggu ini sahaja berapa ramai pula pegawai kontrak yangg tidak disambung kontrak tanpa dia fikir pun nasib dan periuk nasi pegawai BTN. Tetapi dlm mesyuarat bukan main kononnya dia masih bertahan, tidak berhenti atau meletakkan jawatan kerana memikirkan nasib pegawai dan kakitangan BTN. 

Yang jelas, yang nama Ibrahim Saad ini memang manusia tidak bermaruah dan gagal. Sebab itulah bila BTN Sarawak telah digempur oleh SPRM, sebagai KP,beliau langsung tidak mengambil tanggungjawab bertanya khabar dan menghantar pegawai untuk mengurus soal kebajikan mereka yang ditahan, sebaliknya cuba berlagak baik dengan mengarahkan pasukan audit untuk turun buat semakan semula. Apa bangang manusia seperti ini?

Tapi malangnya kebangangan, kebodohan dan kejahatan yang telah dan sedang dilakukan sekarang ini mula disandarkan pada orang lain. Tanpa rasa malu, sekarang mula menggunakan nama Tan Sri Nordin Kardi sebagai perisai dalam tindakannya, Mentang2lah Pak Din telah menguruskan pertemuan KP ini dgn PM!

Semua ini belum lagi termasuk kegagalan KP BTN mengurus penyelewengan yg berlaku dalam Akaun Amanah di Negeri-Negeri..


Bila si cerdik bertanya pada yang bodoh..!

$
0
0

TEPAT jangkaan saya dan sehingga hari ini, tiada media yang melaporkan bahawa Lim Guan Eng mengelak untuk menjawab soalan dari Wee Ka Siong mengenai hutang negara dan paling kelakar, Astro Awani boleh pula buat laporan dengan tajuk "Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng".

Mujur Hansard Parlimen  telah keluar. Saya dah teliti dan memang benar Guan Eng mengelak soalan. Dia divert isu dengan bertanya kepada Wee Ka Siong sama ada beliau tahu atau tidak kerajaan telah membayar hutang 1MDB sebanyak 7 billion. "Yes or no? Do you know or not?" tanya beliau kepada Wee Ka Siong. Beliau ulang-ulang soalan itu seperti budak sekolah bergaduh. Sedangkan perkara itu bukan jawapan kepada persoalan yang diberikan kepada beliau. Inikah standard Menteri Kewangan?

Wee Ka Siong bertanyakan tiga soalan kepada Lim Guan Eng dimana yang pertama mengenai sama ada dua kompnen hutang - contingent liability dan lease payment disembunyikan selama ini.


"Pertama, iaitu hutang secara langsung RM686.6 bilion. Kedua, kontinjen liabiliti RM199.1 bilion. Ketiga, lease payment RM201.4 bilion. Itulah yang dijumlahkan menjadi RM1.087 trilion sepertimana yang telah digunakan selama ini. Saya hendak bertanya Yang Berhormat. Satu, apakah pembentangan selama ini dua komponen contingent liability dengan lease payment disembunyikan? Kalau ia disembunyikan, saya setuju bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kalau itulah yang telah dibentangkan, maka ia adalah sesuatu yang telah kita hebahkan kepada public. " - Wee Ka Siong.

Soalan kedua pula berhubung jumlah hutang negara, sama ada RM 1.087 trillion seperti yang digembar-gemburkan oleh kerajaan ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara.

"Saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat pada 23 Julai, tulis ini mengikut takrifan IMF iaitu hutang rasmi negara mengikut standard antarabangsa ialah 50.8 peratus. Pertikaian sekarang ialah, adakah hutang kita RM1.087 trilion ataupun RM686 bilion mengikut standard antarabangsa yang digunakan oleh semua negara? Jadi soalan saya, bila Moody’s secara rasmi mengeluarkan satu kenyataan bahawa kita punya debts ratio adalah 50.8 peratus, Yang Berhormat mengatakan they don’t understand the extent of debts. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kalau itulah standard yang dipakai kita pun tidak pernah menyimpang." - Wee Ka Siong.

Manakala soalan ketiga adalah mengapa hutang 1MDB tidak dimasukkan dalam perkiraan hutang Rm1.087 trillion.

"Yang Berhormat sebut tentang 1MDB. Jadi, Yang Berhormat kalaulah kita campur RM686.6, RM199.1 campur dengan RM201.4 itu menjadikan RM1.087 trilion. Kalau disebutkan 1MDB lagi, sepatutnya itu adalah pendedahan tambah kepada itu tetapi Perdana Menteri pakai RM1.087 trilion. Jadi kalau Yang Berhormat boleh bagi justifikasi sesuatu yang tidak dimasukkan dalam huraian Yang Berhormat tadi adalah sesuatu yang baharu dan saya berharap Yang Berhormat boleh bagi penjelasan, adakah itu standard yang telah dikeluarkan oleh antarabangsa dan Bank Negara ini adakah sebelum ini mereka tidak pernah bagi data itu?" - Wee Ka Siong

Jawapan Lim Guan Eng ada dalam hansard yang saya tangkap layar ini. Serius macam budak sekolah! Jaguh kampung. Memalukan Dewan Rakyat ada wakil rakyat begini.

ini sumber  hansard : https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-31072018.pdf muka surat 119 -123.


Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera.

$
0
0

KETIKA perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.
Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.


Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia. (Zaman ketika itu, konsep "natif" / Native adalah senang : adakah anda keturunan nusantara/warga Asal (melayu, jawa, sakai, jakun) atau bukan keturunan nusantara.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota. (Crown Colonies)

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan secara beramai-ramai kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (Saya gunakan perkataan "mereka" untuk merujuk kepada keturunan Nusantara - melayu, jawa, etc, kerana ketika itu perbezaan antara kaum sangat ketara, tiada cina yang boleh bertutur bahasa Melayu). 

British mengaku kalah akibat tekanan dari UMNO. Begitu juga dengan kaum Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang keturunan Nusantara (melayu) & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan secara beramai-ramai untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan "istimewa", maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju dan melaungkan sokongan dengan konsep ini
Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur/kompromi ini berakhir?

Saya beranggapan faktor UTAMA kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China. Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada usaha daripada kaum cina untuk integrasi dengan keturunan Nusantara/Melayu pada ketika itu. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang terus menjadi faktor UTAMA yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'Kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada Nyonya Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang bergambaran Queen Victoria sebagai tanda setia kepada kerajaan British (rujuk kepada Museum Peranakan Singapura). Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, Warga keturunan Nusantara/Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang amat ketara dan biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka masa itu. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan secara beramai-ramai kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal. Perasaan sebeginilah yang mencegah warga nusantara/Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan secara beramai ramai orang Cina dan India, mendesak mereka pulang ke negara asal secara berperingkat, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.

Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal Kontrak/Perjanjian terbesar antara Warga Nusantara/Melayu/Warga asal & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, warga Nusantara/asal berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.

Nenek moyang kami (Cina), yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang) generasi pertama, sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan secara beramai-ramai . 

Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi dan integrasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan secara beramai-ramai. Wajarlah warga Nusantara/Melayu/warga asal menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan secara beramai-ramai di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN BERAMAI-RAMAI.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan Beramai-ramai sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, Warga Nusantara/Melayu/asal berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah aspek "Kecinaan" dan "perasaan tidak selamat" (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai warga Nusanstara/Melayu/Asal yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).

Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.
Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.
Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.

Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.
Tidak cukup!

Tidak cukup untuk memberitahu warga Nusantara/Melayu/asal yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.
Sama ada:
1) Kita mengagungkan Kontrak tersebuat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunsurkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).
atau
2) Kita Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya kita dengan budaya warga Nusantara/melayu/asal..

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari lebih banyak titik persamaan dengan orang Melayu

Dipetik dari tulisan asal : Tai Zee Kin
Viewing all 63 articles
Browse latest View live