Quantcast
Channel: S A N G G A H T O K J A N G G U T
Viewing all 63 articles
Browse latest View live

BTN-Agenda peribadi belum selesai.Apakah Razali Malik akan melengkapkannya?

$
0
0


Jangan Najib runtuhkan apa yang Tun Razak bina..

SAYA tidak peduli dan akan terus menulis tentang Biro Tata Negara kerana kepimpinan mereka makin melampau dan pendekatan pengurusan tertinggi makin menjijikkan dan secara terang-terangan sedang menipu PM Najib dan seluruh rakyat Malaysia dan setiap kali blog ini menyiarkan artikel tentang BTN pasti akan ada panggilan telefon daripada tokoh-tokoh yang akan bersetuju dengan pendedahan dan minta terus mendedahkan dan tidak kurang ada juga yang minta saya berhenti menulis tentang BTN dan bertanya apa sebenarnya masalah saya dengan Raja Arif atau nama glamournya RARA (macam penyanyi ataupun pelakon) dimana katanya beliau mempunyai lesen untuk bercakap dan mendakwa semua orang suka bila dia bercakap dan beliau menganggap orang yang tidur sewaktu beliau bercakap adalah orang bengong (itu sedutan ucapan RaRa di London sewaktu bertemu beberapa orang pelajar Malaysia sambil-sambil bercuti untuk bertemu anaknya dengan menggunakan dana kerajaan).
 
Saya  ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah ada masalah peribadi dengan RaRa ini malah saya pernah berjumpa, berbincang hingga ditawarkan berbagai-bagai kemudahan untuk membantu beliau tapi bukan persoalan peribadi yang saya ingin atau perjuangkan tetapi persoalan masa depan negara, bangsa dan agama yang mana saya tahu BTN memiliki ruang untuk membantu dan melaksanakannya namun telah dirosak dan dijahanamkan bila Raja Arif dipilih sebagai Ketua Pengarah BTN.



Para pemerhati yang mengikuti dengan rapat setiap isu yang saya ketengahkan tentang BTN pasti akan merasai apa yang dibentangkan melalui  blog inibukanlah satu isu yang kecil,isu yang somborono atau isu yang sengaja diputarbelit maupun isu yang sengaja diada-adakan tetapi ianya adalah isu yang jelas dimana daripada seremeh-remeh isu yang melibatkan kezaliman terhadap kakitangan BTN hinggalah ke isu api dalam sekam kepada PM Najib malah yang lebih penting adalah kepada kerajaan dan masa depan negara. 


Tanyalah kepada kakitangan yang jujur dan berfikir tentang bangsa,apakah pendedahan—pendedahan dalam blog ini adalah sesuatu yang sengaja dibuat atau itulah yang sebenar sedang berlaku di sekitar BTN  sejak Raja Arif diamanahkan sebagai KP? Jangan tanya kepada yang  kaki jilat 'kaki dan kepala lutut' Raja Arif kerana kalau bertanya kepada jenis penjilat sepanjang zaman ini,jawapannya pasti Raja Arif adalah Ketua Pengarah terbaik dan paling berwiabawa kalau mahu dibandingkan dengan Ketua-Ketua Pengarah sejak BTN ditubuhkan,itu kerana Raja Arif masih lagi Ketua Pengarah.

Cuba tanya mereka ini bila Raja Arif bukan lagi sebagai Ketua Pengarah,yang pasti jawapannya adalah Raja Arif tidak ubah seperti makhluk perosak ataupun anai-anai yang sedang menjahanamkan BTN.Tanya bekas Pengarah BTN Sarawak yang ditukarkan ke ibu pejabat tentang Raja Arif ini dan pasti nada jawapannya tidak sama sewaktu beliau di Sarawak sebagai Pengarah Negeri.



Cuba tanya juga kepada kumpulan audit JPM yang sedang berkampung di BTN sekarang ini,apakah pendedahan blog ini tentang penyelewengan yang dibuat oleh pengurusan BTN tidak ada asas?Jika tidak ada asas mengapa Mokhtar Air Mineral atau lebih mahsyur sebagai Mokhtar PA Sistem dinasihatkan supaya bersara? Namun jika sesiapa yang pergi bertemu dengan Mokhtar secara peribadi akan dapat mendengar luahannya tentang apa yang berlaku dan beliau pasti akan terkilan dengan apa yang Raja Arif telah lakukan dan akhirnya beliau menjadi mangsa kepada kerakusan Raja Arif.


Apakah matlamat peribadi Raja Arif telah TAMAT apabila Mokhtar telah di bersarakan? Tidak sama sekali kerana selagi Anwar Ibrahim tidak dipanggil sebagai SIR dan duduk di Putrajaya,matlamat Raja Arif tidak akan selesai dan sebab  itulah sepamtas kilat Raja Arif dan pemain di belakang tabir yang berlindung di sebalik Jabatan Strategik tanpa berlengah terus menghantar nama calon untuk menggantikan Mokhtar iaitu Razali Malik, seorang lagi PTD yang lahir dari usrah kumpulan yang sama dan antara pentaksub Anwar dalam kerajaan malah pernah menyertai reformasi bersama-sama dengan Shahlan, Raja Arif, Mokhtar, Hanafi,Ahamd Firuz dan lain-lain lagi rangkaian mereka,malah juga antara penyebar gambar mata lebam Anwar dalam tahun 1999. 

Menjadi persoalan juga kenapa dalam ramai-ramai PTD yang berada dalam gred yang layak untuk menggantikan  Mokhtar, kenapa nama Razali Malik yang dicadangkan oleh Raja Arif kepada Timbalan Menteri? YB Dato Razali Ibrahim dah nak mula kena main…! Jaga-jaga Cik Salmah!


Razali Ibrahim jangan sesekali bersubahat..!
Apakah dengan membawa Razali Malik yang ternyata amat totok dengan jemaah ABIM dan bermentorkan kumpulan Anwar ini BTN akan jadi lebih baik dan dapat menjalankan fungsinya sebagaimana hasrat Razali Ibrahim dan PM Najib bagi menghadapi PRU14 atau sebenarnya lebih memudahkan hasrat Anwar Ibrahim dan PR? Itulah yang saya nyatakan bahawa agenda peribadi yang masih belum selesai malah tidak keterlaluan kalau dinyatakan bahawa kezaliman kepada kakitangan, penyelewengan pengurusan untuk gapai  cita-cita Raja Arif akan lebih berleluasa dengan kemasukan Razali Malik kerana diketahui umum dimana pun beliau bertugas sebelum ini, beliaulah dikatakan menjadi penghasut dan orang yang sentiasa perlekehkan dasar kerajaan sejak Anwar tiada dalam sistem kerajaan masakini. Mampos lagi BTN kali ini...!


Dengan itu apa juga agenda peribadi Raja Arif sebenarnya akan jadi lebih mudah sama ada untuk kumpul dana bekal bila ditamatkan kontrak atau terus menjadi api dalam sekam yang akan merosakan kerajaan dari dalam, bila ke `war room’ bukan main lagi beliau persembahkan apa yang BTN sedang rancang untuk bantu kerajaan, tetapi yang jelasnya apa yang dibentangkannya itu hanyalah omongan kosong sebagaimana semua orang tahu dan kenal siapa Raja Arif iaitu kuat lebong seolah-olah beliaulah paling hebat dan sebab itulah beliau sepantas kilat mencari calon untuk menggantikan Mokhtar kerana jika pihak JPA dan SPA menghantar orang yang bukan jemaah dan sealiran dalam perjuangan untuk melonjakkan Anwar pasti semua langkah dan perancangan akan terbongkar dan wajah Raja Arif akan dibogelkan oleh pasukan pengurusan. 
 

Sebab itulah `sparing partner’ yang boleh dicucuk hidung amat-amat di perlukan oleh Raja Arif dan kita amat berharap apa yang sedang diusahakan oleh Raja Arif ini mendapat perhatian pejabat Timbalan Menteri serta TKSU JPM dan bertindaklah segera bagi menyekat kegilaan ini daripada berterusan.


Kita pula,marilah sama-sama kita memainkan peranan untuk menyelamatkan PM Najib, kerajaan dan negara dari kerakusan Anwar yang menggerakkan orang-orangnya seperti Raja Arif,Hanafi dan yang bakal dibawa masuk Razali Malik dari dalam,semaklah dan siasatlan  berapa ramai lagi orang-orang yang spesis sama telah di bawa masuk satu demi satu ke dalam BTN hinggalah matlamat mereka akan berjaya jika tidak dihalang dan apa pun tuduhan pada saya tentang tulisan-tulisan dalam blog ini,sekurang-kurangnya saya telah ambil peranan meskipun dilihat kecil untuk mendedahkan perancangan para petualang bangsa ini kerana orang yang mampu mainkan peranan lebih besar sehingga ke hari ini tidak berbuat apa-apa.


Apakah kita ingin terus bersekongkol dengan segala macam penyelewengan seperti yang telah Mokhtar PA Sistem lakukan dengan membawa pegwai perempuan seorang diri bersamanya ke Jepun tanpa ditemani orang lain.?Apakah itu halal dari segi hukum `agama' ABIM? Menggunakan peruntukan sewenang-wenangnya hinggakan tuntutan daripada Wisma Putra melebihi RM80 ribu untuk satu program kecil dan kemudian bila selesai program balik mengemukakan pula tuntutan perbelanjaan sedangkan semua perjalanan dan elaun telah dibiayai. Apakah itu semua halal ikut ajaran ABIM? 


Jika kita terus membenarkan Raja Arif dan selepas ini Razali Malik masuk pula menggantikan Mokhtar, semuanya akan berulang semula bagaikan `copy and paste’  sahaja kerana kepada penganut-penganut ajaran ABIM ini,khianat kepada kerajaan BN,menyeleweng duit kerajaan BN,berlaku zalim kepada kakitangan kerajaan BN adalah halal dan haram bagi mereka adalah bila mendedahkan saipa Anwar dan perancangan musuh-musuh kerajaan kerana jika terus didedahkan maka akan terbongkarlah wajah-wajah siapa yang sebenarnya musuh kepada  kerajaan BN.


Kepada PM Najib,Razali Ibrahim silalah cabut duri yang sedang menikam kerajaan ini dan padamlah api dalam sekam yang sedang merebak dan patahkanlah gunting yang sedang menikam dalam lipatan ini.BTN tidak pernah salah dan yang salah adalah KP dan TKP mereka..!

Putarbelitkan geran MOSTI- Rafizi cuba bunuh syarikat Bumiputera..

$
0
0



Rafizi sanggup bunuh bangsa sendiri?
PENDEDAHAN MP Pandan Rafizi Ramli tentang geran yang baru dipohon oleh NSE Resource (M) Sdn Bhd membuktikan betapa buruk dan jijiknya serta membuktikan bahawa sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan rancangan jahat dan bangsat beliau dengan menohmah serta memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari kononnya keterlibatan secara langsung PM Najib dalam isu yang beliau sedang hangat beliau gunakan sekarang ini.

Tindakan beliau juga merupakan satu tindakan yang cukup terdesak untuk memancing undi melalui pertandingan partinya dan memperlihatkan beiau ketandusan isu sehingga sanggup berbohong kononnya beliau mempunyai kredibilti untuk menyerang PM Najib dan syarikat berkenan.

Rafizi juga memilih perenggan-perengan tertentu dalam surat yang beliau dedahkan bagi memberikan gambaran berlaku penyelewengan serta rasuah bilamana syraikt tersebut memohon geran daripada MOSTI.

Saya berkesempatan bertemu dengan pihak yang ada kaitan dengan syarikat ini dan berikut saya catatkan penjelasan awal bagi menjawab segala pembohongan MP Pandan ini yng ternyata sebenarnya beliau sedang berusaha untuk membunuh syarikat yang 100 peratus milik Bumiputra ini


NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat usahasamadimana 25% pegangan sahamnya dimiliki oleh Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.).  Baki 75% pegangan sahamnya dimiliki oleh 2 orang pakar tempatan iaitu En. Azhar bin Anuar dan En. Shahrul Sazali bin Ahmad Safian yang berpengetahuan dan berpengalaman luas di dalam bidang kejuruteraan polimer dan renewable energy (tenaga boleh diperbaharui).

Syarikat inijuga merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi tinggi yang mula beroperasi sejak tahun 2002 dan memegang 5 hakcipta yang dipatenkan menerusi MyIPO.  Selain daripada itu, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari sudut teknikal dan teknologi perintis termasuk melalui Bioeconomy Transformation Programme (BTP)yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dimana syarikat ini telah berjaya melepasi penilaian intensif selama 6 minggu berturut-turut dalam bioeconomy lab yang dinilai oleh pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa.

 Pengiktirafan dan justifikasi dari sudut teknikal, teknologi hijau, prospek komersil dan risiko pelaburan juga telah dinilai oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selain daripada agensi perunding antarabangsa, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 21 April 2014 bertajuk “Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Urusan Geran MOSTI, Anugerah RM100 Juta Kepada Projek Komersil”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/perdana-menteri-campur-tangan-dalam-urusan-geran-mosti-anugerah-rm100-juta-kepada-projek-komersil/
Para 1 dan 2:

`Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Md Diah semalam yang menafikan berlakunya salahguna dalam pengurusan geran R&D MOSTI menunjukkan beliau sendiri tidak arif dengan perkara yang berlaku di bawah kementerian beliau.

Beliau turut dipetik sebagai berkata bahawa setiap geran R&D perlu melalui proses penilaian yang ketat. Proses itu turut melibatkan pembentangan kepada satu jawatankuasa yang dianggotai oleh kumpulan pakar’.

Itu kata Rafizi,hakikatnya kenyataan daripada Timbalan Menteri MOSTI adalah merujuk kepada artikel lain di laman blog Rafizi yang bertarikh 15 April 2014 yang menuduh MOSTI tidak bertanggungjawab terhadap agihan geran Penyelidikan & Pembangunan (R&D).  Artikel berkenaan langsung tidak menyebut tentang geran kerajaan kepada NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

(rujuk: http://rafiziramli.com/2014/04/tiada-seliaan-ketat-dan-pertanggungjawaban-dalam-geran-mosti/)

Para 3 dan 4:

`Saya boleh mendedahkan bahawa salah satu geran yang terbesar pernah diberikan di bawah skim geran R&D MOSTI ini adalah hasil campur tangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang membayangkan ia tidak mengikuti prosedur yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri itu.

Saya sertakan surat kelulusan dari Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI kepada NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd yang secara terang-terangan menunjukkan bagaimana keputusan mengenai geran R&D dibuat dan diluluskan dengan arahan dan campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak’.

Sebenarnya  lampiran surat daripada MOSTI yang disertakan di dalam artikel berkenaan langsung tidak mencatatkan tentang Skim Geran R&D oleh kerana skim geran berkenaan kebiasaanya digunakan untuk permohonan pembiayaan penyelidikan daripada syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukan hanya telah selesai melalui fasa R&D, malah telah berjaya menyiapkan projek seumpamanya di Sabah.  Syarikat ini juga telahpun bersedia untuk memulakan operasinya untuk projek biomass berasaskan kayu serpai (wood chip) yang dicadangkan di Kerteh Bio-Polymer Park, Terengganu melalui pelaburan awal setakat inisebanyak RM 44.5 juta dengan pinjaman sebanyak RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad.  Pelaburan ini telah membolehkan syarikat tersebut memetrai pejanjian bernilai RM 700 juta dengan syarikat konglomerat dari Korea dan Perancis untuk pembekalan steam bagi tempoh konsesi asas 10 tahun.  Ia juga menjadi faktor utama menjayakan pelaburan mereka berjumlah RM2 Billion di Kertih Biopolymer Park Terengganu.

Bersandarkan kepada keyakinan dan kepercayaan pelabur luar negara terhadap syarikat ini, rundingan susulan untuk membekal renewable energykepada beberapa syarikat konglomerat luar negara yang lain di Gebeng Industrial Estate, Pahang berada dalam proses akhir rundingan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah syarikat yang 25% sahamnya turut dipegang oleh kerajaan, maka syarikat ini telah memohon kepada pihak MOSTI sejumlah peruntukan untuk membiayai pembangunan projek tersebut.

Rafizi tidak akan dapat mendatangkan bukti untuk menunjukkan  PM Najib “mengarah” ataupun “campur tangan” di dalam proses kelulusan geran ini.  Sebaliknya, memo sokongan yang diberikan oleh Y.A.B Perdana Menteri adalah berbentuk umum yang tertakluk kepada pertimbangan dan S.O.P. Kementerian yang berkaitan sebagaimana banyak memo-memo sokongan lain yang dipohon melalui pejabat beliau.

Para 5, 6 dan 7:

`Lebih dari itu, pemberian geran kepada syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersil yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta diberikan kepada satu syarikat sahaja. Ini bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI seperti berikut:

1. Geran R&D diberikan dalam jumlah yang kecil bagi satu projek/geran. Geran maksima yang dilaporkan bagi satu projek (mengikut Laporan Tahunan MOSTI) ialah sebanyak RM2 juta dibawah Technology Acquisition Fund (TAF)

2. Geran R&D diberikan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi, bukannya satu projek komersil yang melibatkan dana ratusan juta..’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi. 

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik.

Para 8:

`Jika syarikat ini diberikan geran sedemikian rupa besarnya iaitu RM100 juta, apakah MOSTI bersedia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat lain yang mengusahakan projek komersil seumpama itu atau terlibat di dalam industri teknologi juga boleh memohon geran untuk membiayai projek-projek mereka?’

Rafizi sepatutnya membangkitkan dan menjelaskan “sekiranya ada” mana-mana syarikat yang mempunyai pengiktirafan dan keupayaan teknologi serta track-record seperti NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. yang telah gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pembiayaan.Persoalan yang seharusnya berbangkit bukan kenapa NSE Resource memperolehi geran tersebut; sebaliknya “syarikat Melayu” yang mana yang selain NSE Resource yang sepatutnya memperolehi geran tersebut?  Maka, jawabnya, tidak ada.

Para 9:

`Oleh kerana jumlah RM100 juta yang diberikan ini adalah dalam bentuk geran, maka NSE Resources Corporation (M) Sdn Bhd mungkin tidak perlu membayar balik satu sen pun kepada kerajaan. Kita telah menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC (bukannya geran) pun tidak dibayar balik kepada kerajaan, apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan sebagai geran…;

Kenyataan ini menunjukkan Rafizi gagal dan tidak tahu menahu berkenaan 25% pegangan saham oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP).  Pegangan saham berkenaan akan membolehkan kerajaan menerima keuntungan hasil daripada pelaburan tersebut.

Para 10 dan 11:

`Ini hanyalah satu projek yang menunjukkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan memberi arahan kepada MOSTI agar geran RM100 juta diberikan kepada sebuah projek komersil. Kita tidak tahu berapa banyak lagi campur tangan dan arahan seperti ini yang dibuat oleh beliau selama ini kerana peruntukan geran R&D adalah besar iaitu sebanyak RM1.1 bilion.

Saya menunggu penerangan dan penafian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin mengenai pemberian dana RM100 juta ini kerana saya ada dokumen-dokumen lain yang lebih lengkap…’

Dana RM 1.1 billion yang dinyatakan oleh Rafizi adalah Skim Dana R&D yang disediakan untuk pembiayaan penyelidikan syarikat awam dan pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi.  Ianya tidak bersangkut-paut dengan geran kerajaan kepada syarikat  NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.

Jelasnya, PM Najib tidak “campurtangan” atau “memberi arahan” untuk kelulusan geran ini, sebaliknya sokongan yang diberikan lebih cenderung bedasarkan minat dan kesungguhan beliau untuk :-

i.   menjayakan Bioeconomy Transformation Programme (BTP) dan mengupayakan syarikat-syarikat berkaitan teknologi hijau.

ii.membina imej negara Malaysia sebagai peneraju dalam bidang bio-teknologi dengan menyediakan fasiliti pengeluaran renewable energymenggunakan biomass (serpai kayu) yang berskala besar mencecah 180 ton sejam steam atau 60 MW tenaga.(Fasiliti penjanaan tenaga biomass yang terbesar di Eropah hanya boleh menjana sebanyak 144 ton sejam steam)
 
iii.      menjimatkan sehingga RM 1.6 billion peruntukan subsidi dalam jangkamasa 10 tahun sekiranya gas asli digunakan untuk menjana steam di kawasan-kawasan kilang yang dinyatakan diatas.

iv.     membolehkan syarikat-syarikat konglomerat asing yang datang melabur di Malaysia mengurangkan kos tenaga elektrik dalam sekaligus menarik pelaburan asing (FDI) berjumlah sekitar RM 7.0 billion.

Serangan sembrono oleh Rafizi Ramli secara jelas menampakkan kejumudan pemikiran kerana terikat dengan cara lama pembangkang yang mengkritik apa sahaja perkara yang boleh membawa kepada pujian dan pengukuhan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.  Kegagalan beliau untuk mengenalpasti dan mempertimbangkan projek-projek yang berupaya menjadi kebanggaan negara (national pride) menunjukkan kedangkalan akal fikirannya. 

Jika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya membangunkan Proton sebagai satu-satunya pengeluar kereta dari kalangan negara Islam sehingga negara Malaysia dikagumi di seluruh pelosok dunia, projek renewable energy berasaskan biomass ini berupaya mengangkat nama negara di mata dunia dari sudut penguasaan teknologi hijau, membangunkan pengusaan ekonomi bio, sekaligus menaikkan nama Y.A.B. Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai seorang tokoh negarawan yang hebat dan berpandangan jauh.  Perkara seperti inilah yang sebenarnya paling ditakuti oleh pembangkang kerana mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan “The Second Mahathir”.

Rafizi berniat jahat terhadap PM...
(Merujuk tulisan di laman blog bertarikh 22 April 2014 bertajuk “Dana R&D Disuntik Ke Projek Komersil Yang Tidak Mendapat Keyakinan Bank”)
Rujukan:http://rafiziramli.com/2014/04/dana-rd-disuntik-ke-projek-komersil-yang-tidak-mendapat-keyakinan-bank/

Para 1:

`Saya sertakan utusan surat-menyurat di antara pemohon (NSE Resources Corporation Malaysia Sdn Bhd) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak lanjutan dari pendedahan semalam bagaimana dana untuk tujuan R&D telah digunakan untuk membiayai projek komersil…’

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh Y.B. Rafizi. 

Syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM200 juta kepada Rafizi ekoran pembohongan dan manipulasi fakta ini yang bertujuan mencemarkan imej syarikat dan menimbulkan kemarahan dan prasangka buruk golongan akademik terhadap syarikat ini.

Para 2 hingga 5:

`Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa: 1. Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI
 
2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang dibina di Kerteh

3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources…’

Daripada surat yang dilampirkan oleh Rafizi, tidak ada langsung ayat yang berbaur “arahan” yang dicatatkan.  Minit yang dicatatkan oleh Perdana Menteri diatas surat berkenaan kepada Menteri MOSTI berbunyi:

“Y.B. Dato’ Dr. Ewon Ebin, Untuk pertimbangan.  Saya tiada halangan jika projek ini sesuai.”

Merujuk perenggan (7) dan (8) di dalam surat permohonan geran, bantuan geran yang dipohon ini bukan hanya tertumpu kepada pelaburan syarikat ini di Kerteh, Terengganu; sebaliknya juga untuk memenuhi permintaan renewable energy di Gebeng, Pahang. 

Tuduhan yang mengatakan kontrak yang dimeterai oleh NSE Resource “tidak melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan” adalah pembohongan yang melulu.  Harus diketahui, permohonan ini dibuat oleh syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd.yang mana 25% sahamnya dipegang oleh kerajaan menerusi Malaysia Venture Capital (MAVCAP) iaitu sebuah entiti perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).  Pegangan saham ini bermakna pihak kerajaan akan turut mendapat pulangan sekiranya syarikat ini mencatatkan keuntungan. 

Harga pembekalan RM55 satu tan dan berasaskan teknologi hijau menjadikan tarikan utama kepada pelaburan asing (FDI). CJ-Arkema telah memilih melabur di Malaysia sebanyak RM2 Billion berbanding Thailand atau pun Brazil.

Para 6:

`Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. Secara langsung, ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini…’

Dalam perenggan (7) surat permohonan geran daripada NSE Resources, terdapat kenyataan “kekangan kewangan” yang membawa kepada fitnah dan tohmahan oleh  Rafizi kononnya projek ini “tidak mendapat dokongan dari institusi kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank”.

Perenggan (7) seharusnya dibaca bersama dengan perenggan (8) yang mencatatkan: “sepertimana yang pihak Y.A.B. Dato’ Seri sedia maklum”, yang memberi gambaran bahawa suatu penjelasan yang lebih terperinci telahpun dibuat kepada Perdana Menteri.

Untuk makluman, syarikat ini telah menerima pinjaman berjumlah RM20.4 juta daripada Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 2013 untuk membangunkan fasa-2 yang kini telah 93% siap.  “Kekangan kewangan” yang dimaksudkan pada perenggan (7) ialah keperluan modal tambahan bagi menampung pembangunan strategik fasa ke-3 sebagaimana yang telah dibentangkan semasa memberi penjelasan kepada Perdana Menteri.

Para 7:

`Sewajarnya, Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. Keputusan beliau memberi saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.,,;

Sebagaimana diperjelaskan, geran yang dipertimbangkan oleh kerajaan kepada syarikat NSE Resource Corporation (M) Sdn. Bhd. bukanlah daripada skim geran R&D yang disebut oleh  Rafizi. 

Berhubung dengan pertimbangan Y.A.B. Perdana Menteri, rujuk ulasan untuk Para 10 dan 11 dalam artikel terdahulu.

Para 8 dan 9:

`Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan perkara berikut:

1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia. Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan biasa yang ada di pasaran..’.

Teknologi yang diguna pakai dibangunkan dibahagikan kepada 2 komponen iaitu membabitkan fabrikasi dandang steam 100% tempatan dan pembangunan pada skala besar gasifier yang 100% pengeluaran tempatan. Tindakan ini telah menyelamatkan pengeluaran wang keluar ke negara asing berjumlah tidak kurang dari RM360 juta.

Ianya juga telah menaikkan imej fabrikasi dan kebolehan kejuruteraan membangunkan alat berasaskan tenaga hijau ke mata dunia apabila syarikat konglemerat asing seperti CheilJedang Corp Korea dan Arkema SA Perancis telahmemeterai perjanjian jangka panjang pembekalan steam dengan NSERC.

Para 10:

`2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh (yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun, iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu…’

Kilang CJ Arkema adalah kilang pengeluaran Methionine hijau yang pertama seumpamanya didunia. Pengeluaran steam oleh PETRONAS CUF berasaskan gas asli mempunyai nilai karbon yang tinggi serta dibekalkan pada harga minima RM70 setan pada kadar gas asli di “subsidi” iaitu RM16.07 per mmBTU (dimana PETRONAS sepatutnya boleh menjual keluar negara pada harga RM45 per mmBTU) menjadikan projek ini tidak “viable” di Malaysia.

NSERC mampu mengeluarkan steam hanya pada RM55 se tan menggunakan biomass serta mempunyai nilai karbon yang rendah  menjadikan keseluruhan rantaian pengeluaran yang jauh lebih hijau dan viable untuk pelaburan di Malaysia berbanding di Thailand atau Brazil oleh CJ Arkema.

Para 11 hingga 13:

`Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.

Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan…’

Sekiranya benar ada keraguan terhadap prospek untung rugi syarikat ini, bagaimana Bank Islam Malaysia Berhad boleh memberikan pinjaman sehingga RM 20.4 juta?

Ketika Tun. Dr. Mahathir Mohamad mengambil keputusan untuk menggunakan dana awam yang bertujuan untuk membangunkan Proton, bukan hanya pihak bank yang meragui keupayaan Proton untuk mencatatkan keuntungan, tetapi juga pihak pembangkang yang menganggap projek kereta nasional itu sebagai suatu pembaziran dan tidak menguntungkan.  Akan tetapi, apabila kedudukan Proton mula mengukuh dalam pasaran automotif tempatan, bukan hanya pihak bank memberikan kepercayaan, tetapi juga pihak pembangkang sendiri memilih untuk membeli kereta Proton.  Begitulah realiti dan perumpamaan untuk mana-mana syarikat yang membawa suatu produk baru ke dalam masyarakat.

Berkenaan saringan teknologi, syarikat ini telahpun melalui beberapa saringan teknologi oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Selain itu, syarikat ini juga telah memperolehi pengiktirafan daripada Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dan pengesahan industri hijau daripada PricewaterhouseCoopers (PwC).  Dengan fitnah yang menggugat kredibiliti syarikat tersebut oleh Y.B. Rafizi, syarikat ini dikhabarkan akan mengemukakan saman berjumlah RM 200 juta terhadap beliau dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, Rafizi telah masuk ke dalam jerat yang diciptanya sendiri.  Pada kali ini, dengan dokumen-dokumen bukti yang ada di pihak syarikat, Rafizi akan berhadapan dengan kes saman fitnah dan buruk sangka yang akan mengeheretnya jatuh ke lubang kubur yang digalinya sendiri.  Ini kerana, segala-galanya adalah fitnah yang berpandukan maklumat yang salah dan tersasar.  Tidak ada satupun dokumen bukti yang dapat menunjukkan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam urusan ini.  Kenyataan-kenyataan yang dibuat lebih menjurus kepada tohmahan liar, sangkaan buruk dan hati perut busuk untuk mengkhianati syarikat yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang berpotensi mendapat bantuan kerajaan.  Rafizi dicadangkan meminum perfume sebagai cubaan untuk mewangikan kembali hati perutnya.
Walaubagaimanapun, pokok persoalannya, kenapa Rafizi membangkitkan isu ini?  

 Adakah terdapat saudagar-saudagar dari bangsa lain yang memainkan peranan supaya isu ini dicipta dan dibangkitkan oleh beliau?

Apa agenda Shahrizat di sebalik usul Naib Presiden Wanita UMNO?

$
0
0

Apa agenda Shahrizat usulkan  seorang lagiNaib Presiden Wanita?

TERSENYUM simpul kita bila memerhatikan perjalanan Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang sedang berlangsung di setiap hujung minggu ketika ini dan lagi menarik bila Wanita UMNO begitu bersungguh-sungguh mengusulkan supaya UMNO menyediakan satu lagi jawatan Naib Presiden di kalangan Wanita secara lantikan walaupun Ketua Wanita telah secara automatik  bertaraf Naib Presiden parti.

Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya Wanita UMNO mengusulkan jawatan itu secara percuma begini  sedangkan pada hakikatnya pertandingan jawatan-jawatan utama dalam parti tidak mengkhususkan kepada lelaki semata-mata tetapi Wanita dan juga Puteri UMNO termasuk Pemuda UMNO Malaysia boleh menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan bukan sahaja Naib Presiden tetapi dibolehkan bertanding Timbalan Presiden ataupun Presiden,itupun jika mereka mempunyai cukup sokongan seperti yang dibenarkan dalam proses menawarkan diri untuk turut bertanding.


Kita ambil contoh komponen Barisan Nasional iatiu MCA dimana Naib Presiden mereka ada juga dari kalangan Wanita kerana mereka memilih untuk bertanding serta bersaing dengan calon-calon lelaki dan mereka menang, begitu juga dengan parti PKR,Nurul Izah menang secara bertanding dan mereka tidak meminta-minta,mendesak hingga dijadikan usul penting dalam persidangan Bahagian masing-masing.

Kita tidak tahu apa agenda Wanita atau lebih tepat apa agenda Ketuanya yang meminta seluruh Wanita Bahagian mengusulkan usul supaya dilantik seorang Naib Presiden dari kalangan Wanita hingga Hishamudin serta Zahid Hamidi turut menyokong usul tersebut. Sokongan kedua-dua Naib Presiden ini cukup mudah kita fahami dan salah satu sebabnya adalah mereka bimbang hilang sokongan dari Wanita jika tidak menyokong usul tersebut kerana kedua-duanyapasti ada cita-cita politik.

Mengapa Wanita harus meminta-minta kedudukan ini?Kenapa mereka tidak menunggu waktu sepatutnya di Persidangan UMNO Malaysia untuk turut serta bertanding sebagaiman MCA ataupun PKR lakukan?Sikap meminta-minta sebegini boleh dilihat seolah-olah Wanita daam keadaan desperate mencari kedudukan dalam struktur parti. 

Kecuali Wanita UMNO Cheras yang di pimpin oleh Dato Zurinah secara lantang dan terbuka menolak usul tersebut,semua Wanita Bahagian lain yang telah pun bersidang seperti sepakat menerima arahan untuk mengusul bagi mendesak UMNO memberikan kedudukan supaya diadakan khas Naib Presiden untuk Wanita.

Setakat ini Wanita Cheras tolak usul.
Kita tidak nafikan peranan Wanita UMNO membantu gerak kerja parti dan UMNO meriah kerana Wanitalah yang mengimarahkannya tetapi meminta satu lagi jawatan Naib Presiden secara percuma tanpa melelaui proses pertandingan seperti biasa dalam parti memungkinkan Wanita dilihat tidak mampu bersaing dalam pertandingan ataupun lebih malang lagi kerana Wanita itu seperti tulang belakang parti,mereka menggunakan pendekatan mengugut.

Jika dipersetujui usul yang sedang `digilai’ oleh Wanita ketika ini, tidak mustahil selepas ini mereka ula akan menuntut secara percuma supaya diberikan atau diadakan jawatan Presiden ataupun Timbalan Presiden dari kalangan mereka.

Saya menulis begini selepas sekian lama menyepikan diri kerana walaupun usul tersebut begitu lantang dibahaskan tetapi aada di kalangan Ketua-Ketua Bahagian yang berbisik sesama sendiri {takut bersuara,bimbang diboikot} tidak setuju dengan usul tersebut, mereka ini bimbang tindak tanduk Wanita ini yang merasakan mereka cukup penting dalam kerangka parti akan merosakkan parti malah mereka juga mencadangkan (tapi tidak berani bersuara secara terbuka} supaya pada pemilihan UMNO yang akan dating,Wanita yang berminat bileh menawarkan diri bertanding disemua jawatan termasuklah jawatan nombor satu dalam parti.

Ada juga yang berbisik usul tersebut terpaksa dibawa ke dalam mesyuarat UMNO Bahagian kerana mahu menjaga hati Ketua Wanita yang selama ini `menjaga’ mereka dan pada kita apa sahaja tuntutan dan usul Wanita jangan ianya menjadi bahan jenaka kawan dan lawan.

Wanita yang berpotensi untuk diangkat sebagai pemimpin harus berani menerjah ke dalam gelanggang dan tidak meminta-minta kerana meminta-minta bukanlah sikap yang terpuji dan Wanita yang mengusulan usul tersebut kerana disuruh oleh orang-orang tertentu sebenarnya sedang ditertawakan oleh ramai orang diluar sana malah bukan pemimpin Wanita yang mempunyai sahsiah dan jati diri parti.

KJ dedahkan pekung kerajaan,PM Najib terus berdiam diri!

$
0
0

KJ telanjangkan kerajaan..!

SEHINGGA ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan ataupun pandangan daripada ahli-ahli kabinet terhadap kenyataan Khairy Jamaludin,Menteri Belia Dan Sukan dan juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menegaskan bahawa beliau bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk yang menyokong pembangkang untuk berkerja bersama dengan beliau asalkan penyokong pembangkang tersebut tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Kenyataan beliau disiarkan secara meluas oleh media massa dan mengundang reaksi yang bukan sedikit daripada penyokong-penyokong kerajaan terutama sekali cybertroopers UMNO yang selama ini berkerja keras mempertahankan kerajaan dan UMNO dari serangan serta kejian dan makian pembangkang.Namun KJ bersikap sebalik itu malah membuka seluas-luasnya peluang,ata beliau,yang menyokong pembangkang tidak boleh dipaksa untuk menyokong kerajaan.Itu hak mereka..!

Sebenarnya apa yang KJ sebut hari ini adalah mengiyakan segala yang pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Perdana Menteri lakukan hari ini dan benarlah apa yang Tun M melenting selama ini malah pendedahan KJ ini sekaligus membuka reban untuk musang berbulu ayam terus membiak di dalam kerajaan,juga secara tidak langsung mendedahkan juga bahawa kerajaan hari ini sememangnya menyusukan kera di hutan.


Kita lihat sahaja perlantikan Ezam Mohd Noor yang dilantik Senator dan kini Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan bertaraf Jusa C, Zaharain,Duta Besar di Indonesia,Zaini Ujang  serta ramai lagi dan lebih parah lagi sekarang ini apabila agensi-agensi penting serta jabatan turut diketuai oleh mereka yang pernah bersama ABIM dan juga Anwar Ibrahim

Malah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Zabidi merupakan orang kuat ABIM dan pernah berkerja di Yayasan Anda,lubuk yang melahirkan penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim.Agensi-agensi gerak saraf,perang saraf diketuai oleh kumpulan yang menyokong pembangkang dan tidak hairanlah seperti yang selalu saya sebut,dengan bantuan serta nasihat Shahlan Ismail,Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang juga merupakan penyokong tegar dilantik mengetuai agensi tersebut dan siapa yang boleh menafikan bahawa Sahlan jugalah yang mengarahkan seluruh anggota BTN untuk turun berdemonstrasi sesaat Anwar di tangkap tidak lama dulu.

Jadi kenyataan KJ ini tidaklah mengejutkan sangat kerana bukan hari ini apa yang didedahkan KJ itu berlaku malah semakin berakar umbi dalam kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan inilah antara yang mengundang kemarahan bekas Perdana Menreri Tun M dan penyokong-penyokong kerajaan di luas sana.

Bila Tun M menyerang dalam tulisannya tentang peranan penasihat-penasihat Najib dan mungkin sasaran Tun M adalah salah satunya Sahlan Ismail yang dikatakan cukup berkuasa di pejabat Perdana Menteri sehingga beliau begitu berani dan sedang menyusn gerakan-gerakan yang kita tidak tahu untuk siapa gerakan tersebut disusun bila beliau atas nama Pengarah Strategik telah mengadakan MAS(Mesyuarat Agensi Strategik) dan PAS (Perjumpaan Agensi Strategik) dengan melaporakn soal politik kepada beliau.Siapa Sahlan ini?Apakah ini buka  `hijack’ maklumat daripada agensi?Bukankah gerakan Sahlan ini bertentangan dengan usaha dan operasi MKN 17 melalui `lead’ agensi?

Sahlan-orang yang berkuasa di JPM!
Apa tujuan Sahlan menyusun semua orang-orang beliau di dalam kerajaan sehingga beliau dilihat begitu berpengaruh di pejabat Perdana Menteri dan dalam masa yang sama,beliau gagal menguasai pejabat Timbalan Perdana Menteri dan ada yang mendakwa kerana beliau gagal menguasai pejabat TPM, beliau mengunakan modus operandi stail Anwar dengan melaga-lagakan PM dengan TPM dan adakah boleh dipercayai bahawa penyebaran berita-berita buruk tentang TPM datang dari kem Shahlan ini?

Hebat Sahlan menyusun gerakan ini, selain mengubah suai pentadbiran BTN dengan membawa seramai mungkin anggota-anggota ABIM untuk diserapkan sebagai tenaga-tenaga penting dalam agensi tersebut,dikatakan dengan bantuan Tan Sri Zabidi, Sahlan berjaya meletakkan Zaini Ujang di Kementerian Pendidikan sebagai KSU II dan juga Dr Musa Ahmad sebagai Naib Canselor USIM yang baru malah ramai lagi anggota-anggota ABIM dsierapkan oleh beliau.

Strategi yang sedang dilakukan sekarang ini adalah menguasai anggota-anngota ABIM menguasai selruh jabatan serta agensi termasuklah pentadbiran aw am dan agensi strategi seperti BTN, Naib-naib Canselor dan juga YADIM.

Pada hemat saya, pendedahan KJ ini bukanlah sesuatu yang baru ataupun yang bakal dilakukan tetapi telah lama dilakukan tanpa pengetahuan rakyat serta penyokong kerajaan yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan parti dan kerajaan. KJ baru menyuarakan pandangannya tetapi PM Najib telah lama diperalatkan oleh pegawai-pegawainya untuk membawa masuk penjawat awam yang bukan menyokong kerajaan malah lebih malang lagi pada PM Najib bilamana yang menyokong pembangkang jugalah dilantik sebagai Penasihat beliau.

Ramai orang percaya bahawa bocor segala maklumat daripada pejabat PM Najib kerana hubungan keluarga antara Sahlan dengan Saifuddin, SU Agung PKR malah Sahlan juga dikatakan suka mengubah apa yang PM Najib putuskan dengan mengunakan nama PM sewenang-wenangnya. Dengan menggunakan proksi seperti Irmohizam ianya digunakan untuk mempengaruhi dasar yang PM Najib lakukanuntuk menjalankan modus operandinya.

Kata Asyraf Wajdi...!
Kita juga hairan bagaimana orang seperti Sahlan ini diberikan peruntukan berjuta mengalahkan atau melebihi peruntukan untuk Menteri.Untuk apa peruntukan itu?Hasil dari segala gerakan yang sedang berlaku sekarang,jelas dan bagaikan terbukti bahawa ABIM dan juga PKPIM benar-benar telah mengambil alih kerajaan dan bayangkan juga kalau semua pegawai-pegawai muda diserapkandan dilatih di bawah Sahlan sedangkan dalam masa yang sama Sahlan dikatakan telah mengstruktur semua agensi yang berkaitan.Persoalannya untuk siapa gerakan yang Sahlan lakukan ini sedangkan PM Najib terus diasak dan sedang dijadikan semakin lemah serta tidak bertenaga?

Oleh itu, tidak ada langsung yang pelik ataupun baru disebalik kenyataan KJ itu dan barangkali KJ juga ingin mengambil kesempatan sebagaimana orang-orang PM Najib mengambil kesempatan membawa masuk penjawat-penjawat awam yang kononnya berkebolehan tinggi walaupun mereka bukan penyokong kerajaan.

Kita juga sedang menunggu serangan kedua dari Tun M…!

PRK DUN Pengkalan Kubur- letak songkok pun BN menang!

$
0
0

Kalau ikut perkiraan pakar strategiklah!

KRISIS politik Selangor telah benar-benar menguji konsep kesepakatan,tahalul siasi dan konsep kerjasama dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR  yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa kesudahannya,siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Semua media sentiasa melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa selesa,tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan Nasional.

Soalnya,apakah krisis dalam kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN?Kita tidak perlu menunggu lama dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur,Kelantan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan disinilah bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam kerajaan campuran Selangor ketika ini.


Jika tafsiran politik diambil kira, untuk DUN N 01 Pengkalan Kubur ini,cukup dengan meletakkan songkok pun,BN boleh menang besar kerana disamping telah 3 penggal BN mengekalkan kerusi tersebut, PRK kali ini dibuat saat kerajaan campuran PKR,DAP dan PAS berada dalam keadaan cukup krtikal,cukup lemah apatah lagi kuota Pengkalan Kubur adalah calon dari PKR dan bukannya PAS.

Jika dinilai berasaskan kehadiran ahli parti PKR dalam Kongres mereka yang berlangsung baru-baru ini,dewannya kosong berbanding dengan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hinggga tidak cukup ruang tempat duduk, maka BN melalui songkok yang dimaksudkan akan menang PRK Pengkalan Kubur ini cukup mudah.

Benarkan tafsiran poilitik ini?

Malah bukan hanya perpecahan berlaku bahkan jika ada bunuh membunuh sesama mereka pun dalam PKR,ianya tidak lebih sekadar satu berita gembira untuk kita tahu dan akhirnya kita berkata,lihatlah betapa jahat serta rakusnya mereka kerana ianya tidak membawa apa-apa erti ataupun makna kepada politik kerana sehingga hari ini,sejak istilah transformasi diperkenalkan hingga kini,BN dan UMNO tidak berubah apa-apa dan tidak pernah berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang telah pun menolak PKR.

Ini mungkin terlalu konservatif tetapi terbukti sehinggakan Timbla Presiden UMNO, Muhyuddin Yassin terpaksa mengumumkan untuk mengadakan peraduan mengemukakan idea ~Wow Factor’ dalam perasmian Persidangan UMNO Bahagian baru-baru ini serta menawarkan hadiah lumayan kepada mana-mana Bahagian UMNO yang boleh mengemukakan idea ~wow~ tersebut.

Pada kita, jika peraduan idea `Wow~ baru mahu dibuat,maksudnya untuk melaksanakan idea tersebut ialah pada tahun 2020 nanti dan ini sekaligus memberikan maksud, kita akan menyertai PRK Pengkalan Kubur dan juga jika DUN Selangor dibubarkan sekalipun adalah tanpa factor ~Wow~ itu dan bila menyertai tanpa factor `Wow~ bermaksud juga UMNO akan menghadapi karenah yang sama iaitu soal calon,isu,kemudahan logistik, sabotaj dan berbagai-bagai lagi karenah lain dan ini sekali lagi akan meletakkan BN dan UMNO berada dalam situasi yang sukar walaupun PKR sedang berpecah belah.

Kita fokus di PRK Pengkalan Kubur,rata-rata disebut DUN ini adalah kubu kuat BN,benteng agam UMNO kerana berjaya dimenangi selama 3 penggal berturut-turut.Apa terjadi pun PRK ini tidak memberikan sebarang kesan kepada kerajaan PAS Kelantan jika BN menang sekalipun kerana tidak langsung menggugat kekuatan majoriti mereka apatah lagi kepada PAS itu sendiri kerana DUN ini kuotanya adalah untuk PKR.Kita pasti laporan seperti inilah yang akan diberikan atau disampaikan oleh hubaya-hubaya kepada Presiden parti.

Sehari dua lagi ataupun mungkin sekarang ini akan turun dan berkampunglah pakar-pakar strategi dalam UMNO dan juga dari pejabat Perdana Menteri ke DUN Pengkalan Kubur membuat analisa bagi dipersembahkan kepada PM untuk membuat keputusan. 

Dua pakar hebat ni - Raja Arif dan Sahlan..!
Pakar Strategi yang telah merangka kemenangan peribadi di Pokok Sena,Kedah, Sahlan ismail bersama Pegawai Iringan Khasnya Raja Arif yang sebelum ini hampir-hampir melingkupkan kerajaan BN Terengganu akan turun dengan penuh bergaya bagi mendapatkan maklumat akar umbi untuk merangka strategi kemenangan DUN Pengkalan Kubur.

Sebagai panduan kepada dua `pakar’ yang hebat ini, yang kononnya cukup rapat serta akrab dengan PM, yang kononnya setiap masa dipanggil PM,di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara sebagai asas pertimbangan untuk merangka fatwa-fatwa songsang bagi dilaporkan kepada Presiden parti.

Antaranya, kemenangan tiga penggal Allahyarham Noor Zahidi bukanlah kemenangan UMNO  dan BN seratus peratus tetapi kemenangan itu disumbangkan dengan kekuatan peribadi Allahyarham yang menjadi penyumbang terbesar bagi memastikan kemenangan BN. 

Oleh itu, dalam pemilihan calon untuk menggantikan Allahyarham, rakyat Pengkalan Kubur bukan hanya melihat kepada status kedudukan, kroni kepada Pengarah Strategik dan orang atau calon yang kononnya PM kenal, anak orang berpengaruh tetapi rakyat akan menilai kepada perkhidmatan dan hubungan baik bakal calon dengan masyarakat.

PRK ini tidak semudah yang dijangka kerana jika silap memilih calon, BN dan UMNO akan tewas kepada parti yang paling jijik dan lemah dalam sejarah parti politik tanahair.

Pola sokongan pengundi Pengkalan Kubur kepada BN perlu dikaji secara mendalam dan DUN Pengkalan kubur terbahagi kepada dua iaitu peti-peti undi di sebelah pantai dan peti-peti undi di sebelah darat:-

Peti Undi sebelah pantai :
1.Pengkalam Kubur
2.Ketil
3.Tebing
4.Geting
5.Tujuh
6.Kuala Getting.

Peti Undi sebelah darat :-
1.Simpangan
2.Telaga Bata
3.Bunuhan
4.Jubakar
5.Bendang Pak Yong
6.Teluk Jering

Kekuatan dan kawasan berpengaruh BN berasaskan tiga penggal kemenangan adalah d kawasaan peti undi darat dan kemenangan di peti undi inilah yang dapat menampung kekalahan di peti undi pantai dan dalam pemilihan calon dan merangka strategi, tumpuan serta pandangan daripada pengundi-pengundi di peti undi darat perlu diberikan perhatian.

Jika strategi Pokok Sena,Kedah digunakan di DUN Pengkalan Kubur, memang BN akan berkuburlah di sini manakala dikalangan pengundi Siam di peti undi Jubakar dan kawasan sekitar dimana dalam tiga   pilihanraya telah memberikan sokongan yang padu kepada BN begitu juga dengan pengundi luar negara yang tinggal di Thailand.

Setakat ini UMNO Bahagian Tumpat di bawah pimpinan Allahyarham mampu menguruskannya dengan baik tetapi untuk kali ini tidak dapat di pastikan kerana yang akan turun awal ialah Pengarah Strategi Pejabat PM, Shalan Ismail dan Raja Arif yang mana umum semua tahu mereka berdua adalah kenalan rapat Kamaruddin Jaafar ahli Parlimen Pas Tumpat. Apakah mereka ke Pengkalan Kubur untuk memenangkan UMNO dan BN atau akan membantu Kamarudin Jaafar membamtu mengalahkan calon BN?

Namun saya bersangka baik bahawa mereka turun adalah untuk membuktikan kepada Prresiden parti dan Perdana Menteri bahawa bahawa PM Najib  tetap memerlukan mereka dan kontrak mereka perlu serta wajib disambung kerana  mereka amat mahir  serta bijak merangka strategi untuk memberikan kemenangan besar kepada BN di saat PKR sedang nazak. Kerana bila mereka balik nanti, pasti mereka sudah ada orang yang mereka inginkan jadi calon (pilihan mereka, bukan pilihan rakyat) akan melaporkan kepada PM Najib bahawa semuanya beres, kali ini letak songkok pun  BN boleh menang!

Awas PAU 2014- Raja Arif bakal jadi hantu raya tidak bertuan?

$
0
0

Ini pun idea Raja Arif tau!

TIDAK ada orang lain yang lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang  baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini Raja Arif  akan menjadi lebih UMNO daripada  seluruh pemimpin  dan ahli UMNO yang ada.

Maka berbuih-buihlah mulut serta berceceran air liur Raja Arif akan bercakap dengan setiap pemimpin UMNO yang ditemui di PWTC nanti tentang kehebatan beliau dan kehebatan anak-anak buah beliau menjadi penggerak kepada UMNO dan penyumbang besar kepada  kejayaan kerajaan yang ada. Apatah lagi program Aku IP sekarang ini sedang di tayang di TV3 dan akan dicananglah  ke seluruh pelusuk PWTC nanti  bahawa  itu adalah idea beliau dan Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan} dan sekaligus  menafikan idea dan program itu sebenarnya adalah idea dan program  Timbalan Menteri Razali Ibrahim, jadilah lembu punya susu, sapi lah yang dapat nama.


Mengapa RARA jadi gila dan gila-gila begini? Ini semua kerana beliau kini  berada di penghujung usia perkhidmatan di BTN dan demi mahu menyelamat serta mengekalkan kdudukan beliau sebagai Ketua Pengarah,apa saja yang boleh dikaitkan dengan usaha positif akan di gembar gemburkan sebagai  usaha beliau untuk Negara dan sebab itulah untuk PAU kali ini dikerah seramai mungkin pegawai-pegawai  BTN untuk turut berkeliaran di PWTC bagi  menjadi jurucakap tidak rasmi di sekitar pimpinan UMNO yang hadir bahawa kononnya  Raja Arif perlu dikekalkan dan Raja Arif adalah KP terbaik dlam sejarah KP-KP BTN sebelum ini manakala Hanafi pula adalah TKPL paling maksum dan sempurna dalam sejarah BTN termasuklah menyuruh atau mengupah orang-orang tetentu untuk update di FB atau Twiter kononnya dialah hebat dan terbaik...panjang akal kedua-dua mamat ni!

Sebab  itulah secara tiba-tiba BTN  turut masuk campur dalam Perhimpunan Pimpinan Mahasiswa di PWTC sedangkan usaha ini telah dibuat oleh pimpinan UMNO yang lain tapi akhirnya dijadikan seolah-olah BTNlah yang berjaya mengendalikan program tersebut, walaupun pimpinan lain semua menyampah, tapi  Raja Arif tak kisah, janji PM dapat diyakinkan bahawa BTN telah memainkan peranannya...sekali lagi sapi yang dapat nama.

Salah satu cara RARA promosi diri..ngaku dah!
Kesempatan PAU ini akan  digunakan sepenuhnya oleh Raja Arif untuk  mencari talian hayat kerana sekarang ini sudah  hampir masuk bulan Disember,masa dah tak lama,maka akan diyakinkanlah kepada  pimpinan UMNO bahawa beliau banyak perancangan dan bantuan untuk diberi jika beliau masih lagi disambung sebagai Ketua Pengarah.

Oleh itu PM Najib  perlu diyakinkan supaya beliau terus  dikekalkan sebagai KP BTN  dan usaha ini perlu dibuat oleh Raja Arif  setelah kegagalan demi kegagalan menyakinkan Ketua Setiausaha Negara  untuk melaksanakan Kursus Perdana kerana sebelum ini Raja Arif  yakin akan dapat menggunakan kursus perdana itu sebagai talian hayatnya tapi sehingga kini beliau terus gagal.

Maka PAU 2014 akan dijadikan tempat terbaik untuk beliau  mencari talian hayat dan kita jangan hairan,pelik dan terkejut jika kelibat Raja Arif dan pegawai-pegawai BTN yang tegar menjilat beliau ada dimana-mana di sekitar PWTC kali ini dan juga jangan terkejut  jika Raja Arif dengan penuh erogannya tiba- tiba mengutuk  serta mencerca Anwar ibrahim dan kuncu-kuncu Anwar walaupun pada hakikatnya kawan-kawan rapat Raja Arif  turut sama sembahyang hajat bagi menyelamatkan Anwar pada malam perbicaraan Anwar baru-baru ini.

Kegagalan demi kegagalan Raja Arif sebagai KP BTN  bukan lagi rahsia dan sebab  itulah hari ini beberapa perkara telah diambil alih oleh Shahlan Ismail seolah-olah bekas SUPOL PM ini pula KP BTN kerana baru-baruini Shahlan sendiri yang memanggil pegawai-pegawai BTN untuk  mendengar dari hati ke hatiapa yang Raja Arif  telah lakukan dan sekarangShahlan pula yang mengunakan pegawai BTN untuk kendalikan program  bersama kepimpinan muda di PWTC dan hakikat keegoan Raja Arif inilah yang menyebabkan renggang hubungan shahlan dengan Raja Arif .

Menyamar jadi KP BTN ke Shahlan?
Ini diakui sendiri oleh Ahmad Fairus yang cuba bertindak menjadi pendamai agar retak tidak menjadi belah namun bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun nyior kerana Shahlan sendiri sudah terlalu banyak mendengar aduan daripada pimpinan UMNO bahawa nilai BTN di kaca mata UMNO sekarang ini sudah hilang kewibawaan dari segi pengisian, modul, kualiti input malah dengan kata lain BTN sudah bisu dan buta untuk menjadi agensi yang boleh menilai dan membaca denyut nadi politik tapi sebaliknya sekadar menjadi agensi yang memberi nafkah dan rezeki kepada  kawan-kawan untuk cari makan. 

Lihat sahajalah kepada keputusan Raja Arif  membeli buku-buku yang kini tersimpan berbalut kemas di dalam stor BTN.semuanya hasil tulisan kawan-kawan Raja Arif dan stor menjadi tempat edarannya.

Bertambah=tambah caca merba pengurusan BTN bilamana Shahlan turut campurtangan dan nampak sangat betapa mereka tidak peduli pun Razali Ibrahim yang bertanggungjawab mengawal selia BTN.Puak-puak ini sudah buat BTN ini macam harta pusaka milik keluarga mereka dan kawan-kawan mereka.

Oleh itu PAU ini janganlah PM Najib,kepimpinan UMNO  terus terpedaya dengan tipu muslihat  Raja Arif yang akan mencari talian hayat supaya beliau terus dikekalkan sebagai KP BTN malah harus ada keberanian pimpinan UMNO untuk  mendesak supaya BTN  dikembalikan peranan dan fungsi yang membantu UMNO. 

BTN  akan kembali gah memikul tanggungjawab yang lebih berkesan bila bukan lagi musuh dalam selimut yang menjadi KP danTKPL malah BTNl akan kembali melatih dan menanam semangat perjuangan kepada UMNO bila KPnya bukan lagi berketuakan Anwar ibrahim.Selagi  Raja Arif dan Hanafi masih mengurus BTN, UMNO tidak perlulah mengharap apa-apa kerana  mereka berdua lebih taat atau walaq kepada A nwar berbanding dengan PM Najib  dan sama-samalah  kita tunggu saat kejatuhan UMNO jika membiarkan mereka berdua kekal sebagai ejen pengurusan Biro Tata Negara.

Abaikan PRK Kajang-BN jangan terpedaya dengan analisa Penasihat gila!

$
0
0

Kajang- permulaan menumbangkan Najib!

PANDANGAN dan nasihat telahpun diberikan kepada PM Najib supaya mengambil keputusan untuk tidak menyertai PRK Kajang yang jelas telah mencabul prinsip demokrasi malah PRK Kajang bukan sekadar untuk mengisi tembolok nafsu serakah Anwar Ibrahim namun lebih jauh dari itu adalah bertujuan untuk melaksanakan satu gerakan bagi menumbangkan PM Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mengambil kira sejarah lampau bilamana Anwar mengarahkan isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk satu PRK dan selepas daripada itu kedudukan Pak Lah mula goyang hingga akhirnya dengan tekanan dalaman Pak Lah berundur untuk digantikan dengan Najib.

PM Najib boleh berfikir kenapa DUN Kajang dipilih daripada 44 DUN yang ada di Selangor dan kita pasti Anwar telah merancang sesuatu serta menyakini bahawa sesiapa sahaja calon yang ditawarkan oleh BN,mereka tidak mampu untuk menumbangkan Anwar.

Dan kalau BN tidak akan menang,untuk apa menyertai PRK Kajang itu?Kalau merasakan itu pencabulan,untuk apa BN turut sama mencabul prinsip itu sepertimana PKR mencabulinya. MCA pun tidak perlu bersungguh untuk menyertai kerana yang lebih penting kepada mereka sekarang ini adalah menggembalikan semula MCA ke landasan yang betul setelah berubah pucuk pimpinan mereka.


Biarkan pembangkang menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka dan sebagai Perdana Menteri,tidak perlulah beliau menjadi orang tengah ataupun membiarkan diri dimangsai oleh kegelojohan dan kegilaan pembangkang ini.PM Najib lebih bijak membaca apa yang tersirat sebenarnya di sebalik arahan Anwar supaya DUN Kajang dikosongkan untuk satu PRK dan tidak perlulah PM Najib menelan gula-gula yang diberikan oleh orang-orang sekelilingnya.

PM Najib tidak perlu terpedaya dengan muslihat penasihat-penasihat yang berada di sekeliling beliau ketika ini terutama Ketua-ketua jabatan psywar yang sekarang ini sedang sibuk membuat analisa seperti salah seorang darinya iaitu Raja Arif,Ketua Pengarah BTN kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa ada agenda yang sedang Anwar gerakkan dan mungkin turut digerakkan oleh dalaman UMNO untuk melihat nasib PM Najib seperti Pak Lah.

PM Najib tidak perlu menunggu analisa bohong yang dibuat oleh jabatan berkaitan terutama sekali daripada BTN yang mana Raja Arif sedang dibantu oleh pegawai-pegawai kanannya yang masih buta tentang politik dan kalau celik sekalipun,analisa mereka bukan boleh diguna pakai.

Raja arif sendiri khabarnya sedang membuat pelbagai analisa dibantu oleh pegawai-pegawai kanan beliau yg rata-ratanya memang tinggal atauoun bermastautin di Kajang. Memamg menjadi prinsip Raja Arif,hanya lembu Mekah; yng tahu tentang Mekah lantaran itulah Raja Arif sedang menunggu analisis daripada pegawai-pegawai daripada Kajang dan PM Najib dikatakan sedang menunggu analisa ini bagi diperbodohkan untuk kesekian kalainya oleh pasukan BTN yang semakin tidak berguna dan berharga sesen pun ketika ini.
Kita yakin dan percaya pasukan Raja Arif ini akan menasihati PM Najib supaya menawarkan calon untuk bertanding di Kajang dengan memberikan harapan serta keyakinan bahawa BN boleh menang di DUN tersebut malah boleh mengurangkan majority tetapi itu jugalah yang dinyanyikan sewaktu Anwar bertanding di Permatang Pauh,bukan menurunkan majority malah majority Anwar bertambah melebihi lima ribu undi.

Analisa yang dibuat oleh pasukan BTN ini sebenarnya hanya sekadar untuk menghalalkan mereka menggunakan wang jabatan dan sebagai pengkagum Anwar,tidak mustahil pasukan ini bukan membantu calon BN malah mungkin akan menggunakannya untuk membantu Anwar.

Sebab  itulah untuk PRK Kajang walaupun melanggar prinsipnya,Raja Arif telah melantik orang Kelantan sebagai Pengarah Operasi PRK Kajang iaitu Pengarah Cawangan Pemaju Masyarakat yang amat dibenci oleh beliau diTerengganu kerana Pengarah ini adalah orang Kelantand an pemilihan ini seperti tidak masuk akal kerana Raja Arif selalu mengulangi dan menjadi pegangan beliau bahawa orang Kelantan tidak layak memegang apa-apa jawatan yang bersifat strategic kerana Kelantan adalah negeri yang kalah tetapi kali ini beliau melanggar prinsipnya dan apakah Ops kali ini adalah Opreasi untuk kalah bagi kesekian kalinya kerana logiknya yang bertanding di PRK Kajang adalah idola dan juga murrabi kepada Raja Arif.

Raja Arif-Calon Raja Lawak dari BTN.
PRK Kajang yang datang secara tiba-tiba ini juga adalah peluang untuk Raja Arif mencari talian hayatnya. Untuk kekal sebagai Ketua Pengarah BTN dan sebab itulah beberapa hari lalu Raja Arif bertemu dengan Mustafa Mohamad,Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan walaupun Tok Pa tidak layak dimata Raja Arif kerana Tok Pa gagal membawa kemenangan untuk Kelantan dan pertemuan tersebut bagi tujuan Tok Pa menyokongnya ataupun mengetahu tentang kewujudannya dan alasan lain pertemuan itu adalah menawarkan bantuan untuk UMNO Kelantan.

Kita percaya selepas Tok Pa,Raja Arif akan menemui seluruh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk menyembah dan menawarkan diri membantu dengan harapan agar Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri ini memberitahu kepada PM Najib kononnya Raja Arif gigih berkerja dan perlu disambung kontraknya sebagai Ketua Pengarah BTN apatah lagi beliau belum sempat lagi menggunakan kereta baru yang disediakan oleh kerajaan.

Kalau benarlah PM Najib menggunapakai otak udang Raja Arif dan pasukannya ini,kita percaya salah satu lagi prosedur tetap operasi BTN adalah mendekati pengundi dengan menggunakan padang golf dan lagi senanglah kerana di Kajang memang banyak terdapat padang-padang golf ini.Disinilah analisa Raja Arif..

Raja Arif bangga kerana program bermain golf lah yang beliau lakukan di Terengganu hingga BN tetap menang besar mengikut penilaian dan analisa Raja Arif dan dikatakan bangga mengatakanbahawa Terengganu benar-benar bernasib baik kerana PM Najib melantik beliau sebagai Ketua Pengatah BTN menyebabkan BN masih menang dan bangga tindakan drastiknya membawa balik anak Terengganu.sebagai Pengarah BTN Negeri telah mengubah landskap politik negeri tersebut 

Cuma kerana beliau tidak dicalonkan sebagai calon PRU13 maka Parlimen Kuala Nerus dan 3 DUN dalam kawasan tersebut jatuh ke tangan pembangkang.Koya anak Raja Ali nih!

Biar mereka sahaja yang gila,jangan Najib ikut gila mereka..
Mungkin kerana berpandukan kepada kehebatan-kehebatan inilah barangkali PM Najib sedang menunggu lampu hijau Raja Arif untuk membuat keputusan samada menyertai PRK Kajang atau tidak..Bukti daripada PRK terakhir sebelum ini iaitu Kuala Besut adalah amat releven dengan keputusan yang akan PM Najib laksanakan dan PM Najib kalau mahu mendengar nasihat ataupun pandangan Raja Arif,lihat dulu analisa BTN di Kuala Besut bilamana peti undi yang dipertanggungjawab kepada ketua Pengarah yang `ddok rok chhetong’ ini iaitu di Kg Nail,jelas keputusannya memihak kepada BN iaitu tidak berlaku sebarang peningkatan sokongan serta penurunan sokongan,kalau bukan BTN yang bertanggungjawab seakan Peti Undi tersebut akan kalah.

Kesimpulannya PRK Kajang bukanlah medan yang sepatutnya BN terlibat sama.Kita pernah mengatakan keputusan pengosongan itu adalah pengkhianatan kepada amanah rakyat dan kalau BN juga terlibat maka BN tidak jauh beza dengan PKR,sama-sama menjadi pengkhianat kepada rakyat.Kalau kita mengatakan tindakan ADUN PKR itu mengosong kerusi tersebut sebagai dosa kepada rakyat,BN juga akan turut berdosa kerana menelan dosa yang sama.Biarlah Anwar dengan kegilaannya,biarlah bertembung Anwar,Khalid serta Azmin Ali..urusan mereka biar mereka yang selesaikan.Jangan BN diperbodohkan untuk kesekian kalinya dan jangan nasib Pak Lah turut sama menimpa Najib..!

PRU14- apakah masih ada sinar dihujung terowong untuk UMNO?

$
0
0
Bakal karamkah bahtera pimpinan PM Najib?
TIRAI  PAU 2014 telah selamat dilabuhkan dengan mencantumkan seluruh perasaan para perwakilan dan pimpinan UMNO dengan roh kebersamaan,solidariti dan `wahdatul fikr' untuk menunaikan tanggungjawab fardu kifayah kepada agama dan bangsa yang dimanifestasikan dengan penuh sebak melalui lagu WARISAN, sebuah lagu yang liriknya menggambarkan kedudukan orang Melayu dan memotivasikan orang-orang Melayu untuk bertindak demi masa depan. 

Warisan juga menjadi sebuah lagu yang bila bergema boleh menghadirkan pelbagai memek muka, ada yang bersemangat, ada yang hiba, ada yang gerun, ada yang geram, menyampah, mencebik bibir dan tidak kurang juga yang kepanasan bagaikan syaitan mendengar ayat suci Al-Qur'an dan sebab itulah bukan perkara yang ajaib jika agensi yang secara `legitemate' ditubuhkan pada 1974  oleh PM pada waktu itu Tun Abdul Razak, ayahanda kepada PM Najib untuk melatih dan membina Melayu pun kepanasan bila dengar lagu ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatarertib jika lagu ini berkumandang dalam program latihan mereka. 


Melayu yang kepanasan dan histeria bila dengar bait-bait "Melayukan gagah di nusantara" ini pastinya Melayu yang sudah jadi barua Cina dan Yahudi seperti banyak bukti yang telah ditunjukan oleh Anwar Ibrahim maka betul lah tindakan Raja Arif yang hari ini mengetuai agensi berkenaan iaitu BTN menghapuskan lagu ini kerana beliau dan Anwar adalah dari spesis yang sama iaitu mendaulatkan Cina dan Yahudi.

Kepuasan juga tergambar di wajah lebih 2,000 perwakilan yang mewakili semua peringkat kepimpinan UMNO di seluruh negara dan pada wajah-wajah para ulul amri yang menjadi `desicion maker 'yang akan menentukan jatuh bangun, hala tuju dan `new destination' yang memerlukan `new maps' bangsa melayu untuk menjadikan `melayukan gagah di nusantara'.

Dengan berbekalkan `frame work of mind ' dari Timbalan Presiden yang disampaikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri melalui ucapan perasmian serta `frame work of mind ' daripada Presiden semasa ucapan dasar,seluruh  perwakilan dan pimpinan akhirnya patuh dan bersetuju secara `collective responsibilities' tentang peri penting solidariti dan peremajaan yang akan dijadikan menu utama dan wajib disamping menu-menu lain yang akan dihidangkan oleh UMNO selepas ini.

Walaupun Ucapan Dasar Presiden kali ini dilihat agak ketinggalan dari segi meritnya berbanding Ucapan Perasmian Timbalan Presiden di mesyuarat sayap-sayap UMNO serta ucapan yang tiada "wow" dan memberi kesan sebagaimana biasa(di fahamkan ucapan kali ini uruskan oleh geng-geng Shahlan yang telah terbukti gagal dalam politik dan strategi), namun para perwakilan dan seluruh umat Melayu kecuali yang sama spesis dengan Anwar yang kepanasan mendengar lagu WARISAN perlu berdiri teguh menyokong  keberanian Presiden mengekalkan dan menambahbaikan Akta Hasutan 1948 yang sekaligus menamatkan keresahan pejuang-pejuang Melayu yang cintakan keamanan dan ketenteraman.

Keberanian itulah yang menjadi `uswatun hasanah' kepada pemimpin-pemimpin lain yang juga mula di lihat berani mengambil keputusan dalam menjawab semua usul-usul yang dicadangkan sama ada usul pendidikan, pemerkasaan ekonomi, agama dan lain-lain dalam jawapan yang diberikan oleh Naib-Naib Presiden dan Timbalan Presiden ketika sesi pengulungan demi memastikan "melayukan gagah dinusantara" dalam kerangka perlembagaan yang diulangsebut dalam persidangan Wanita, Pemuda, Puteri dan persidangan agung tentang peruntukan-peruntukan yang khusus untuk Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu,kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rezab Melayu yang disandarkan kepada 7 wasiat Raja-Raja Melayu.akhirnya termetri kukuhlah benteng kekuatan Melayu ini bila Presiden semasa merumuskan persidangan dengan amaran dan janji bahawa peruntukan dalam Perlembagaan akan di pertahankan.

Namun kepada UMNO yang menjadi parti tunjang kepada BN yang mengepalai tahhalus siasi dalam politik, memgetuai kerajaan secara bersama  kulluhum ajmain(pinjam ayat Raja Arif) dan memerintah secara maqasid syariah( yang PM selalu sebut) ,apakah keberanian PM mengekalkan Akta Hasutan 1948,tindakan tegas pada mereka yang mencabar peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan,penambahbaikan dalam modul memperkasa ekonomi Melayu Bumiputera, memperkemas plan pendidikan, memperkuat sistem pertahanan, menguatkuasa undang-undang malah banyak lagi keputusan yang berpihak kepada Melayu yang dibuat di dalam PAU 2014 sudah menjadi satu jaminan yang UMNO dan BN akan menang PRU 14?
Pendedahan Timbalan Presiden bagaikan petir landa hati..

Dewan Merdeka PWTC yang menghimpunkan ribuan pimpinan Melayu yang mempunyai `circle of power' dan `circle of influance' yang sebahagian besarnya sudah puluhan kali hadir PAU dengan memiliki ratusan pasang Baju Melayu pelbagai warna dengan pelbagai aneka corak songket, seakan terkedu dan terkasima dengan pendedahan maklumat strategik tentang pendaftaran pengundi baru yang diumumkan oleh Naib Presiden, Shafie Afdal (Ketua Lanun,pinjam istilah PM Najib) yang jelas DAP tetap mendominasi gerakan ini berbanding parti-parti politik lain termasuk UMNO.

Dewan Merdeka PWTC ibarat tiada penghuni dan senyap sunyi ialah apabila Timbalan Presiden tanpa berselindung membuat pendekatan amat bijaksana dengan mendedahkan "fear factor" kepada UMNO dan BN berasaskan kedudukan realiti politik semasa, jangkaan dan `graf critical path of BN '(syabas kepada pasukan kerja pejabat TPM yang jauh lebih baik daripada pasukan pejabat Pengarah Strategik PM Najib ) dan Dewan Merdeka terkedu apabila Timbalan Presiden juga menyebut secara jelas apakah 39 bulan dari sekarang bila PAU di adakan selepas PRU 14, adakah Presiden UMNO masih lagi seorang Perdana Menteri?

Tayangan `slide' tentang angka dan unjuran disampaikan dengan nada suara bersahaja serta penuh jujur oleh Timbalan Presiden walaupun tidak mempunyai ciri-ciri HIP (High Impact Presentation) kerana tidak dibantu oleh Raja Arif, KP BTN yang menjadi pemuja kepada ajaran Dale Carnagie sebagaimana Anwar Ibrahim, ternyata memberikan kesan paling tajam,tertusuk ke sanubari pimpinan UMNO yang bergelar YB dan yang berkira-kira untuk memakai gelaran tersebut pada PRU14 nanti.

Alangkah baiknya jika anak panah berbisa itu dilepaskan dari busur panah seorang Presiden.tetapi itulah malangnya bila Presiden yang juga seorang PerdanaMenteri terus membenarkan dirinya dikelilingi oleh juak-juak ymg berlakun pandai lagi memandai-mandai apatah lagi juak-juak itu kesemuanya keluar dari mangkuk tandas Anwar Ibrahim.Ternyata Timbalan Presiden mempunyai pasukan kerja yang membuat `research' politik yang amat baik dan sbb itulah beliau faham dan hadam tentang angka- angka yang dikemukakan. 

Kemenangan 134 kerusi pada PRU 13 dan PRK Teluk Intan, boleh menurun menjadi 103 hanya dengan kehilangan 2% sokongan kepada BN dlm PRU 14 nanti yang bakal menyebabkan Presiden UMNO bukan lagi Perdana Menteri.manakala angka 134 itu juga boleh menjadi 159 jika peningkatan sokongan berpihak kepada BN pada kadar 5% yang akan menjadikan BN akan menguasai semula kerajaan dengan memiliki kuasa lebih 2/3 majoriti. 

Jika berasaskan semangat solidariti dan pemahaman tentang peremajaan fizikal dan roh UMNO yang ditunjukan melalui persidangan di PAU 2014 ini, angka 159 itulah yang menjadi idaman dan akan dijadikan sebagai petunjuk prestasi untuk PRU14 .

Namun Presiden UMNO tidak ada suara keramat yang boleh menukar angka hanya dengan laungan suara .beliau, juga tiada  sentuhan ajaib yang boleh menukar sokongan pengundi hanya dengn menurunkan tanda tangan menyokong serta meluluskan kehendak ahli parti malah soal meremajakan parti dan transformasi bukanlah istilah yang baru dilafaz di PAU 2014, ianya adalah gagasan besar beliau bila diangkat menjadi Presiden pada 2010 dan memimpin parti menghadapi PRU 13 yang mana nyaris-nyaris kehilangan kuasa bila `trade mark' `winnable candidate' yang dicetus oleh para pemikir politik yang hanya tahu berusrah sesama sendiri juga tetap ditolak.apatah lagi bila banyak isu gagal diberi penerangan berkesan oleh Ketua Penerangan .

Jika tidak ada aral, PRU 14 yang tempohnya 39 bulan dari sekarang akan ditempuhi oleh UMNO dan BN dengan dipimpin dan diketuai oleh wajah-wajah yang ada di atas pentas PAU 2014 yang diremajakan akal, roh dan jasad.seluruh pimpinan yg diberi tanggung jawab berasaskan portfolio akan merangka dengan segera plan taktikal masing-masing bersekali dengan peruntukan yang jika dilulus Presiden, akan ada nilai untungnya walaupun belum pasti ianya mempunyai kesan atau tidak kepada pengundi. 

Sebab itulah pesanan terpaksa diberi oleh Naib Presiden yang mengetuai gerakan mendaftar pemilih agar mendaftar yang ketulenan sokongan disahkan sahaja dan ini seakan-akan sebelum ini gerakan dibuat secara somborono.Agak-agak daripada jumlah 5,000 orang yang didadtar oleh UMNO sepanjang 2013 mengikut data yang ada pada Naib Presiden, berapakah jumalah yang tidak tulen? Begitu juga bila Naib Presiden yang mengurus soal Latihan Dan Perkaderan Ahli terus mengemukakan plan tindakan segera dengan memperkenalkan program KERIS 2314 yang wajib dihadiri oleh pimpinan dan ahli parti,. syukur kerana ada pemimpin yg pro-aktif bertindak.namun untuk melatih ahli UMNO yang jumlahnya lebih 3 juta dalam tempuh masa 39 bulan ianya memerlukan prasarana dan tenaga yang amat besar. 

Berapa ramai tenaga kerja yang Biro Latihan miliki? Berapa banyak Pusat Latihan yang telah sedia ada?Ianya tidak terjawab mengikut kaedah matematik biasa kerana pengalaman yang lalu untuk melatih pimpinan UMNO mengikut pecahan Bahagian yang jumlahnya cuma 192 Bahagian seluruh negara juga mengambil masa yang lama, itu belum lagi mengambil kira modul, pengisian dan lain-lain yang akan berbangkit.

Namun dua elemen diatas adalah elemen yang mesti dibuat dalam tempuoh 39 bulan ini,`something better than nothing' dan disinilah nilai solidariti yang di ulang berkali-kali oleh Presiden menjadi tunggak kejayaan,cuma disamping solidariti sesama UMNO, parti komponen, solidariti UMNO dan BN dengan agensi-agensi kerajaan serta GLC juga amat dituntut dan itulah sebabnya juga amat penting kepada UMNO peka dengan perlantikan pegawai kerajaan untuk mengisi jawatan-jawatan penting dan strategik. 

Bagi membantu gerakan pendaftaran pemilih dan perkaderan UMNO, alangkah mudah dan berkesan jika yang mengurus Giat MARA itu adalah seseorang yang memahami roh UMNO. Berapa ramai pelajar Giat MARA, IKBN,IKM, ILP dan bermacam-macam lagi Pusat Kemahiran dan Pendidikan yang ada bahkan di IPTA dan IPTS jadi kenapa UMNO teraba-raba mencari strategi?

Ini belum lagi diambil kira program `adhoc; yang dikendalikan oleh pelbagai agensi untuk orang-orang muda yang menelan belanja besar tetapi pengurusan agensi buta politik dan tidak mempunyai tanggungjawab politik kepada bangsa dan negara. Lihat sahaja program Aku Ikon Patriotik anjuran BTN yang kosnya menelan berjuta ringgit,.berapa ramai pengundi muda yang berjaya didaftarkan melalui program tersebut? Berapa banyak borang ahli UMNO berjaya di isi?

Begitu juga bila Raja Arif dengan bangganya  memberitahu jumlah ratusan ribu peserta yang telah dilatih oleh BTN sepanjang 2014. Berapa ramai pengundi muda yang telah berjaya BTN daftarkan, berapa borang keahlian UMNO yang berjaya di isi? Dimanakah political awareness manusia yang di pungut atas dasar politik ini kepada UMNO?

Begitulah  juga bila soal latihan kepada UMNO berbangkit. Apakah dalam tempuh 39 bulan ini UMNO mampu bergerak sendirian melatih pemimpin dan ahli sedangkan di seluruh negara telah tersedia kemudahan infrastruktur dan `man power' yang bersedia berkhidmat iaitu kem-kem dan fasilitator BTN.Cuma yang perlu ialah arahan supaya perbetulkan semula modul latihan, perbetulkan `alighment' pemikiran dan tukar pengurusan terutama KP dan TKPL yang ternyata merupakan api dalam sekam yang menyebabkan ahli UMNO rasa membazir masa sahaja hadir dalam setiap program latihan kerana tiada input yang menarik melainkan mendengar ceramah dari KP nya yang sentiasa memuji diri sendiri dari mula dilantik KP hinggalah sekarang.Hanya itu sahaja halangan kepada UMNO dan sebenarnya jika pimpinan UMNO mempunyai solidariti, halangan itu cukup mudah di atasi.

Akhirnya seluruh pimpinan umno hanya ada dua pilihan, sama ada ingin berkompromi dgn beberapa individu dan rela melihat Presiden bukan lagi Perdana Menteri atau mengerat buang semua yg jadi penghalang dan dapat menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Inilah tugasan kita.


Terengganu negeri cantik,budaya menarik,orangnya baik-baik,cerdik-cerdik tapi pelik-pelik...!

$
0
0
Harapan besar di bahu Ahmad Razif..
SENTUHAN ringkas dan manja tentang apa yang berlaku di Terengganu baru-baru ini melalui Facebook Rafi Awg Kechik II rupa-rupanya telah dijadikan modal dan bahan polemik oleh seorang anak Terenganu yang mempunyai cita-cita politik di Kuala Nerus untuk menghasut MBAhmad Razif dan rakyat Terengganu kononnya penulis berniat jahat untuk menjatuhkan maruah MB dan rakyat Terengganu sehinggakan beliau menggerakkan satu gelombang untuk menyerang kredibiliti penulis.

Penulis faham maksud anak Kuala Nerus di Putrajaya berbuat demikian,ini kerana beliau kini sedang menghitung hari untuk disingkirkan dari kerusi empuk di Putrajaya atas sebab kegagalannya menjadi Ketua Jabatan dan tindakan yang beliau lakukan adalah untuk menjadi juara di mata MB itu saolah-olah satu strategi mencari nyawa untuk mencari tempat dalam kerajaan negeri dan mencari kedudukan dalam politik Terengganu. 

Sebab itulah disebar merata didalam FB dan media maya, poster yang dibuat oleh para macai kepada budak Kg Pengkalan Arang ini gambar penulis dengan ayat `kechik pada Rafi, besar pada rakyat Terenganu dan Rafi perlu mohon maaf'. 


Kepada MB dan seluruh rakyat Terengganu, jika sentuhan manja itu ditafsirkan sebagai menjatuh maruah MB dan rakyat Terenganu, maka penulis memohon maaf secara terbuka namun ingin ditegaskan, pada penulis, apa yang cuba disampaikan itu tidak `kecil pada pada Rafi, tetapi besar pada rakyat Terenganu'sebaliknya sesuatu yang `besar pada Rafi dan perlu juga menjadi besar pada rakyat Terengganu' kerana ianya berkaitan dengan persoalan yang akan menentukan apakah Terengganu sebuah negeri yang mencipta banyak sejarah, negeri cantik, budaya menarik dan orang-orangnya baik-baik, cerdik-cerdik dan tidak kurang juga ramai yang pelik-pelik, ini akan kekal menang kepada BN dan terus dapat menjadi “safe deposit” kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana harapan PM yang sanggup mengambil keputusan `beraninya' yang luar biasa  menukar kepimpinan Menteri Besar dalam keadaan BN Teranganu cuma menang simple majority 17-15.

Semua rakyat Terengganu tahu bahawa perlantikan Ahmad Razif sebagai MB Terengganu ke 14 dibuat dengan pekenan Tuanku Sultan dan restu PM Najib dalam keadaan politik BN Terenganu seakan telur di hujung tanduk. Tanpa niat untuk menyelak semula lembaran sejarah apa yang telah berlaku dalam PRU 13, yang memberi kemenangan tipis 17-15, semuanya telah terjawab apabila keputusan dibuat pada 12 Mei 2014 jawatan MB bertukar tangan kepada Ahmad Razif yang terkandung bersama perubahan itu adalah harapan baru rakyat Terengganu, kakitangan kerajaan negeri dan yang paling utama pendokong gerakan, bahawa UMNO dan BN akan kembali menguasai dan diterima oleh rakyat terbanyak.Itulah juga harapan PM Najib.

Namun pada hari ini setelah 207 hari Ahmad Razif bergelar MB, bukannya menjadi rahsia kepada rakyat Terengganu, penganalisa politik bahkan PM Najib pun tahu bahawa kini dari segi angka bukan lagi 17-15, tetapi sudah jadi 16-15 kerana yang satu Dun lagi boleh dianggap "kehadiranya dirasa ketiadanya, ketiadaanya dirasakan kehadirannya". 

Cubaan menyerang kredibilti penulis
Situasi inilah yang menjadikan setiap kali mahu berlangsungnya Sidang DUN, langkah-langkah `pre emptive' terpaksa diambil menghadapi pelbagai kemungkinan kerana sering bertiup suara-suara nakal daripada ADUN-ADUN BN yang boleh dianggap mengugut dan mencabar kepimpinan MB. Inilah realiti politik semasa yang terpaksa dihadapi oleh beliau yang rakyat Terengganu secara keseluruhannya perlu faham yang tidak `kecil pada Rafi, tetapi tetapi amat besar' dan perlu di pikul oleh BN dan UMNO secara bersama secara SOLIDARITI, apatah lagi di bahu rakyat Terengganu terpikul amanah dan tanggungjawab agar tidak membiarkan Terengganu ditawan semula oleh pembangkang sebagaimana yakin pembangkang melalui catatan dalam `war room' mereka bahawa antara negeri yang mereka akan tawan dalam PRU 14 adalah Terengganu.

Namun hingga kini rakyat yang menjadi pendokong dan pembawa obor UMNO di akar umbi ternanti-nanti apakah pengisian Transformasi Terenganu Baru (TTB) yang boleh menarik sokongan, menimbulkan rasa suka dan rasa simpati yang akhirnya diterjemahkan kepada analisa sikap mengikut DUN menunjukkan angka 17-15 sudah bertukar menjadi 28-4 ataupun paling kurang 22-10. Atau bagaimana kedudukannya kalau di gunakan analisa umum TPM dalam PAU 2014 , berapa % kah peningkatan sokongan kepada BN sejak 207 hari yg lalu??

Apakah graf sokongan sudah meningkat, mendatar atau semakin menurun?Jika perkongsian deria politik dengan pimpinan politik yang berada di arus perdana dan yang juga makin tersisih di pinggir kuasa politik, bermula dari selatan iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, membawa ke utara Setiu dan Besut, mereka seakan senada dan seirama bahawa tidak ada khabar gembira sebagaimana pemulihan sokongan yang pernah berlaku ketika era `gelombang biru' dan semasa `tiada halangan hanya peluang' bergema dan menjadi mainan bibir rakyat Terenganu buat masa ini. 

Malah dibeberapa kawasan parlimen MB dan PM Najib juga tahu apa cerita eksklusif yang sedang berlaku, yang dicetuskan oleh watak-watak orang-orang yang cerdik-cerdik tapi pelik-pelik yang memberi kesan negatif ekoran tercetusnya konflik politik.

Manakala dalam lingkaran yang lebih dalam pula pelbagai tanggapan dan persepsi berkait dengan kepimpinan dan pengurusan MB yang dikatakan terikat dengan watak-watak tertentu di luar Terengganu yang mencorak cara gaya kepimpinan dan pentadbiran MB Terengganu. Ada tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan saolah-olah MB sekadar mengikut sahaja acuan yang telah disediakan oleh orang lain.

Persepsi ini disebar luas berkait dengan perlantikan Setiausaha Politik yang kemudiannya tidak disukai oleh orang-orang tertentu yang meminta MB memecat dan digantikan dengan orang yang disukai oleh orang yang berada di luar Terengganu. 

Akhirnya kini MB mempunyai dua Setiauasaha Politik iaitu Ustaz Rosdi Muda dan Dr Rozelan (tidak pernah berlaku ada dua Setpol untuk MB). Apakah yang berlaku ini memberi nilai tambah yang baik kepada MB? Ini hanya satu contoh malah banyak lagi perkara yang berkaitan dengan  perlantikan Pengerusi GLC, perlantikan jawatan penting dalam Perhubungan UMNO Negeri seperti Bendahari, yang kesemuanya di gambarkan mempunyai campurtangan tangan-tangan ghaib yang seolah-olah mempunyai kuasa preogratif seorang MB dan Pengrusi Badan Perhubungan yang kesannya menjadikan Ahmad Razif seorang YAB yang kurang di hormati oleh pimpinan politik Terengganu. 

Shabery Cheek antara tokoh dari Terengganu
Ini belum lagi karenah dan lagak beberapa TCS (Pegawai Tadbir Negeri) yang mula mengepong MB dan mengikut sumbernya sudah mula ada watak seperti WAN AHMAD KE-2 dan KE-3 seperti masa legasi mantan MB, Ahmad Said yang dikatakan menjadi punca utama kemarahan rakyat Terengganu kepada beliau pada waktu itu.

Apatah lagi MB kini mengambil sikap saolah-olah semua isu dan semua perkara dalam makluman beliau, menjadikan pimpinan politik termasuk dalam BBC mengambil sikap “diam lebih baik”  kerana jika bertemu beliau untuk memaklumkan sesuatu, baru sahaja mula bercakap 2 minit, MB akan memberi respon balik dalam bentuk mini ceramah selama 20 minit menghurai perkara yang sama, seolah-olah MB lebih tahu semuanya.

Dalam tempoh 39 bulan berbaki mengikut masa yang diberi oleh TPM untuk melihat nasib dan masa depan UMNO dan BN, Ahmad Razif perlu bertindak segera keluar dari kepompong persepsi sedia ada malah perlu menukar segera persepsi negatif yang mula terbina dalam lingkaran pimpinan politik Terengganu terhadap beliau dengan yang lebih positif. Peristiwa memalukan beliau dalam mesyuarat MKT UMNO di PWTC tidak harus dibenar berulang semula.

Jika betul beliau agak terikat kerana `budi' yang menyukarkan beliau menjalankan tugas sebagai MB mengikut kebijaksaan yang beliau miliki, janganlah lah pula kerana `budi' itu akan menyebabkan parti tergadai.
.
Mengenali Ahmad Razif, beliau mempunyai visi, karisma, pengalaman dan kebijaksanaan malah bukanlah satu perkara yang sukar untuk beliau segera bertindak menyusun gerakan strategik bagi memastikan kegemilangan semula UMNO dan BN di Terengganu. apatah lagi dengan berlatar belakangkan pendidikan profesional dalam bidang psikologi dan kaunseling. beliau lebih tahu tentang PNA (political needs analysis), beliau memahami karektor manusia yang terbina dari himpunan pengalaman masa lampau, teori hirakie maslow, teori behavior freud, konsep johary window dan teori gestalt.

Kelebihan ini semua membolehkan beliau merencana plan strategik komprehensif untuk TTB, tidak sekadar menjadi slogan sebaliknya sesuatu yang dapat di ukur pencapaiannya dan memberi kesan politik dalam bentuk sokongan di kertas undi.

Tidak dinafikan telah banyak program, aktiviti dan keputusan-keputusan yang dibuat yang menuju ke arah yang dimaksudkan tetapi setakat ini ianya tidak dirasai meresap ke akar umbi. Lihat sahajalah kepada satu contoh program strategik dalam membina kader dan jentera yang disusun mengikut DUN, program RPT(Remaja Permata Terengganu), akhirnya kehadiran peserta daripada Parlimen Kuala Nerus sendiri gagal menepati matlamat apabila ada pelajar-pelajar sekolah yang hadir. Berapa DUN yang berjaya capai matlamat? Bagaimana dengan program-program anjuran ATRA (Agensi Transformasi Rakyat)?

Apakah peruntukan-peruntukan yang dikeluarkan berbaloi dengan kesan politik kepada UMNO dan BN? Program strategik tidak akan menjadi strategik jika tidak dirancang,disusun dan dilaksana secara strategik yang akhirnya sekadar retorik. Inilah keutamaan MB sekarang dalam tempuh 39 bulan yang ada iaitu membina pasukan strategik untuk bekerja bersama MB dalam susah dan senang bagi mencapai matlamat PM Najib dan mengulangi sejarah gemilang 2004.

Atas sebab itu tidak salah rasanya mengambil semangat solidariti,Ahmad Razif bergerak pro aktif dan berlapang dada membawa bersama ahli MKT seperti Idris Jusoh dan Ahmad Shabry Cheek duduk bersama dalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu sebagai Penasihat dan kemudiannya mereka diberi tugas merangka strategi dan program di DUN-DUN yang kalah.

Gabungan kepakaran diperlukan...
Kepakaran dan daya juang yang mereka miliki amat rugi jika tidak digunakan. Ingatlah kepada bidalan lama" ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya" dan menerima pakai idea dan pemikiran tokoh-tokoh hebat yang Terengganu miliki dalam membawa kegemilangan kepada BN Terengganu pasti akan memberi nilai tambah yang bermakna. Begitu juga dengan  peranan anak-anak Terengganu di perantauan. Tidak selamanya mereka terus menjadi orang yang hanya memalu gendang diluar gelanggang,mempertikai, memperlekeh seolah-olah mereka lebih pandai tanpa rasa tanggungjawab memberi idea dan sama-sama bekerja.

Pintu telah dibuka oleh MB untuk mereka sama-sama membantu memastikan Terengganu sentiasa berada di landasan yang diimpikan. Usahlah menunggu hamparan permaidani untuk pulang memberi sumbangan dankKepada anak Terengganu yang merasakan diri mereka berada di tampuk kuasa di Putrajaya, usahlah merasa kita lagi hebat dan berdarjat sedangkan hakikatnya kepada rakyat, kita adalah pengkhianat.

Kepada seluruh rakyat Terengganu yang sayangkan Ahmad Razif, haruslah mengambil iktibar. Idris Jusoh akhirnya meninggalkan kerusi MB atas alasan politiknya kerana sokongan rakyat Terengganu makin berkurang selepas PRU 2008 berbanding kemenangan besar PRU 2004.Ahmad Said juga diminta meninggalkan kerusi MB atas alasan sama kerana makin merosot sokongan kepada BN selepas PRU 2012.

Apakah Ahmad Razif tidak akan diminta berbuat perkara yang sama jika gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada BN selepas PRU 14 nanti? Sebab itulah KPI yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan hasil pelbagai sesi `brainstorming' dan pelan taktikal SWOT dan SMART yang telah mengenal pasti kawasan `stronghold' dan `weak spot'tidak memberi apa-apa makna jika MB terus membiarkan orang-orang yang rasa mereka “cerdik tapi pelik” menguasai bukannya dikuasai.

Renaissance Melayu Versi Raja Arif-Najib bakal terpedaya lagi!

$
0
0
Gerakan mengangkat pemikiran Anwar!
TAHUN 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. tahun yang pada sesetengah orang menilainya sebagai tahun kegelapan untuk Malaysia dan penilaian itu dibuat berasaskan kepada pelbagai bala bencana menimpa negara seperti kehilangan MH 370, terhempasnya MH 17, kemarau sehingga kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan bencana yang menutup tirai Disember 2014 adalah banjir besar dan cukup luar biasa melanda negara khususnya di Pantai Timur. 

Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya, paling kurang menguji sesiapa di kalangan kita yang akan bersyukur dan siapa pula yang terus menjadi kufur, sambil berdoa semuga fajar 2015 akan membawa sinar yang lebih benderang walaupun mungkin cahayanya hanya kelihatan di hujung  terowong.

Namun apa juga bencana yg telah berlaku ianya tidak sehebat bencana yang dialami oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hadapi. Bencana banjir, kemarau, hilang dan jatuh kapal terbang walaupun ianya melibatkan satu negara berkabung ianya tidak dirasai oleh pemimpin seteruk bencana gerakan menjatuhkan pemimpin khususnya PM. Bencana itu telah dirasai oleh Tun M dan juga Pak Lah, tapi belum dirasai oleh Najib.Apakah di tahun 2015, PM Najib akan turut sama merasai bencana ini?


Kepimpinan UMNO secara keseluruhannya faham dan tahu isi hati daripada seorang Timbalan Presiden dan juga Presiden yang disampaikan semasa merasmi dan menutup persidangan UMNO 2014 yang lalu dan kini kepimpinan UMNO disemua peringkat mungkin sedang menyiapkan perancangan gerak kerja dan `blue print ' untuk mencapai matlamat memenangi 2/3 majoriti yang pastinya gerak kerja ini masing-masing telah menetapkan jadualnya bermula tahun 2015.

Apa maknanya perubahan dan idea peremajaan UMNO jika hanya UMNO yang di minta berubah sedangkan pejabat PM dan jentera PM Najib tidak berubah?Berubahkah pejabat PM Najib jika Shahlan yang bukan lagi Setiausaha Politik tapi terus dibenarkan berkuasa? Berubahkah jentera PM jika Raja Arif yang akan tamat kontraknya pada bulan Mac nanti disambung lagi? Bahkan kumpulan ini tiba-tiba mengepung dan cuba mengaburi mata PM Najib bahawa sokongan politik sudah berubah pada tahun 2015 dengan menghimpunkan orang-orang Melayu kononnya 25,000 orang melalui program Gerakan Renaissance Melayu? 

Apakah PM Najib mahu memulakan tahun 2015 dengan mengundang bencana kerana bakal tertipu lagi dengan gerakan jentera-jentera Shahlan dan Raja Arif yang semata-mata mahu tunjukan bahawa mereka masih penting dan releven kepada PM Najib? Apakah PM Najib benar-benar buta menilai tentang intan dan kaca (atau dibangangkan-pinjam istilah Najib) sehingga tidak boleh membaca gerak tari dan langkah silat mereka berdua ini?

Nama program ini pun sepatutnya PM Najib sudah boleh hidu siapa mereka. Apakah PM lupa pada buku kononnya tulisan Anwar Ibrahim yang tajuknya THE ASIAN RENAISSANCE ? Siapa yang akan guna istilah ini jika bukan di kalangan mereka yang didalam hatinya adalah ANWAR?Apakah corak gerak kerja seperti ini juga adalah gerak kerja ANWAR?Cukup-cukuplah PM Najib dibangangkan oleh mereka berdua ini!

Buku yang dijadikan panduan menumbangkan Najib
Apakah PM sudah kehilangan orang cerdik pandai dan langsung tidak boleh melihat orang lain selain daripada Shahlan dan Raja Arif? Apakah nasihat daripada Ketua-Ketua agensi ygan lain yang lebih berwibawa dan jujur sudah tidak bernilai sehinggakan bila kekosongan jawatan KP JASA pun tidak ada nama lain yg disebut selain daripada nama Shahlan atau Raja Arif. Buruk sangatkah nilai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik di mata PM Najib sehinggakan langsung tidak ada dalam senarai untuk dipertimbangkan?

Sedangkan hakikatnya apakah mereka ini berkesan membantu kerajaan dan PM Najib sendiri setiap kali diserang oleh pembangkang ataupun musuh politik PM Najib dalam UMNO?Apakah Raja Arif melalui BTN menjawab isu-isu pada setiap kali PM Najib, kerajaan dan Rosmah Mansor diserang dengan segala macam fitnah dalam siri-siri kursus BTN dan lawatan-lawatan beliau ke luar negara kononnya betemu pelajar?Apakah Shahlan  atas kapasiti Pengarah Strategik yang PM Najib sanggup korbankan prinsip keselamatan sebagai seorang Perdana Menteri bila melantik beliau ke jawtan itu walaupun tahu adiknya Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR (ketika lantikan) dan, apakah kedua-dua makhluk ini menjawab segala isu-isu dari dulu hingga kini baik di dalam maupun di luar negara? (mereka ini selalu berulang alik ke luar negara kerana 2% sokongan rakyat yang akan menumbangkan BN tinggal di sana). 

Cubalah dapatkan maklumat dari sumber-sumber lain tentang modul dan pengisian ceramah BTN.Tiada langsung menjawab isu malah di BTN tidak ada langsung tugasan itu. Jadi apa yang mereka ini buat?

Untuk pengetahuan semua,setakat ini yang betul-betul berjaya mereka laksanakan hanyalah menghidupkan semula sel-sel gerakan Anwar dengan memberi tempat kepada pendokong gerakan `renaissance ' Anwar bernafas.Kepada yang dilatih dalam usrah ABIM diberi tempat untuk mengetuai Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan dan dibina semula sebagai Tenaga Penggerak (TP). Manakala yang mereka berjaya juga adalah menjadikan BTN sebagai tempat kumpulan mereka melombong emas yang ada,ditubuh Koperasi dengan hasrat mengawal semua aktiviti berbentuk ekonomi seperti membekal perkhidmatan dan lain-lain urusan dengan kem-kem latihan di seluruh negara.

Hakikatnya kedua-dua watak antoganis ini beria-ia untuk terus berada di beranda kuasa itu bukanlah sebenarnya untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara tetapi semata-mata kerana arahan dan tugasan sebenar yang diberi oleh Anwar belum terlaksana dan berjaya. Sepenuhnya dan sebab itulah apa juga cara perlu dilakukan supaya PM Najib percaya termasuklah program yang kononnya Gerakan Renaissance Melayu pada bulan Januari nanti. Cuba jelaskan apa kesan politik kepada UMNO dan BN serta kepada PM Najib?

Gila bila Raja Arif diangkat sebagai pejuang Melayu
Sehinggakan sanggup pula guna Suhaimi Baba untuk buat rakaman dengan menonjolkan bahawa Raja Arif itu tokoh pejuang Melayu (gila sesiapa sahaja yang terfikir Raja Arif ini tokoh )manakala Suhaimi Baba pula mungkin terhutang budi kerana BTN `beli' filem Tanda Putera dimana andainya BTN tidak menampung kos dengan menayangkan filem tersebut dalam acara-acara tertentu,Shuhami Baba akan menanggung kerugian yang maha dahsyat, maka beliau pun bersetuju. Mana mungkin tayangan filem Tanda Putera ditayangkan secara percuma dengan tidak ada apa-apa kos dari BTN.`Deal' perniagaan filem ini hanya Raja Arif dan Shuhaimi Baba sahaj yang tahu!

Pada masa hampir muflis kerana filem Hati Malaya dulu, siapa yang `beli '? Apakah dalam kajian Suhaimi Baba tentang tokoh-tokoh pejuang Melayu, nama Raja Arif ini tertulis dalam lipatan sejarah? Apa sumbangan beliau jika ingin dibandingkan dengan tokoh-okoh Melayu lain seperti Tun Hanif Omar, dan ramai lagi yang lain?

Sebab itulah jika tahun 2014 menjadi tahun gelap kepada sejarah negara dengan pelbagai bencana, jangan lah pula tahun 2015 PM mengundang bencana yang lebih besar dengan mengundang gerakan menumbangkan PM Najib. Adalah satu permulaan bencana kepada PM Najib jika tidak berhati-hati dlm membuat keputusan dan menilai intan dan kaca. 

Kesilapan melantik KP JASA dan keputusan menyambung Raja Arif sebagai KP BTN akan jadi kayu pengukur untuk melihat sama ada bencana 2015 akan dirasai atau pun sebaliknya.Jika PM Najib merasakan negara ini akan selamat jika Shahlan dan Raja Arif ada bersama, maka teruskanlah, usah peduli suara rakyat dan suara pemimpin-pemimpin kecil yang berada di bawah kerana siapalah mereka dari segi nama, status dan jawatan,tidak ada nilai pun jika dibanding dengan para penasihat yang nyata mempunyai gelaran dan macam-macam kelebihan.

Audit JPM sudah selesai..SPRM bila lagi?

$
0
0
SEBENARNYA tika dan saat  ini, fikiran dan seluruh tumpuan tenaga saya sedang di tumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Fikiran dan emosi dikongsikan bersama, meratapi kemusnahan harta benda yang menjadi sebahagian dari kehidupan mereka manakala tenaga fizikal dan keringat turut dicurahkan membuat persiapan bagi mereka ini memulakan kehidupan pasca banjir sekadar termampu. Semoga cabaran berasaskan perancangan Allah ini memberi 1001 pengajaran yg bermakna.

Namun walaupun dalam keadaan begini, saya perlu terus menulis, menulis sesuatu yang ada kaitan dengan perjuangan bangsa dan kebenaran. Tulisan yang akan membuat telefon saya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh pimpinan politik dan pentadbiran untuk bertanya dan mendapat penjelasan lanjut secara ekslusif...terima kasih atas perhatian pada setiap tulisan didalam blog ini.

Kali ini saya ingin mengajak semua mengingati semula satu ayat Allah yang telah menjadi popular dan diulang sebut dalam semua majlis penyokong gerakan Anwar Ibrahim termasuk dikalangan pimpinan bukan Islam yg sengaja dihafal untuk dijaja merata tempat bagi menarik simpati termasuklah oleh Gobala Krishnan sejak 1998 lagi.



Ayatnya berbunyi "wamakaru wamakarallah, wallahu khairul maakirin" yang bermaksud "kita merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang". Sesetengah ahli tafsir menjelaskan bahawa perancangan Allah lebih baik dari seluruh perancangan yang dicetuskan oleh akal makhluk...(sila rujuk kepada ustaz jadian TKPL BTN Hanafi Harun dan Raja Arif KP BTN kerana kedua-duanya cukup hafal ayat ini sebagaimana penyokong-penyokong Anwar yang lain).

Demikianlah sedikit episod apa yang sedang berlaku di permulaan tahun 2015 di BTN yang menunjukkan secara nyata bahawa perancangan Allah lebih baik dan mengatasi perancangan manusia. Lihat sahajalah bagaimana kelicikan Raja Arif merancang dalam proses mencari talian hayat agar perkhidmatannya di BTN disambung, usaha beliau dari pertengahan tahun 2014 lagi merancang untuk mengadakan Kursus Perdana bagi pimpinan pentadbiran melalui KSN dan pimpinan politik melalui pejabat PM Najib akhirnya menemui jalan buntu kerana semuanya tidak dapat dijalankan atas alasan tangguh dan tunda. Matlamat untuk memikat PM Najib dan KSN akhirnya sekadar satu mimpi yang tidak sudah.

Kecelaruan  fikiran yang sedang difokuskan oleh Raja Arif dalam usaha untuk mendapatkan romancinta PM Najib dan KSN itu akhirnya mendedahkan lebih banyak keaiban yang jika beliau seorang yang bermaruah, sepatutnya telah meletak jawatan sebelum kontrak ditamatkan dan bukannya terhegeh-hegeh macam kerang busuk mencari talian hayat untuk terus disambung kontrak.

KINI GEMPAR bila  hijab kebatilan telah disentap buang oleh para pelakunya sendiri yang telah mendedahkan kebenaran yang selama ini ditutup menyebabkan apa sahaja yang ditulis oleh SanggahTokJanggut sebelum ini dianggap fitnah. 

Tanpa dipaksa, kini saksi-saksi hidup yang mempunyai akal, mata dan telinga boleh menilai sendiri tentang kebenaran yang telah cuba di sampaikan sejak sekian lama.

Tanpa melibatkan perancangan manusia, hanya dengan perancangan Allah, kini pekung yang selama ini diguna untuk menutup setiap titik nanah yang busuk telah terpecah sendiri. Kehadiran Raja Arif sebagai KP BTN yang mulanya kepada penjilat tegar dianggap sebagai insan terpilih dan menjadi KP terbaik dalam sejarah BTN, akhirnya dapat menilai sendiri apakah betul tanggapan mereka selama ini atau penjilat tegar ini sudah dapat menilai bahawa Raja Arif juga hanyalah seorang lagi penagih kepada penyelewengan demi penyelewengan serta mengaut keuntungan peribadi dengan cara yang salah  sebagaimana ajaran Anwar sewaktu beliau di dalam kerajaan dulu? 
 
Betul lah peringatan orang-orang tua bahawa semakin tinggi pangkat dan kuasa, semakin besar lah ujiannya dan ternyata bahawa KP BTN yang namanya Raja Arif adalah seorang yang gagal melepasi ujian ini kerana ketika mulutnya enak berbicara tentang nilai baik dan perjuangan, dibelakang tabir, beliau jugalah yang menganjurkan penyelewengan demi tembolok dan kepentingan diri, lantaran itu makin terserlah lah bahawa perjuangan bangsa dan nilai agama hanyalah alat untuk mengaburi mata, maka yang pendek akal terus jadi terpesona tanpa dapat lagi melihat ke kanan dan kiri bagaikan kuda lumba.

Kini bibir para pegawai dan kakitangan mula bercerita dan kedua-dua telinga mereka pula mula dipasang utk mendengar cerita tentang kebenaran dan kebatilan yang menjadi punca salah seorang pegawai yang di pinjam daripada Kementerian Pelajaran untuk berkhidmat di BTN Penang di singkatkan pinjamannya yang sepatutnya tamat 2016 tetapi di pendekkan tempoh pinjamannya pada Januari 2015. 
 
Pegawai yang pernah diangkat menjadi orang utama kepada operasi-operasi bersama pejabat PM Najib oleh Shahlan dan diberi pelbagai keistemewaan tetapi secara tiba-tiba dihantar kembali ke sekolah dan mula diaibkan dengan pelbagai cerita bahawa pegawai tersebut terlibat dengan penyelewengan(kes penjualan tanah) dan kalau betul sekali pun pegawai itu terlibat dengan penyelewengan, ianya bukanlah sesuatu yang pelik kerana ruang dan peluang untuk penyelewengan memang dicetuskan oleh KPnya sendiri malah kerana ianya diajar begitu sebagaimana sifir umum 2x5 atau 5x2. 
 
Yang peliknya kenapa sekarang ianya baru dihukum dan KP BTN dengan sopannya menyebut pegawai terbabit terlibat dengan salah laku penyelewengan? Apakah hukuman tiba-tiba itu bukan bertujuan untuk menutup PENYELEWENGAN PERDANA yang melibatkan orang yang lebih BESAR dan LEBIH BERKUASA daripada Penolong Pengarah? Maka makin jelaslah kalau mengikut sifirnya, bahawa seseorang perlu di jadikan  kambing hitam untuk dikorbankan?

Bukanlah sesuatu yang baru dan mengejutkan bila komuniti BTN termasuk pegawai BTN Penang mula bercakap tentang ketelusan dan penyelewengan kewangan berkaitan dgn projek di INFRA dan sebuah resort di Pulau Jerejak  yang dibuat atas nama BTN dan KELAB PENYOKONG 1MALAYSIA.Malah atas prinsip mendedahkan kebenaran, blog ini pernah menulis kes ini suatu masa dulu.

Penyelewengan yang dibuat dengan izin dan restu menyebabkan hilangnya ratusan ribu ringgit yang sepatutnya dibayar kpd dua penerima tersebut, tetapi tidak berlaku menyebabkan BTN seakan di `blacklist' oleh resort di Pulau Jerejak dan INFRA. Pegawai BTN yang dipendekkan perkhidmatannya ini mungkin tahu kemana tunai itu pergi kerana akhirnya maruah dan nama baik beliau telah tercemar dan terpaksa memikul beban ini sendirian.

Yang lebih menyedihkan kenapa akhirnya plot cerita penyelewengan ini bertukar dan skrip akhirnya hanya cerita pegawai BTN Penang sahaja yang diceritakan kepada umum? Kenapa watak-watak yang menjadi hero dan penjahat sebenar semuanya di tutup kejap?Adegan awal filem ini semuanya ditapis dan dipotong,sebaliknya keluar pula adegan baru tentang skandal penjualan tanah di Pulau Pinang yg menjadi milik sebuah agensi kerajaan? 
 
Daripada niat mahu menutup penyelewengan, terdedah pula penyelewengan baru yang boleh disimpulkan bahawa selama ini memang niat dan tujuan untuk penyelewengan telah ada, malangnya tidak berjaya sepenuhnya. Harapan untuk menyudahkan setiap penyelewengan dengan `happy ending' tidak berlaku sebagaimana dirancang bersama menyebabkan sesama sendiri mula membuka pekung masing-masing.

Sebab itulah saksi-saksi hidup yang masih berada di BTN sama ada pegawai, kakitangan dan para petugas seperti fasilitator dan penceramah pasti masih ingat lagi dengan pelaksanaan program Jejak Perpaduan yang menelan belanja jutaan ringgit diseluruh negara ketika awal kemasukan Raja Arif sebagai KP BTN . Apakah tidak disusun plot penyelewengan dalam program tersebut yang melibatkan duit yang banyak dan saya juga pernah menulis tentang janji basikal kepada peserta, janji-janji kepada urusetia yang telah dimungkiri sehingga hari ini. Bagaimana pula dengan perlaksanaan program LGBT, apakah plotnya tidak sama ?Malah banyak lagi yang telah di sentuh dalam tulisan sanggahtokjanggut sebelum ini yang melibatkan penyelewengan kewangan dan penyelewengan nilai seorang KP kepada agensi penting ini. 
 
Kepada saya,siapa pun yang terbabit sama ada dia adalah bekas Pegawai Khas Ali Rustam di Biro Latihan UMNO yang telah dibuang atau bekas boneka yang di upah untuk mencabar Tengku Adnan sebagai Ketua Bahagian Putrajaya, atau juga  orang yang sama diangkat dan duduk di pejabat strategik di pejabat PM Najib, ianya tidak mungkin dapat terlibat dalam penyelewengan ini tanpa restu dan izin orang nombor 1 di BTN. 
 
Atas nama apa pun penyelewengan demi penyelewengan yang dibuat, ianya adalah satu penyelewengan yang harus didedahkan dan itulah yang sanggahtokjanggut telah lakukan sebelum ini biarpun di tafsirkan oleh pelbagai tafsiran oleh kawan dan lawan.

Kalau dalam program Jejak Perpaduan anjuran BTN sebelum ini, seorang bekas pegawai tentera telah jadi mangsa dan dikambinghitamkan kerana tidak mahu berterusan menjadi pengkhianat dan membuat penyelewengan, kali ini giliran pegawai BTN sendiri yang akan menerima nasib yang sama walaupun jika diambil kira pembabitannya selama ini dalam komplot ini boleh lah kita ucapkan sebagai `padan muka' namun atas prinsip kemanusiaan  terbit rasa simpati kerana watak yang paling kecil yang diaibkan maruah dan harga diri, sebaliknya yang pangkat dan kuasanya besar masih boleh tersenyum dan mengelak untuk bertanggungjawab.

Keprihatinan sanggahtokjanggut mendedah dan mengupas isu BTN walaupun telah di beri pelbagai tafsiran, akan terus dilakukan walaupun jika Raja Arif bukan lagi KP BTN, bukan saya pun yang akan jadi KP BTN, saya akan terus lakukan pendedahan kerana tidak sanggup melihat PM Najib yang jujur dan ikhlas ini terus ditipu oleh orang yang kononnya baik dan boleh menyumbang kepada bangsa dan negara. 
 
Lihat sahajalah ketika PM denga jujur memperkenalkan 1Malaysia untuk menyatukan seluruh bangsa, Raja Arif dilihat seperti menggunakan istilah itu untuk membolot kekayaan melalui penyelewengan atas nama tersebut. Logo dan moto ditukar kerana 1Malaysia yang PM cetuskan tetapi malangnya 1Malaysia dijadikan lesen untuk mengaut keuntungan .

Malah untuk menarik perhatian PM Najib ditubuhkan pula NGO yang namanya Kelab Penyokong 1Malaysia (KP1M ) yang akhirnya KP1M dan jenama 1Malaysia betul-betul digunakan untuk memberi peluang beliau dan rakan-rakannya menjarah ratusan ribu bahkan jutaan duit untuk kesenangan peribadi dan dengan mudah pula meletakan kesalahan itu kepada pegawai bawahan bila dinding kukuh yang menutup penyelewengan makin retak dan hancur.

Sebab itulah telah sampai ketikanya SPRM harus menjalankan siasatan dan masuk mengeledah ke dalam  agensi yang di pimpin oleh Raja Arif selepas pihak Audit yang telah membuat siasatan dalaman paling lama dan baru sahaja menyiapkan laporan yang setebal lebih 2 inci. 
 
Mokhtar dah belayar malam..kini tinggal 2 sahaja lagi..!
Tindakan segera ini perlu dibuat oleh pihak SPRM kerana orang yang bijak menyusun plot penyelewengan tentulah juga bijak menutup jejak walaupun mungkin tidak sempurna dan bekas-bekasnya akan kelihatan. Tengok sahajalah permainan KP BTN ini, ketika para pembaca sedang membaca artikel ini, mungkin pegawai BTN Penang terbabit sedang di panggil untuk digula-gulakan lagi dengan pelbagai tawaran yang manis agar tidak membakar kelambu sekiranya marah pada nyamuk. 
 
Malah pelbagai kata-kata motivasi sedang ditanam didalam fikiran pegawai terbabit malah tentunya cerita tentang perjuangan bangsa akan diulang-ulang berkali-kali dan peranan bekas pegawai ini akan diperlukan lagi di Penang.....bahkan redha lah dgn ketentuan Allah.. itulah ayat keramat yang akan disampaikan nanti disamping mungkin akan ada bungkusan yang mengiringi untuk dibawa pulang ke Penang.

Apa pun saya benar-benar mengharapkan agar semua penyelewengan yang berlaku, yang pernah didedahkan sebelum ini atau penyelewengan yang tidak tergamak didedahkan atas faktor menjaga keselamatan dan nama baik PM Najib hanyalah berlaku dalam mimpi saya sahaja kerana tidak sanggup rasanya melihat watak seperti mana Raja Arif yang memimpin BTN terus dibenar mempermainkan PM Najib dan terus menyeleweng atas nama perjuangan. 
 
Tetapi kisah ini tetap benar, komplot penjualan tanah yg ditimbulkan oleh KP BTN sendiri adalah benar, penyelewengan pengurusan program di Pulau Jerejak dan INFRA adalah benar, memendek kan  tempuh pinjaman pegawai BTN Penang benar, penyelewengan dalam pengurusan program Jejak Perpaduan adalah  benar, komplot dengan bekas-bekas ABIM adalah benar, cubaan untuk memendekkan perkhidmatan beberapa Pengarah Negeri seperti Sabah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain juga benar.

Oleh itu kepada pengurusan BTN yang jujur dan tidak terlibat dengan komplot-komplot penyelewengan (masih ada yang jujur dan ikhlas) janganlah sesekali memerangkap diri dengan agenda songsang KP dan TKPL yang turut di sertai oleh orang-orang tertentu yang duduk di Parcel A bagi merancang sesuatu.

Drama tanpa tema dan plot persembahan bakal ditayangkan di Malam Renaissance Melayu

$
0
0


MENGAPA kau termenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.

Inilah juga sebahagian daripada  drama atas nama Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk  menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem Terbaik Tahun 2015 dan sebab  itulah tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama tersebut.


Demikianlah sedikit analogi ringkas berkaitan dengan  program yang diberi promo bertaraf A+ melalui sebaran vedio klip yang menggunakan tokoh-tokoh bertujuan bagi menjemput orang Melayu berkumpul pada 28.2.2015 di Stadium Bukit Jalil itu,mungkin gagasan awal penganjur yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan Melayu bermaksud ingin menghimpunkan orang-orang Melayu adalah tepat dan kena pada masanya, cuma apabila program telah di "hijack" oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu, maka beginilah jadinya.
Sebabitu sekarang nama program sudah tidak penting, pengisiannya juga tidak menjadi keutamaan, yang paling penting PM hadir dan Raja Arif boleh berlakon untuk dilihat penting dan releven supaya kontraknya sebagai  KP BTN disambung. Sebenarnya matlamat " happy ending" itulah yang di inginkan drpd drama Malam Perpaduan Melayu pada 28. 2. 2015 ini.
Sebab  itulah ramai tercari-cari apa maksud dan tujuan program ini? Kenapa tarikh 28.2.2015 di pilih? Apa pengisian dan siapakah pula peserta yang dijemput hadir?
Rasa simpati yang amat sangat kepada penganjur asal program ini yang niat luhurnya telah disalah gunakan oleh Raja Arif yang begitu angkuh dan hipokrit malah lebih tepat lagi tidak layak pun untuk  berada bersama dalam program Malam Perpaduan Melayu kerana umum tahu bahawa ancaman terbesar Melayu pada masa ini ialah Institusi Kesultanan Melayu sedang dihina secara halus dan sistematik melalui pendekatan dengan menimbulkan konflik perundangan dan perlembagaan berhubung institusi kesultanan Melayu dan kedudukan Melayu dan Islam dalam perlembagaan. ini semua telah dirancang rapi oleh Anwar Ibrahim melalui DAP dan pelbagai gerakan "networking" mereka.
Strategi yang diatur melalui pelbagai isu yang mereka timbulkan secara berpanjangan sseperti kes perlantikan MB Selangor, kes liwat 2, kes mohon pengampunan Agong dan pelbagai kes yang lain, dapat disimpulkan bahawa rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan demi menghakis serta menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan dengan cara yang paling sistematik dengan menjadikan kes-kes yang dinnyatakan tersebut sebagai kayu ukur terhadap kekebalan Perlembagaan dan perundangan negara memelihara Rukunegara Ke 2, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang akhirnya menghilangkan kepercayaan rakyat kepada  kerajaan yang ada.
Apakah Raja Arif sebagai pendokong dan pemuja Anwar layak duduk bersama setelah ancaman ini diwujudkan oleh SIFU beliau dan rakan karib beliau dalam PAKATAN? Apakah tidak ada unsur-unsur menyerap idea ANWAR dalam program ini setelah campurtangan Raja Arif?Bukankah Sanggah Tok Janggut telah memperingatkan sebelum ini bahawa istilah RENAISSANCE itu adalah istilah yang dipopularkan oleh Anwar? Nasib baiklah ada yang tidak sanggup memalukan PM dan akhirnya program telah ditukarkan menjadi Malam Perpaduan.
Namun kita juga perlu bertanya kenapa 28.2.2015?Kenapa tidak sahaja kita tunggu tarikh yang lebih sesuai, yang ada nilai sejarah seperti sempena Melayu disatukan di Istana johor pada bulan Mei, atau sempena menghayati 100 tahun perjuangan Tok Janggut yang akan jatuh pada 24 Mei 2015? Tarikh yang dipilih 28.2.2015 adalah satu tarikh yang langsung tidak ada signifikan dengan  nilai sejarah perjuangan Melayu melainkan hanya satu sahaja yang paling hampir dengan maksud program penting kepada Raja Arif ini, iaitu sejarah bulan Febuari 2003, idea asas penggabungan PKR dan PRM dibincangkan untuk membentuk PAKATAN RAKYAT atau tarikh yang lebih dekat dengan jiwa Raja Arif sepatutnya 29 Mac 1982 iaitu tarikh Anwar menyertai UMNO ataupun 6.8.1971 ABIM ditubuhkan.
Selain daripada  itu program ini terburu-buru setelah campur tangan Raja Arif ini dibuat pada tarikh tersebut semata-mata untuk memastikan PM nampak sumbangan Raja Arif yang kontraknya akan tamat pada bulan Mac 2015 dan sebab itulah perlu dilaksanakan sebelum tibanya Mac 2015.
Sebab itulah juga tidak pernah sebelum ini,satu bentuk kerahan dibuat oleh Raja Arif kepada semua Pengarah BTN Negeri supaya memastikan setiap negeri menghantar 2 bas Tenaga Penggerak dan sahabat supaya WAJIB hadir ke Bukit Jalil,sesuatu yang tidak pernah dibuat sewaktu Melayu di serang dan Islam di hina. Pernahkah kita mendengar sebelum ini sahabat-sahabat BTN berkumpul membantah, membuat laporan polis malah menyertai himpunan gerakan mempertahankan Melayu Islam atas nama sahabat BTN dan penggerak BTN? Kenapa tiba-tiba untuk Malam Perpaduan Melayu di Bukit Jalil, Raja Arif begitu bersungguh-sungguh dan boleh pula mengarahkan supaya berkumpul?
Apakah tujuannya untuk menyatakan sokongan kepada gerakan Melayu atau seolah-olah sokongan kepada Raja Arif supaya dilihat kononnya berjaya mengumpul orang-orang Melayu untuk dilihat oleh PM dan TPM? Kalau sekadar kumpul 20 ribu orang Melayu yang jumlahnya hanya mewakili 0.07 % daripada jumlah orang Melayu dalam negara,ianya masih belum layak lagi mendapat Guiness Books of Record kerana perhimpunan lain boleh menghimpunkan Melayu dengan jumlah yang lebih ramai. 
Jika ingin beri ruang kepada PM Najib bertemu dengan sejumlah orang-orang Melayu dan PM dapat lontarkan idea dan gagasan untuk orang Melayu, apakah tidak cukup penting dan bernilaikah Perhimpunan Agung UMNO yang disiarkan secara langsung dan jutaan Melayu boleh mendengar suara dari sanubari PM yang sebahagian daripada arahan beliau sebelum ini ada yang masih tidak di laksanakan lagi oleh para pimpinan Melayu.
Ceramahnya dapat sambutan..
Oleh sebab itulah kita perlu bertanya kepada Raja Arif apakah cukup satu pertemuan yang bermula daripada  jam 5 petang dan berakhir 12 malam ini sebagai satu gerakan yang akan merubah bangsa Melayu atau sekadar retorik yang tersembunyi maksud peribadi ? Jika serius drama dan lakonanya biarlah plot dan skripnya benar-benar menarik dan menyakinkan.Susunlah agenda program yang ada nilai intelektual dan bukan sekadar "ceremony",susunlah dulu sesi `brainstorming'nya, buat sidang pleno, `action plan' kemudian serahlah kepada PM apa resolusinya.
Janganlah terus hiburkan PM Najib dengan jumlah yang datang kemudiannya bersorak dan bertepuk tangan.Manakala jemputannya pula janganlah main tangkap muat dan janganlah hanya dikalangan NGO dan orang-orang yang sudah jelas menyokong kerajaan sahaja. Kenapa atas nama perpaduan Melayu sanggup peralatkan pengurusan dan kerah pelajar UITM tetapi gagal pula mengajak Dyana Sofea yang lahir daripada kepincangan acuan UITM? Kenapa tidak dibawa bersama Melayu di dalam Bar Council, Melayu di dalam PAS, PKR dan berapa ramai Melayu yang tidak berparti seperti Melayu kelas pertengahan di Putrajaya, Kajang dan Bangi?
Berapa ramai Raja Arif yang hebat ini dapat bawa Melayu intelek dan berjaya dari Persatuan Murid Tua Sek Men Alam Shah seperti Aziz Bari? Atau kita tanya berapa ramai ahli ABIM, PKPIM boleh dikumpulkan pada malam 28.2.2015 nanti? Kenapa hanya harapkan GPMS dan rakan-rakan sewaktu dengannya sahaja?
Kasihan kepada pimpinan NGO Melayu yang ikhlas mewakili persatuan silat, persatuan ulama dan agamawan, pondok dan lain-laian daripada seluruh negara yang akan bergerak tinggalkan rumah dan keluarga dengan harapan dapat berjihad untuk gerakan Melayu tetapi akhirnya hanya jadi alat dan terpesong matlamat sebenar iaitu hanya untuk memberi nyawa kepada Raja Arif supaya disambung kontrak KP BTN semata mata.
Malah lebih kasihan ialah kesungguhan badan-badan lain yg turut tertipu termasuklah tokoh-tokoh  veteren, ahli akademik dengan lakonan Raja Arif yang sentiasa retorik secara tiba-tiba muncul seolah-olah dialah pejuang Melayu, sedangkan dalam masa yang sama dialah yang mengharamkan lagu Warisan dan menggelarkan pejuang Melayu lain sebagai assabiyyah dan sosialis termasuklah kpd Tan Seri Nordin Kardi dan Tan Seri Sanusi yang digunakan didalam vedio promo program tersebut.
Oleh sebab itu, kepada  semua yang sayangkan perjuangan Melayu yang sebenar-benarnya dan juga berniat untuk menyelamatkan Melayu dalam negara kita, mereka perlu menilai dan mengkaji apakah yang tersirat disebalik program yang nama asalnya Renaissace Melayu ini? Walaupun namanya telah ditukar kerana arahan, apakah maksud dan tujuan Raja Arif  turut bertukar? Beliau sebenarnya tetap mengiktiraf malam tersebut sebagaimana asal iaitu RENAISSANCE sebab istilah yang dipinjam daripada  perkataan Italy ini lebih dekat dengan  tujuan dan matlamat beliau.
Perkataan Renaissance membawa maksud kelahiran semula iaitu penyambungan semula kontrak sebagai KP BTN dan itulah yang di harap-harapkan melalui penganjuran program ini. Walaupun mungkin beliau agak kecewa dengan penukaran nama, tetapi setelah gagal menggunakan MB Terengganu, MB Perak, ahli-ahli politik lain yang beliau temui termasuklah pemimpin NGO supaya menyokong beliau untuk  disambung kontrak, apa lagi jalan penyelamat yang di cari melainkan program 28.2.2015 dan inilah yang diharap dapat menjadi penyelamat tanpa mengambil kira apa kesan politik kepada  PM Najib.
Apakah drama arahan Raja Arif ini akan memberi kesan politik yang baik kepada PM Najib atau akan menjadi bom jangka dan peluru baru untuk membunuh 1Malaysia yang telah di semai oleh PM Najib?Bukan lagi persoalan penting kepada Raja Arif sebab sebagai orang yang diasuh oleh Anwar,beliau akan menggunakan apa sahaja peluang untuk diri sendiri walaupun perlu dikorbankan bangsa Melayu dan pemimpin Melayu yang lain.
Muncung yang penuh muslihat...
Inilah sebenarnya yang perlu difikirkan dan ditanggani secara bersama bahkan dengan penuh bijaksana oleh PM Najib. apakah ingin mencari sedikit simpati daripada kelompok sendiri yang belum pasti 20 ribu akan hadir atau menghormati dan bertindak lebih bijak kepada sejumlah besar Melayu yang tidak berhimpun di Bukit Jalil dan tidak menjadi alat kepada kepentingan Raja Arif .
PM Najib sepatutnya tidak boleh lagi mengguna pakai pemikiran orang-orang seperti Shahlan Ismail dan Raja Arif dalam menghadapi gelombang kebangkitan Melayu ini kerana mereka berdua sudah jelas terperangkap dengan strategi dan pemikiran Anwar Ibrahim dan menyanjungi Anwar lebih daripada PM Najib. PM Najib harus dilihat mempunyai `political will' dalam penyelesaian kemelut ini.
PM Najib perlu menyerahkan urusan membina Melayu yang glokal dan progresif serta bersama dengan kerajaan ini kepada yang benar-benar pakar, yang menunggu-nunggu untuk  bekerja dan membantu dan bukannya menyerahkan urusan kepada yang berlagak pandai lagi memandai mandai seperti Raja Arif dan Sahlan itu. Ingatlah kepada amaran Tuhan bahawa jika sesuatu urusan diserahkan kepada yg bukan ahli, tunggulah saat kehancurannya.
Percayalah jika  PM Najib terus menerus mengguna pakai dua makhluk perosak ini, PM sebenarnya sedang mengumpul jumlah musuh yang lebih ramai, bukan mereka tidak sayang PM Najib tetapi mereka lebih sayang kepada bangsa dan negara dan tidak sanggup berterusan melihat para pengkhianat terus diangkat dan diberikan tempat di sisi Najib.

Melayu-sampai bila harus mengemis kuasa?

$
0
0

Sampai bila mereka ini mahu mengemis kuasa?

TIADA yang lebih menarik perhatian seluruh para pemain dan pemerhati politik, penjawat awam dan rakyat  di pelbagai lapisan dan kedudukan serta latar belakang agama  melainkan isu hudud atau lebih tepat Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993 merangkumi Hudud,Kisas dan Takzir yang pembentangannya di DUN Kelantan telah diluluskan dengan mendapat sokongan sebulat suara termasuklah sokongan daripada 12 ADUN BN/UMNO. 

Satu keputusan yang  telah menyebabkan para cyber trooper RBA dan rakan-rakan sekutu dengannya hilang kata-kata dan telah terkunci papan keyboard masing-masing untuk terus merekayasa fitnah dan cerita  tentang 1MDB, jet baru kerajaan,GST dan juga perkahwinan Puteri  PM Najib. 

Malah yang lebih menarik, peristiwa yang akan tercatat dalam dokumentasi sejarah itu telah menjentik telur sebahagian pimpinan politik untuk mengadakan mesyuarat tergempar  dan ada yang tergagap-gagap membuat kenyataan berbaur marah,kesal dan saling ugut mengugut.

Serentak dengan itu muncullah para penganalisis daripada kalangan `licence politician' berbekalkan ilmu politik bertaraf PhD dan meramalkan akan berlaku itu dan ini manakala di kalangan `experience politician' pula sanggup keluar dari pertapaan mengupas berasaskan berapa banyak garam politik yang telah dimakan bahkan tidak kurang juga `corporate politician' membuat analisa berasaskan  disiplin bisnes yang menjadi pegangan. 


Golongan inilah paling menarik analisanya  kerana disiplin yang menjadi pegangan mereka ialah,mereka boleh menjadi UMNO dan BN sewaktu bertemu Menteri minta sokongan di Putrajaya, boleh jadi PAS ketika menyerahkan borang tender di Kompleks Darul Naim di Kota Bharu, boleh jadi PKR sewaktu mendengar taklimat projek di Shah Alam dan tidak teragak-agak menjadi DAP sewaktu ke KOMTAR  Pulau Pinang mengintai ruang perniagaan.

Apa pun tafsiran dan analisa, inilah dimensi baru dalam politik negara kerana ianya berlaku tatkala Presiden PAS sedang mengalami deposit keyakinan ahli terhadap keupayaan Presiden memimpin,manakala UMNO pula menghadapi krisis `bad branding'  akibat daripada kegagalan Presiden mengurus persepsi dan hilang sentuhan pada setiap `command' sehingga menuntut kepada pernyataan  taat setia daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Presiden-Presiden parti komponen. Sesuatu yang boleh memberi pelbagai indikator dalam dairi politik seorang pemimpin dan sebab itulah ada juga yang mula meniupkan khabar bahawa pembentangan enekmen itu adalah `tools'  politik dari dua orang Presiden untuk terus kukuh di persada kuasa.

Namun apa pun helah politik  kepada seluruh penyokong PAS yang bukan sahaja di Kelantan tapi merata tempat di seluruh negara, baik di Tanjung Piai,Johor, di Bario, Sarawak, di Lahad Datu, Sabah,di Kampung Pandan, Kuala Lumpur atau di Cheetham Hill, Manchester dan mungkin inilah yang mereka tunggu-tunggu sejak sekian lama  setelah diberi  pelbagai alasan yang boleh mengugat kepercayaan bahawa PAS dan Hudud bukanlah umpama lagu Raya yang di lagukan pada musim pilihan raya tetapi inilah antara perjuangan PAS. 

Ternyata langkah ini mengembalikan semula sokongan politik kepada PAS yang telah mula terhakis dan kepada penyokong UMNO pula mereka boleh tersenyum puas  kerana terbukti PAS akan kehilangan fatwa untuk menuduh UMNO adalah penentang hudud kerana terbukti dengan sokongan padu wakil UMNO, terbukti mereka tidak pernah menolak hukum Tuhan. 

Manakala  kepada seluruh umat Islam pasti terbit rasa syukur dan bangga kerana pemimpin Melayu dan Islam yang mereka pilih dalam pilihanraya  telah menunaikan tanggungjawab terhadap agama yang didatangkan dalam bentuk ujian kuasa politik yang telah mereka tunaikan.

Yang lebih menariknya ialah  kita boleh melihat munculnya pula watak-watak sebenar penentang hukum Allah yang menzahirkan emosi dan memek muka yang berbagai-bagai. Ada yang bagaikan kera kena belacan, ada yang bagaikan cacing kepanasan bahkan ada yang bagaikan ayam telurnya sebiji,tapi riuh sekampung terloncat-loncat ke hulu hilir berketak perihal setiakawan dan konsensus politik yang natijah akhirnya boleh ditafsirkan sebagai menolak hukum Islam.

Apa juga tafsiran dan irama lagu yang telah dan akan didendangkan ekoran kejayaan PAS membentangkan enekmen ini dan kejujuran UMNO menyokong, semuanya harus menggunakan akal yang bijak  dan ketajaman membaca liuk lintuk gerak tari bersandarkan realiti politik dalam sistem Demokrasi Berparlimen yang formula biasanya berasaskan `game of numbers'

Kejayaan membentang dan diluluskan sebulat suara hanyalah kejayaan awal tetapi untuk melihat hukum ini terlaksana ianya  menuntut kepada `collective intent',`collective responsibilities'dan `collective values'  yang berterusan daripada PAS dan UMNO kerana halangan sebenarnya dalam sistem politik ini adalah angka.

Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di Negeri Kelantan masih lagi panjang dan berliku dan beberapa Akta dan Fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu iaitu dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Negeri Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah itu.Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan `simple majority' atau 112 orang Ahli Parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan.

Hakikat ini semuanya di maklumi oleh semua pemain politik peringkat tertinggi sama ada Melayu atau Bukan Melayu dan apa juga helah, apa juga strategi dan perancangan semuanya terikat pada angka 222 iaitu jumlah kerusi Parlimen yang ada setakat ini dan dijangka akan kekal sehingga PRU 14. Sebarang kelulusan dan pindaan apa juga dasar dan peruntukan apa pun adalah memerlukan sokongan 2/3 majorit atau pada perkara-perkara  tertentu memerlukan `simple majoritiy'.

Jadi kita sepatutnya mula sama-sama menyemak apakah Melayu Islam tanpa mengira parti politik cukup jumlah 2/3 iaitu 148 orang dalam Parlimen hari ini dan selepas PRU14 atau jika cukup jumlah `simple majoritiy', apakah semuanya akan menyokong ?Ini fakta `overt' yang tidak tersembunyi sebarang maksud tersirat.

(Rujuk jadual jumlah Ahli Parlimen Melayu Islam di sebelah
Ternyata  bahawa sehingga hari ini jika sekiranya kita berjaya satukan pemikiran dan matlamat semua Ahli Parlimen Melayu Islam,angkanya belum lagi mencukupi jumlah 2/3 untuk meluluskannya di Parlimen. Ini bermakna UMNO dan PAS perlu mengadakan tamrin dan tarbiyah supaya akan ada lagi ahli-ahli  Parlimen bukan Islam memeluk agama Islam atau berdakwah supaya mereka faham tentang hukum dan menyokong pindaan ini.

Yang nyata sehingga kini mereka gagal memahami keindahan Islam biarpun telah lama berkawan dengan PAS malah rakan kongsi yang sama-sama mengimpikan  Putrajaya juga walau seagama dan sebangsa juga tetap menolak apatah lagi bila kedengaran ada juga  wakil PAS  sendiri akan menolak semata-mata kerana  berbeza mazhab dan kelompok.

Malahan ada pula suara yang meminta BN/UMNO pula yang memimpin sokongan di Parlimen  nanti kerana UMNO mempunyai wakil Melayu Islam paling ramai dan menimbulkan persoalan kenapa sebelum ini banyak keputusan yang memerlukan sokongan 2/3, BN/UMNO tidak  menghadapi masaalah meminta rakan parti komponen menyokong sebagaimana biasa? Tidak bolehkah sekali lagi UMNO sebagai Ketua BN meminta sokongan yang serupa? Cadangan `pre emtive' untuk meletakan dosanya pada UMNO jika gagal mendapat sokongan di Parlimen.

Jawabnya  mudah,  kerana UMNO sebelum ini mempunyai Presiden yang menjadi Ketua Kabinet dan Perdana Menteri yang dihormati dan digeruni, yang suara dan arahannya akan dipatuhi dengan tertib "sami'na wa ata'na" bukan sahaja dari kalangan pimpinan UMNO tetapi juga dari kalangan pimpinan parti komponen dan bukannya seperti sekarang  bahawa pimpinan sudah hilang nilai hormat dan tertib kepada Pemimpin sendiri.

Lihat sahaja contoh kepada gagasan Islam Hadari yng dibawa oleh Pak Lah sebelum ini, bukan hanya di perlekeh oleh PAS sebuah parti Islam tetapi turut ditolak oleh ahli sendiri dan masih adakah lagi orang UMNO menyebut Islam Hadari? Rasanya hanya di Terengganu sahaja disebut,  itu pun kerana ada Masjid yng dinamakan dengan nama Masjid Hadari. Apakah Gagasan 1 Malaysia tidak akan menerima nasib yang sama?Kalau lihat kepada suasana semasa rasanya 1Malaysia akan lenyap lebih awal lagi ketika pemimpin yang mengagaskannya masih di tampuk kuasa.

Apakah dengan karektor yang sedemikian kita harapkan boleh mengarah agar parti komponen menyokong dan kembali menjadi `sami'na wa ata'na'? Apakah hanya dengan pelaburan billion ringgit yang diberi akan dianggap budi yng perlu dibalas oleh bukan Melayu dengan menyokong pindaan untukmembolehkan Hudud dilaksanakan? Jadi kesimpulannya tepatlah pantun tinggalan orang tua-tua, "apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak, usah diharap partinya orang, entahkan sudi entahkan tidak..!"

Setelah menyedari inilah watak-watak yang ada dan halangan-halangan yang sengaja dicipta secara bersama oleh mereka, maka strategi dan kaedah penyatuan kuasa politik Melayu amatlah dituntut untuk survival dan masa depan Melayu Islam dan hukum Allah yang menjadi impian bersama dapat kita lihat terlaksana dengan mata lendir kita. Sokongan dan penyatuan ini tidak harus terhenti di DUN Kelantan dalam isu enekmen ini sahaja tetapi harus diterjemah dalam sokongan politik yang lebih besar selepas  ini iaitu dalam pilihanraya akan datang. Kita perlu sama-sama hadam rupa paras geo politik berasaskan kedudukan dimana  punca kuasa Melayu berada. Asas kepada punca kuasa Melayu hanya datang dari 134 kawasan majoriti Melayu yang ada.

(Rujuk Jadual 2 di sebelah)  
Hanya itulah asas punca kuasa yang menghantar para pemimpin Melayu tanpa mengira parti berkumpul di Parlimen untuk memperjuangkan apa-apa juga kepentingan Melayu Islam termasuk untuk menegakan segala hukum Islam.

Semua konsensus politik yang terbina sebelum ini dengan rakan-rakan komponen baik UMNO dalam BN dan PAS dalam PKR sbg tahallus- siyasi yng menyebabkan Melayu Islam telah terkorban dalam banyak perkara perlu dikaji dan diperbaiki dengan segera.supaya tidak selamanya dianggap bodoh dan di perbudak-budakkan. Apatah lagi apabila yng dikorbankan itu adalah punca kuasa Melayu Islam iaitu menyerahkan kerusi majoriti melayu kepada Bukan Melayu bertanding dan pengundi Melayu pula diminta mengangkatnya sebagai pemimpin.

(Rujuk jadual 3 disebelah) 
Apakah pemimpin Bukan Melayu yang diangkat itu menghargainya dengan menyokong keputusan untuk kebaikan Melayu Islam atau paling kurang, menjadi beradab bila bercakap menghormati Presiden UMNO yang memberi kerusi kepada mereka atas alasan mengenang budi  namun kini itu tidak berlaku lagi kerana yng meminjam sudah pandai mengigit tangan.

Itu jugalah yang terjadi kepada ukhwah PAS dengan rakan karibnya dalam PKR kerana ternyata semangat assabiyah dan cauvenist mereka tidak termasuk dalam tahallul- siyasi yang diamalkan dan apakah jika Presiden PAS diminta bertanding di Kota Melaka, Wan Azizah bertanding Bukit Bintang dan  PM Najib bertanding Bukit Bendera, semua Presiden dari kalangan Melayu Islam ini akan menang namun Wee Ka Siong boleh menang di Ayer Hitam, S. Manikavasagam boleh menang di Kapar. 

Malah lebih malang kepada Melayu dalam PAS yang juga turut terjerat  dengan konsensus yang dibuat sehingga adakalanya dilihat menjadi lebih pondan  dari pondan sejati.Menjadi dayus sehingga sanggup menukar matlamat Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan dan terketar-ketar menyatakan hukum Hudud cuma 0.00001% daripada hukum Islam malah lebih teruk dalam DUN Perak sebelum ini  diberitahu bahawa Hudud bukan niat dan cita-cita PAS. 

Namun syukurlah akhir-akhir ini kerana mereka sudah  berani keluar dari kepompong dan bersuara dengan garaunya bak suara jantan sejati dan lantaran itu menjadi tanggungjawab Melayu Islam dalam UMNO dan PAS mencari formula agar halangan 2/3 itu dilepasi untuk menjadikan cita-cita semua umat Islam ini tercapai. 

Semuga anak cucu kita akan dapat menyebutnya bila mereka membaca naskah sejarah bahawa undang-undang Tuhan ini mampu dibentang, dilulus dan dilaksana dengan semangat ukhuwah Islamiah antara sesama kita tanpa mengira isme-isme politik sempit.

Mahu tidak mahu satu suara Melayu Islam perlu digerakan agar pertambahan kerusi Melayu Islam perlu dijadikan agenda segera sebagai sesuatu yang `urgent' dan `important'. Persempadanan  semula kawasan pilihanraya perlu dibuat khususnya di Negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang tanpa terikat kepada parokial kenegerian semata-mata tetapi kepentingan nasional untuk menambah jumlah Melayu Islam seramai mungkin. 

Ianya gerakan bersama PAS dan UMNO `without fear, favour dan prejudis' tambahlah berapa pun bilangannya berasaskan ` gerrymandering' asalkan nanti Melayu Islam sentiasa cukup jumlah 2/3 majoriti biarpun berapa angkanya dan semua yang bernama Melayu Islam harus menyokong tanpa syak dan wasangka kerana hanya inilah sebenarnya kuasa kita.

Kepada Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang  BN, ajarlah  pemimpin-pemimpin lain yang bernaung dibawah wilayah kuasa, agar berhemah dan  mendengar kata, jinak kanlah hati pemimpin-pemimpin rakan komponen agar tahu adab dan susila. 

Kepada Presiden PAS, tarbiyah dan tamrinlah pemimpin bawahan dengan mazhab  yang sama sekali pun terpaksa berbeza tapi janganlah sampai sanggup mengkhianati agama.
 
Kepada semua pemimpin Melayu Islam tanpa mengira darjat, pegangan parti, janganlah sesekali meletakkan diri sebagai pengemis kuasa kepada bukan Melayu Islam. Ingatlah jika berterusan membenarkan diri menjadi alat, hamba dan pengemis kuasa, sebenarnya kamu sedang menzalimi anak cucu keturunan kamu.

Ala -13 Mei bukan lagi senjata halang DAP

$
0
0


GERAKAN DAP makin melampau dan mereka sedang hebat mengambil kesempatan di atas kemelut yang sedang melanda bangsa Melayu dan partai-parti yang bertunjangkan kekuatan orang-orang Melayu malah mereka sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini.

Mereka bagaikan sedar Melayu sudah hilang kekuatan,sudah mundur semangat sahsiah serta jati diri sebagai orang Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini dan kerana itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang mereka lakukan ketika ini.

DAP sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi Beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin lupa diri serta asal usul mereka menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang ditunjang oleh orang-orang Melyu sendiri.Mereka ini sanggup jadi alat,jadi barua,jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk berkuasa di Malaysia terlaksana.


Corak serangan DAP ini bagaikan mahu mengundang secara sukarela penentangan orang-orang Melayu terhadap gerakan mereka dan mereka bagaikan bersedia untuk menerima apa sahaja balasan dari apa yang sedang mereka usahakan ini termasuklah mengulangi kembali Tragedi Berdarah 13 Mei.

Orang-orang Melayu tidak boleh lagi bersandar kepada penentangan ala 13 Mei kerana sekiranya berulang kembali, kita pasti kemelut ini akan diturutcampur oleh kuasa-kuasa besar lain yang akan datang ke negara ini untuk menjarah kembali dan pasti kepimpinan negara akan bertukar tangan apabila negara-negara luar campurtangan dengan kemelut yang sengaja dicetuskan oleh parti chauvinis Cina DAP ini.

Kita percaya gerakan yang sedang mereka lakukan ini bukan kerana mereka DAP semata-mata tetapi amat yakin gerakan yang sedang dirangsangghairah oleh DAP ini bersumberkan daripada negara luar yang tidak senang dengan pemerintahan yang ada sekarang ini.

Mereka melihat DAP adalah satu-satunya parti yang mereka boleh perkudakan demi memecahbelahkan Melayu dan memberi jaminan sekiranya timbul penentangan terhadap gerakan ini hingga terjadi peristiwa berdah,mereka bersedia pada bila-bila masa untuk membantu DAP mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan sebagaimana di Singapura. Ketika itu Melayu sudah hilang bisanya dan melayu akhirnya menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.

Gerakan DAP ini lebih kurang sama dengan gerakan Yahudi yang mahu menawan Palestine dan atas sifat bangsa pendatang, DAP akan cuba mencari serta mencuti tanah orang lain yang akhirnya akan mereka akui bahawa itu tanah mereka walaupun hasilnya datang dari bentuk pencurian yang begitu terancang.

Nama-nama Melayu yang ada dalam DAP adalah melayu yang terlalu kecil jiwanya,yang mudah disogok dengan wang ringgit dan jawatan sedangkan tugasmereka hanyalah memecahbelahkan melayu untuk memudahkan mereka bertapak dan bila terlaksana cita-cita jahat DAP ini, anak-anak melayu yang bangga bertuankan DAP hanya akan kekal sebagai kain basahan semata-mata.

Kebelakangan ini orang-orang Melayu seakan dibuai persona oleh gerakan DAP bila mereka begitu terbuka memberi peluang kepada pemimpin DAP yang disanjung bila bersongkok,berkopiah malah memberikan ruang kepada pemimpin-pemimpin Cina untuk turut serta memasuki masjid hingga ke ruang mimbar bagi memberikan tazkirah.Kebodohan orang-orang Melayu sedang diperalatkan oleh Cina-Cina DAP ini.

Orang-orang Melayu menyanjungi DAP yang kononnya mereka lihat semakin dekat dengan Islam namun tanpa mereka sedar DAP sedang membutakan segala mata hati orang-orang Melayu kononnya untuk mereka dilihat lebih baik dari UMNO ataupun PAS sedangkan pada hakikatnya pada setiap masa dan ketika DAP secara perlahan-lahan sedang merobohkan benteng iman orang-orang Melayu.

Kita tidak menduga semudah itu orang-orang Melayu lupa sejarah DAP, lupa konsep Malaysia Malaysian yang DAP perjuangkan dari dulu,kini dan selamanya dan kita tidak menduga sama sekali betapa begitu mudahnya orang-orang Melayu ditipu dan diperdaya oleh DAP hanya kerana membaca sejarah Khalifah-Khalifah Islam yang dididoikan oleh DAP kononnya itu teras pentadbiran mereka.Tak sangka masih ramai lagi Melayu yang bodoh rupanya!

Cubaan menegur atau memang mahu menggugur?

$
0
0


OMBAK dan badai politik yang menimpa sesebuah parti politik dan dilalui oleh seorang pemimpin adalah satu kurikulum dan modul wajib yang wajaib dilalui sebelum parti dan pemimpin untuk diangkat ke satu darjat yg lebih tinggi dan Itulah yg sedang dilalui oleh PM Najib dan parti yang sedang beliau pimpin.


Sebagai  pemerhati yang peka, vokal dan nakal, saya sendiri seakan kehilangan kata-kata bila rakan follower dan friends dalam dunia maya turut terperangkap antara "cubaan menegur dan cubaan menggugur".


Saya kira tidak perlu menggulas dan menyenaraikan isu, krisis persepsi malah persoalan kredebiliti seorang PM yang sedang menjadi fokus kawan dan lawan tetapi persoalan sekarang ialah apakah kita sebagai penyokong dan pendokong turut juga terhumban ke perangkap lawan? 



Soal menegur PM Najib ini rasa ianya bukan baru kepada blog  SanggahTokJanggut ini kerana  lebih 4 tahun tulisan-tulisan di blog ini dilihat menentang arus bahkan mengundang pelbagai tuduhan daripada kawan-kawan yang sekali gus menyebabkan saya kehilangan banyak keistemewaan sebagaimana yang di perolehi oleh kawan-kawan yang seninya hanya menjilat..Namun disaat PM Najib sudah dilihat berani dan mula keluar dari kepompong politik Najib yang dulu, kenapa ianya terus menerus mahu dipersalahkan?


Bermula dengan "political will" yang digunakan untuk membina pasukan kabinet baru menghadapi "kemelut politik semasa", kemudian diteruskan dengan "operasi pembersihan" pasukan perkhidmatan (operasi tidak harus diberhentikan sehingga matlamat tercapai) kenapa tindakan PMNajib  terus ingin dipersalahkan?


Dimensi yang cuba dibuat oleh PM  Najib inilah yang menjadi sentuhan dan bahan teguran blog ini dan kawan-kawan lain (yang peka permainan politik lawan) yang secara konsisten menegur PM Najib sebelum ini. Persoalan Timbalan Pesuruhjaya SPRM (http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/10/prinsip-siasatan-sprm-shukri-mula.html ) , Peguam Negara (http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2013/06/peguam-negara-sudah-terlalu.html ) malah ramai lagi dimana selama ini kita yang memberi pandangan agar PM Najib berani mengambil tindakan kerana tindakan-tindakan mereka sebelum ini jelas memberi kesan yang negatif kepada keyakinan rakyat (hal ini sudah menjadi rahsia umum) , kenapa bila tindakan diambil oleh PM, kita seakan-akan marah dan mula bertindak seperti pembangkang?Bukankah itu yang kita mahukan?Kita mahu musang berbulu ayam,gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dihapuskan dalam kabinet hari ini.


Pada ketika PM Najib tidak bertindak, kita melontarkan berbagai-bagai kecaman terhadap beliau, kita aibkan PM Najib sebagai PM yang pengecut, tiada telur dan berbagai-bagai label diberikan sepanjang sebelum tindakan pembersihan ini dibuat tapi bila PM Najib menunjukkan tanda-tanda mahu membersihkan kabinet serta penjawat awam secara total, kita pula menyerang PM Najib dan menyanggah tindakan yang beliau lakukan.


Pembersihan liabiliti kepada kerajaan dan PM Najib ini tidak harus terhenti setakat itu sahaja kerana masih banyak 'musang berbulu ayam' yang menabur duri dan paku dijalan yang mahu dilalui oleh PM Najib dan pasukannya dan tindakan perdana Menteri ini perlu diberi sokongan. 


Agensi-agensi strategik seperti Biro Tata Negara yang Ketua Pengarahnya semua pimpinan kerajaan dan UMNO tahu latar belakangnya, Pengarah Strategik PMO, pegawai-pegawai di PMO,RD, KEMAS, JASA malah disemua tempat strategik perlu dibersihkan agar cacing tidak naik ke mata. 


Setiap bulan mereka ini mengaut keuntungan dari gaji dan elaun, tetapi mulut dan pemikiran mereka setiap hari memesongkan pemikiran rakyat dan pengundi agar menentang kerajaan. Marilah kita bertawakuf seketika mencari makna dan menilai, apakah kita ingin menegur atau menggugur?


Jika kita memang senada ingin menegur maka berilah ruang untuk PM Najib yang telah terjaga dari lena ini dan bertindak sebagai Perdana Menteri untuk  menyelamatkan parti, Bangsa Agama dan Negara, kecualilah kita memang berniat ingin menggugur beliau. 


Jika itu memang nawaitu kita, maka marilah berlapang dada. Bukan perkara pelik pun kerana Ali pernah bersengketa dgn Muawiyah sehingga tercetusnya perang Siffin yang akhirnya Muawiyyah mendapat kuasa, bukan perkara pelik pun apabila Maharaja Asoka melaluiPperang Kalinga sanggup mengorbankan saudara untuk kekal berkuasa.

Benarkan Ananda Krishnan dan Vincent Tan terlibat dalam PAU13?

$
0
0


Vincent Tan konglemerat Cina yang tidak asing lagi..

PATUTLAH wang mengalir bagai air lalu di sepanjang pemilihan UMNO 2013 ini rupa-rupanya empat orang konglemerat atau taikun daripada berbagai bangsa serta abang seorang calon dikatakan berhempas pulas termasuklah memperuntukkan kewangan kepada setiap perwakilan yang boleh mengundi agar calon yang mereka ketengahkan dipilih dalam Pemilihan UMNO nanti.

Antara empat konglemerat tersebut yang dikatakan terlibat adalah Tan Sri Ananda Krisnan,Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhray yang menyumbang sumber kewangan bagi memastikan calon tersebut dipilih oleh perwakilan UMNO pada Sabtu ini dan ada sumber yang mendakwa bahawa setiap perwakilan agak mewah malah lebih mewah lagi jentera-jentera kempen yang dilantik.


Yang menimbulkan persoalan andainya dakwaan tersebut benar, untuk apa Ananda Krishnan dan Vincent Tan terlibat dalam pemilihan UMNO kali ini dan apa agenda mereka yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit bagi memenangkan calon tersebut?

Atau mereka sedang mewujudkan satu grand design yang cukup besar memperalatkan pemimpin tersebut bagi tambah menjahanamkan UMNO kononnya atas tiket perubahan sedangkang ada agenda peribadi yang mereka sembunyikan.

Kita faham kalau abang kepada calon itu terlibat dan seorang lagi berpangkat Tan Sri dari Utara tanahair turut terlibat tetapi keterlibatan seorang tokoh India dan seorang tokoh Cina ini adalah diluar kebiasaan dalam tradisi pemilihan UMNO dan sekiranya ada yang menganggap politik wang boleh berakhir selepas Pindaan Perlembagaan dibuat,itu adalah anggapan yang sia-sia kerana kerakusan dan ketamakan untuk memegang kuasa lebih mendorong kepada calon ini dan tidak peduli natijahnya asalkan beliau menang.

Ananda didakwa turut terlibat...
Terbukti wujud campurtangan pihak-pihak yang tidak berkaitan untuk mewarnai pemiliha UMNO kali ini dan pengaliran wang begitu berleluasa yang memungkinkan UMNP bertambah parah selepas tamat pemilihan ini nanti.

Cuba kita bayangkan andainya RM300 diberikan kepada setiap perwakilan atapun RM1,000 atau mungkin lebih kepada jentera kempen,berapa jumlah wang yang diperuntukan untuk membeli jawatan tersebut.Andainya RM20,000 diberikan kepada setiap Ketua Bahagian,cuba bayangkan atau jumlahkan RM20,000 kali 191 Bahagian UMNO.Berapa jumlahnya? Wow! kata Jamal Pak Tongkol!

Dan kita semakin percaya serta yakin hebat mana sekalipun seseorang calon itu tetapi tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh ianya tidak akan mendapat tempat dalam UMNO dan seburuk mana sekalipun pemimpin itu waima tauke rumah urut sekalipun sekiranya mereka mempunyai wang yang banyak dan boleh mengabui mata perwakilan,nescaya mereka akan dipilih sebagai pemimpin,Betullah kata orang,UMNO ini hanya untuk orang yang banyak duit!

Ada juga orang yang memberitahu bahawa Cina ataupun India tidak mungkin akan melabur sedemikan banyak wang kalau tidak dijanjikan dengan pulang-pulangan yang menarik dan kita mula terfikir bahawa adakah proses transformasi yang digembar gembur ini akhirnya akan menjadi parti sebagai ladang tanaman suburuntuk kumpulan penyamun-penyamun kolar putih ini mengaut laba?

Kita juga  ingin tahu apa relevannya dua taikun besar ini terlibat dalam proses pemilihan UMNO dan kita juga ingin tahu adakah JawatanKuasa Pemantau Pemilihan UMNO mengetahui segala gerakan ini dan sekalgus kita menuntut SPRM memantau segala peranan mereka ini sejajar dengan keputusan SPRM sebelum ini.

UMNO sedang bersedia untuk mengisi proses transformasi tersebut tetapi jangan pula ada tangan-tangan ghaib yang sedang mencaturkan siapa menang dan siapa yang patut kalah dalam pemilihan ini dan kepada setiap perwakilan yang diberikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin tertinggi parti harus melihat dengan mata sedar serta akal panjang dan tidak terikut dengan emosi sehingga kita turut terpererangkap dalam perangka-perangkap yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Di pentas bercakap tentang gelombang transformasi sedangkan hakikatnya mereka mempengaruhi perrwakilan dengan wang kecil jumlahnya tetapi yang kevil itulah boleh menjadi batang mancis untuk membakar parti keramat UMNO ini.Tepuk dada Tanya selera.Dan jangan ingat masa depan parti di PRU14 nanti terletak ditangan kita seorang sahaja tetapi menjadi tanggungjawab semua pemimpin dan ahli parti.Jazakllah..

BTN sambut cabaran Najib- laksana perkaderan melalui ABIM!

$
0
0


Najib sedar pentingnya perkaderan!

APAKAH perwakilan yang sedang bersidang di Dewan Merdeka ketika ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 menerima serta memahami maksud transformasi kerana sejak UMNO kehilangan sokongan dalam PRU12 dan PRU13 yang kita lihat ketika ini perangainya tetap sama sahaja kerana yang mereka tahu serta sinonim dengan mereka adalah bertepuk tangan dengan kuat sambil menjerit Hidup Melayu dan bangun beri penghormatan terhadap ucapan dasar Presiden dan ini semuanya masih tetap sama seperti sebelumnya dan tidak berubah-ubah


Sejak tahun 2008 UMNO telah hilang sokongan, ahli UMNO begitu marah pada Pak Lah dan mendesak Presiden ditukarkan dan sejak itu sehingga sekarang sudah 5 tahun UMNO mendapat Presiden baru tapi malangnya baru hari ini Presiden baru tersedar bahawa dunia maya dan perkaderan ahli perlu dikuasai oleh UMNO,lima tahun masanya diambil oleh  Presiden UMNO untuk tahu dan menyedari tentang ancaman ini.



Apakah UMNO benar-benar merasa tidak selamat untuk PRU14 sehinggakan Presiden bercakap tentang perkaderan?Siapa pula yang akan ditugaskan untuk menjalankan perkaderan ini?Siapa kumpulan sasar untuk dikaderkan dan apakah ada orang muda berminat menyertainya?


Dulu-dulu kejayaan perkaderan ini kerana ada agensi yang membantu.menyusun modul,mengenal pasti kumpulan sasar,membuat` talent scouting’ dan melatih dan sekarang masih ada lagikah  agensi yangg mahir dan berminat?


Kerana agensi dan orang yang bertanggung jawab itu wajib memahami bahawa UMNO adalah parti orang melayu,mereka perlu mahir tentang ancaman kepada Melayu,memahami realiti politik melayu dan dia tidak takut untuk di lihat  sebagai `ultra malay’ tapi masih ada lagikah semua di saat dan tika ini,disaat Presiden UMNO sedang keluh kesah serta gundah gulana setelah semuanya telah menjadi 1Malaysia. 


Bila dibuat perkaderan,UMNO akan jadi rasis kerana mahu nyanyikan lagu Warisan yang mengingatkan masa depan Melayu pun sudah  jadi satu dosa barangkali kita kena nyanyi lagu pemimpin Raja Arif wibawa.lagu baru Biro Tata Negara!


Jika dulu perkaderan UMNO ini Biro Tata Negara (BTN) lah yang menjadi sandarannya,tanyalah kepada  semua yang bergelar pemimpin UMNO yang berada di atas pentas PAU13 itu,semuanya pasti pernah melalui kesedaran perjuangan UMNO melalui kursus-kursus anjuran BTN,kini ada lagikah? Kalau setakat Raja Arif,Hanafi dan Mokhtar yang pimpin BTN,bukannya perkaderan UMNO tetapi ia akan jadi perkaderan ABIM.Harapkan mereka ini umpama memberikan peluru untuk membunuh kita semua.


Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi-Ketiga-tiga makhluk ini ibarat racun perosak yang akan membunuh UMNO...Besar dosa mereka terhadap PM Najib dan orang Melayu di negara ini..Kita tidak tahu apa sebenarnya tujuan serta matlamat mereka yang sering keluar negara,terbaru Hanafi Harun bertolak ke Korea saat UMNO sedang bersidang..apa hubungan BTN dengan Korea?Terbaru,Moktar sedang menukar pegawai-pegawai yang tidak sealiran dengan mereka..
PM Najib dan Razali Ibrahim perlu semak modul dan input ceramah BTN hari ini kerana mana ada lagi pendedahan tentang realiti politik dan ancaman terhadap bangsa Melayu.Mana ada lagi pendedahan tentang gerakan pembangkang PAS,PKR dan DAP.Semua tentang ancaman jangan lagi diharapkan untuk disebut dalam kursus-kursus BTN.Kenapa?

Kerana bila didedahkan ianya secara automatic terpaksa mendedahkan kejahatan Anwar Ibrahim bila nama barua seperti Anwar Ibrahim ini ianya berkait rapat dengan musang berbulu ayam yang bernama Raja Arif Ketua Pengarah BTN dan untuk selamat daripada dipindahkan,ditukar ataupun ditamatkan kontrak jangan sesekali menunjuk pandai untuk mendedahkan ancaman pembangkang terhadap UMNO terutama sekali membabitkan Anwar.


Malah tayangan video Anwar berbohong tentang 40,000 pengundi Bangladesh semasa ucapan dasar Presiden itu juga sebenarnya satu kesalahan besar PM Najib di mata Raja Arif,Mokhtar dan Hanafi Harun yang telah pun berlepas ke Korea di saat UMNO sedang bersidang.


Kalau Presiden UMNO ikhlas inginkan UMNO bangkit melalui penguasaan dunia maya dan perkaderan seperti yang dimaksudkan,Presiden UMNO wajibberani bertindak kerana falsafah Cina ada menyebut `ikan kalau buruk,ia buruk dikepala dulu’maksudnya ia harus bermula dengan Ketua dan dikuti oleh Timbalan-Timbalannya.


Presiden umno kena berani bertindak dan tindakan yng paling baik dalam waktu terdekat ini adalah memulih keberkesanan agensi-agensi seperti BTN sebagai pemain `behind the screen’ dalam menjayakan hasrat beliau untuk  perkaderan dan penguasaan maya dengan melatih jentera UMNO untuk memahami serta mempunyai kemahiran tentang `cyber space’.


Dua perkara yng disebut oleh Presiden UMNO iaitu perkaderan dan penguasaan dunia maya bukanlah perkara mudah kerana kedua-duanya memerlukan kemahiran khusus dari segi merangka mudul,membuat pengisian dan menyusun program latihan dan apakah biro-biro didalam UMNO  mampu berbuat demikian?Selama ini, tugasan-tugas seperti  inilah dibuat secara `hidden’ oleh agensi-agensi yang mahir dan berkebolehan.


Apakah agensi seperti BTN yang dipimpin oleh tiga makhluk yang penuh misteri ini mampu melakukannya?Tepuk dada tanya selera Presiden dan sekiranya PM Najib tidak berani bertindak memecat ataupun menamatkan kontrak ketiga-tiga makhluk ini,yakin dan percayalah mereka in akan terus menjadi duri dalam daging,gunting dalam lipatan dan api dalam sekam.Ketiga-tiga mereka ini sudah menjadi laibaliti kepada BTN kerana perkaderan bukan lagi perkara penting dimata mereka kerana yang lebih penting adalah menggunakan kedudukan serta jawatan untuk melancong keluar Negara dengan alasan bertemu pelajar.


Terserah kepada PM Najib samada berani atau tidak mengambil tindakan kerana selagi 3 makhluk ini merajai BTN,harapan PM Najib tentang perkaderan ibarat seperti menabur garam di laut lepas dan harapan serta ucapan PM Najib adalah sekadar menyedapkan telinga mendengar,mata memandang.Jazakallah…

Anak kecil main api-Najib halal,Raja Arif haram!

$
0
0


PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2013 sudah pun berakhir tetapi saya terkejut bila PM Najib Razak yang juga Presiden UMNO Malaysia menamatkan Persidangan Agong itu dengan menyanyikan lagu Warisan(Anak Kecil Main Api) dan dua hari sebelum itu Timbalan Presiden semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengungkap bait-bait kata dari lagu ini dan saya terkenang kata-kata Ketua Pengarah BTN Raja Arif yang berkata PM Najib telah mengharamkan lagu ini malah lagu ini juga diharamkan untuk dinyanyikan dalam kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara dan kalau benar ianya haram,mana mungkin PM Najib menyanyikannya?Apa mesej sebenar PM Najib?


Sepanjang ingatan saya memang lagu ini pernah diharamkan diketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan Perubahan Sikap merangkap individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Tata Negara ketika itu.



Sebagai Ketua Pengarah BTN,beliau mengharamkan lagu ini dengan alasan PM Najib tidak suka,bagi beliau pula lagu itu lekeh, low class dan PM Najib bersetuju dengan beliau yang mahu lagu itu dibuang jauh-jauh daaripada menjadi modul latihan serta untuk perubahan sikap namun pada petang tersebut dengan bersaksikan ribuan mata para perwakilan PM Najib sendiri seakan hafal dan menyanyikannya dengan baik  memberi kan jawapan siapa sebenarnya yang mengharamkan lagu ini dan juga memberi isyarat jelas bahawa Raja Arif masih lagi mendengar arahan siapa sebenarnya malah BTN kini telahpun menyiapkan sebuah lagu baru yang mempunyai bait-bait kata `pemimpin arif wibawa’ dan apa justifikasinya menukar lagu Warisan ke lagu ini?


Lagu yang dikatakan diharamkan oleh PM Najib

Rupa-rupanya Ketaatan Raja Arif yng berganding mantap dengan Shahlan Ismail bukan hanya ketika menjadi jentera yang mencetak,mengedar gambar mata lebam Anwar Ibrahim dan menggerakan reformasi tahun 1999 tetapi berterusan hingga hari ini walaupun duduk dibawak ketiak PM Najib dan cuba tanya sebahagian Pengarah yang masih dalam BTN dan sebahagiannya telah keluar BTN, apakah arahan Sahlan kepada pegawai BTN sewaktu Anwar Ibrahim ditangkap? `..Letak jawatan dan turun berdemo..!,itukan antara arahan Sahlan?


Raja Arif perbudakkan Timbalan Menteri ini...
beri kedudukan selesa kepada orang yang bermuka-muka dan bersandiwara?


Lihat sahaja bila PM Najib bercakap tentang perkaderan dan kerana ingin bermuka-muka dan bersandiwara,BTN melalui Ketua Pengarah yang namanya Raja Arif ini terus menulis dalam Facebooknya bahawa beliau sedang laksanakan kursus perkaderan sahabat,satu istilah kursus yang amat lucu...`perkaderan sahabat’ atau sebenarnya belaiu ingin peril atau sindir PM Najib atau mungkin Raja Arif saudagar keropok Losong ini amat hebat hingga boleh membaca fikiran PM Najib bilamana sebelum persidangan agong lagi telah tahu lantaran itulah terus menghantar Hanafi Harun ke Korea untuk buat modul kursus perkaderan bersama dengan kerajaan Korea(Kalau ada yang tidak tahu,saya nak bagitahu ni..Hanafi Harun adalah orang yang amat- amat mahir dalam bidanglatihan,tidak ada orang yang cerdik dalam BTN kecuali beliau seorang sahaja!)


Pasti bila Hanafi Harun balik nanti modul perkaderan telah siap dan secara tiba-tiba BTN akan terus melaksanakan kursus perkaderan seperti arahan PM Najib itu kerana bimbang jika tidak dilaksanakan segera,hayatnya tidak panjang di BTN.


kah kita pada PM Najib yang pastik akan diletakan seluruh kesalahan terhadap beliau sekiranya semua yang beliau ucapkan di Perhimpunan Agong itu akan disifatkan sekadar ucapan hangat-hangat tahi ayam? Ucapan yang hanya didengar,dirakam dan tidak perlu diambil tindakan apa-apa.


Dia kata PM haramkan lagu Warisan?
Kasihan kita pada PM Najib jika arahan beliau yang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh semua Melayu yang mendengar ucapannya tetapi cuba dan akan diperbodohkan oleh Ketua-Ketua Jabatan seakan-akan ucapan dan arahan PM Najib itu hanyalah retorik politik dan sekadar untuk mengambil hati orang-orang Melayu.


Cuba kita bayangkan,apakah Ketua Jabatan kerajaan seperti Ketua Pengarah BTN dianggap menghormati dan akur kepada arahan PM Najib jika arahan dan mandat PM Najib yang disampaikan melalui Razali Ibrahim,Timbalan Menteri hanya didengar sambil lalu sambil bermain mesej melalaui telefon disetiap kali mesyuarat,seolah-olah Razali Ibrahim,Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN adalah umpama budak-budak yang tidak faham apa-apa tentang latihan dan perkaderan?Jika manusia seperti Raja Arif ini dibiarkan terus memimpin BTN apakah gerakan perkaderan akan berjaya?


Logo BTN yang lama sebelum Raja Arif...
Logo baru  idea Raja Arif..macam kipas udang..nak transformasi konon!transformasi taik kucing ala Raja Arif..!
PM Najib tidak selamanya harus dipermainkan,denyut nadi PM Najib perlu dilaksanakan segera.usahlah terus menerus menggagalkan usaha dan niat baik PM Najib dengan mensabotajnya dari dalam yang supaya akhirnya seluruh ahli UMNO akan meletakan kesalahan ini pada Presiden dan rakyat keseluruhannya menyalahkan UMNO. Kepada PM Najib..cukup cukup sudah,cukup sampai di sini saja....membiarkan diri dipermainkan..


PM Najib perlu bertindak untuk memastikan kata-katanya `tak kan melayu hilang didunia’ akan terbukti,jiwa seluruh ahli UMNO terus subur untuk memperjuangkan nasib Melayu sebagai mana tegas ucapannya ` UMNOlah tempat orang Melayu bergantung nasib’.

Jiwa pejuang-pejuang UMNO perlu diingatkan sepanjang masa sebagaimana PM Najib ungkapkan bait-bait kata dalam lagu Warisan dan sesiapa juga yg cuba memesongkan fahaman melayu terhadap lagu ini,sesiapa juga yag cuba mematikan lagu ini dari jiwa orang Melayu, mereka adalah musuh Melayu,mereka adalah petualang Melayu,mereka adalah pengkhianat Melayu dan siapa pun dia,siapa pun mereka,di mana sekali pun dia atau mereka samada dalam pejabat,bawah ketiak, dia dan mereka itu juga adalah musuh Presiden parti Melayu.Musuh Melayu tidak layak berada di bawah kerajaan dan pimpinan orang Melayu.

Skandal dan salah laku pengurusan BTN terbongkar?Masihkah Najib diam?

$
0
0

Banyak sangatkah skandal Mokhtar ini?

RASA muak dan makin berbulu mata melihat gelagat Raja Arif,Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang sedang gila dan ligat mencari nyawa ke sana sini supaya beliau tidak ditamatkan sebagai Ketua Pengarah BTN sedangkan semua agensi strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri mengetahui momokan dan pembohongan beliau sebagai Ketua Pengarah yang gagal menerajui jabatannya.

Begitu juga dengan Mokhtar Sulaiman, Timbakan Ketua Pengarah (Pentadbiran) BTN yang sedang hebat mengumpulkan pegawai-pegawai BTN yang sebelum ini pernah bersama beliau,yang boleh beliau cucuk hidung dan dalam masa yang sama mereka terus mengumpulkan bekas-bekas ABIM di jabatan itu untuk menerajui jabatan-jabatan strategik dalam BTN.

Kita sedang berfikir,apakah nilai nilai sebenar yangg mahu ditunjukan oleh pengurusan BTN?Jika bercakap tentang integriti,apakah 3 peneraju BTN itu ada integriti?Cuba semak macam mana permainan politik untuk bisness yang Mokhtar sedang lakukan?Seakan-akan sedang melepaskan geram, semuua projek dipulun oleh syarikat yang beliau putuskan di ibu pejabat seperti pembelian alat siaraya biarpun projek itu di peringkat negeri dan juga  kem latihan.


Sebab itulah dibawa masuk Pengetua-Pengetua Kem yang boleh beliau cucuk hidung untuk bersikap jangan persoalkan apa yang Mokhtar sedang buat hatta Raja Arif sendiri pun seakan lembu yang dicucuk hidung oleh Mokhtar kerana tidak pernah tahu politik Mokhtar dalam urusan perniagaan membabitkan BTN.

Sama juga dengan gerakan membawa masuk PTD-PTD yang diuruskan oleh Mokhtar untuk dibawa masuk ke dalam BTN,semuanya yang tiada latar belakang latihan dan yang penting kepada beliau adalah berlatarbelakangkan ABIM.Semaklah homepage ABIM dan carilah siapa PTD-PTD yang dibawa masuk untuk menerajui jabatan-jabatan lain dalam BTNyang berkait rapat dengan ABIM Pusat,semuanya datang daripada usrah ABIM dan terbaru dikhabarkan satu lagi penyokong tegar Anwar Ibrahim akan dibawa masuk ke dalam BTN ,yang pernah jadi anak buah Mokhtar iaitu Razali Malik.

Jangan lupa kepada Mokhtar ini yang ada sindrom hanya beliau seoarang sahaja PTD yang hebat dan kita harap skandal yang dikaitkan dengan Mokhtar satu ketika dulu tidak benar dengan seorang pegawai BTN bernama Cik Manis dan sinonim dengan panggilan anak Abah yang dinaikan ke Gred 52 oleh Mokhtar kerana ada yang mendakwa satu ketika dulu Cik Manis ini diusung ke hulu ke hilir,siang dan malam.Kalaulah dakwaan ini benar,dimanakah maruah beliau?Dan demi menutup skandal ini kononnya dilantik seorang pegawai lain untuk menjadi balaci ataupun barua menutup segala perlakuan sumbang dan songsangnya dan pegawai yang jadi pak sanggup itupun khabarnya di naikan ke Gred 52.Itu kisah di BTN dulu dan Cik Manis sudahpun berkahwin dan mempunyai anak-anak.Kita harap ini tidak benar dan kalau benar alangkah malangnya kepada BTN yang menyimpan Timbalan Ketua Pengarah seperti ini.

Razali bersama pegawai BTN..
Cik Manis juga dikatakan telah membawa masuk banyak syarikat untuk berurusniaga dengan BTN dan khabarnya termasuk syarikat milik suaminya.Kita tidak tahu adakah syraikat-syarikat itu sudah dapat bayaran atau tidak?Mokhtar tidak boleh mengelak untuk menjawab tentang projek air mineral dari Selangor ke Sabah sewaktu PRU13 lalu, penyelenggaran Rumah Meranti di Jalan Bellamy, pembinaan pagar Kem Latihan dan projek percetakan yang beliau agihkan dan kita percaya Raja Arif pun tidak tahu permainan Mokhtar ini.

Kita juga ingin bertanya Mokhtar,tuntutan RM1.6 juta itu sudah dapat ke belum? Kita bimbang kalau tidak diagihkan samarata akan terjadi pecah kongsi pula dan takkanlah setakat beli Pajero buruk sahaja dan takkanlah juga ke Indonesia sampai seminggu hanya kerana buku yang mahu diberikan kepada PM Najib tentang aktiviti BTN di Indonesia.

Begitu juga dengan kos pemergian Mokhtar bersama Nadiah,Penolong Pengarah dari Bahagian Mahasiswa ke Jepun berjumlah RM98 ribu dan Wisma Putra menuntut bayaran ataupun kos tersebut dari BTN.Apa program  yang beliau buat di sana antara BTN dan Wisma Putra dan takkanlah kos untuk seorang Timbalan Ketua Pengarah dan seorang Penolong Pengarah bernilai sebanyak itu?Alangkah baiknya kalau wang sebanyak itu digunakan untuk kepentingan pelajar-pelajar dalam Negara.

Malah ketika beliau di Jabatan Perangkaan,kereta yang baru dibeli telah dicalar dan dirosakkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan dan kalau benar beliau seorang pegawai yang jujur dan beramanah seperti yang beliau uar-uarkan,mana mungkin beliau akan diperlakukan sedemikan rupa oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perangkaan,itu belum lagi kita dedahkan apa yang berlaku di KPDNKK dan bab Mokhtar ini,Rodiah tahu banyak ceritanya.

Tentang Hanapi Harun,Timbaan Ketua Pengarah (Latihan) BTN ini pun satu perkara juga.Cuba buat bancian kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan BTN dan cari berapa ramai yang suka dan benci terhadap Hanapi@Abu Nawas ini.Mengapa beliau dibenci?Beliau dibenci hanya kerana beliau perasan hanya beliau yang hebat dan baik serta sempurna di BTN itu kalau mahu dibandingkan dengan Mokhtar dan Raja Arif,semua orang lain tidak sempurna mengikut KPInya,hanya beliau yang ada integriti dan cuba tanya bagaimana beliau mengkhianati dan sabotaj PM serta Ketua beliau sebelum ini di BTN bila secara sengaja membiarkan sajak Ku Cari Damai Abadi telah disalahcetak dan diedarkan dalam majlis yang telah memalukan Perdana Menteri ketika itu,Pak Lah.

Jadi kalau hari ini ada pegawai-pegawai BTN yang juga bersikap sedemikian terhadapnya,beliau perlu tahu bahawa apa yang beliau telah buat sebelum ini telah berlaku terhadap dirinya hari ini.Ini hukum karma Hanapi!

Raja Arif dan Hanapi dalam majlis usrah ABIM..
Kalau betul mereka ini jenis spesis yang ada integriti dan maruah sepatutnya mereka sudah ambil tangguung jawab dan meletak jawatan tapi kerana mereka memang jenis spesis yang semua orang tahu dan kenal sebagai syok sendiri,maka dengan bangganya mereka  canang, merekala orang-orang yang paling hebat dan mereka lupa segala yang sedang mereka lakukan di BTN ketika ini sebagai menyumbangkan kepada tumbang dan rebahnya BTN yang menjadi mercu tanda perkaderan,roh serta jasad kerajaan sebelum ini.

BTN adalah  satu kekuatan kerajaan setelah bangkit dari peristiwa 13 Mei 1969 dan bagaimana Tun Razak menubuhkan Unit Penyelidikan Belia yang akhirnya dikenali sebagai Biro Tata Negara telah berjaya menanam perasaan patriotik dikalangan rakyat dan pemimpin sehingga kita boleh tanya,mana pemimpin dari pelajar sehinggalah memimpin agensi kerajaan dan parti dan kerajaan hari ini termasuklah yang berada dalam pembangkang,siapa yang tidak pernah melalui kursus dan latihan BTN?

Tapi kini dimana peranan BTN?BTN dibawah pengurusan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi sudah jadi gelangang yang telah lari jauh daripada kerangka yang Allahyarham Tun Razak impikan.BTNByang dulunya mengasuh dan mendidik serta melatih anak-anak muda,memberi kesedaran dan input yang amat mahal tentang senario politik dan ancaman namun kini nilai BTN sudah jadi seperti kata pujangga `ketam mengajar anak berjalan betul,menjadi seperti pepat diluar rencong di dalam’ kepada bangsa Melayu,menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan untuk agama,bangsa dan Negara ini. 

Mana agensi yang serius memikul peranan ini selain BTN tapi kelihatan BTN  terlalu takut jika anak Melayu mempunyai rasa cinta yang mendalam kepada bangsanya dan apakah BTN atau kita tidak ambil kisah atau peduli jika anak-anak Cina diasuh dengan pelbagai sentimen melalui SRJKC dan program `summer camp’ anjuran mereka?Kenapa kita terlalu pesimis dan akhirnya BTN menjadi korban dan mula menganut fahaman pluralism hasil idea pengurusan BTN hari ini.

Apakah masih ada program BTN yang menanam semangat seperti BTN zaman Nordin Kardi ataupun Saghul Hameed dulu?Lebih malang,BTN hari inisekarang menjadi lebih sensitif kepada denyut nadi pembangkang berbanding dengan denyut nadi kerajaan.

Bukankah kumpulan ABIM yang menjadi idola dan rujukan Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi ini sebenarnya lebih assabiyah daripada mana-mana kumpulan yang merasakan hanya kumpulan mereka sahaja yag bijak dan benar tapi ABIM masih jadi keutamaan mereka dan relevenkah BTN dan modulnya yang ada dengan cabaran PRU14 nanti? Masih belum terlambat,tunjukan jalan keluar dan hambat Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi daripada terus menjadi Sultan dan Raja di BTN.

Adakah Jakel Sultan Wilayah Persekutuan?

$
0
0

Jakel-taukeh kain jadi taukeh tanah!
TIBA-TIBA sahaja nama Jakel menjadi sebutan ramai di Wilayah Persekutuan hari ini dan Jakel yang lebih dikenali sebelum ini sebagai pemborong dan pengedar kain dalam negara tiba-tiba menjadi jutawan hartanah yang sedang menguasai sebahagian besar tanah-tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan mereka merupakan antara kuasa baru pemaju hartanah di bandaraya ini walaupun sebelum ini latar belakang mereka bukan sebagai pemaju tetapi taukeh kain semata-mata.

Kita tidak tahu daripada mana ataupun kuasa mana yang berada di belakang Jakel sehingga mereka berjaya memperolehi kelulusan tanah untuk diberikan pada mereka walaupun tanah-tanah yang diluluskan itu pernah dimohon oleh beberapa syarikat tetapi ditolak oleh DBKL dan juga Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan kononnya tanah-tanah yang dipohon itu akan dibangunkan antaranya pejabat-pejabat DBKL dan juga kuarters penempatan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Salah satu tanah yang berjaya dipindahmilik menjadi hak Jackel untuk dimajukan atas dasar pengswataan adalah tanah di Cheras yang dibawah tadbiran  Jabatan Kejuruteraan DBKL dimana tanah ini sebelum ini pernah dimohon oleh sebuah syarikat milik anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk dimajukan dan juga turut dimohon oleh Yayasan Pendidikan Cheras untuk membangunkan kolej mereka tetapi telah ditolak oleh DBKL dengan alasan DBKL tidak berniat untuk mengswasta bagi dimajukan kerana tanah tersebut akan dibangunkan untuk penempatan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Hari ini kelulusan pembangunan tanah itu diluluskan kepada Jakel.

Begitu juga dengan tanah yang menempatkan Velodrom Kuala Lumpur yang terletak di Bandar Tun Razak turut diluluskan untuk diberikan kepada Jakel dan begitu juga tanah bekas tapak setinggan di belakang Puspakom Wangsa Maju turut diserahkan kepada Jakel dan tanah di Jalan Ipoh yang sebelum ini dikatakan menjadi tempat pembuangan sampah juga turut diserahkan kepada Jakel

Adakah Ahmad Phesal bersubahat?
Kita terperanjat kerana begitu mudah kelulusan demi kelulusan diberikan kepada syarikat kain ini oleh DBKL ataupun ada arahan-arahan tertentu daripada pihak tertentu supaya Jackel ini dijadikan anak emas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan menjadikan seolah-olah Jackel adalah Sultan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dan mereka boleh mengatasi semua kuasa yang ada termasuklah kuasa Datuk Bandar,Menteri dan juga KSU.

Jakel yang asalnya bermula di Segamat sebagai cabang perniagaan kain dimana sebelum ini mereka beroperasi secara penuh di Singapura dilihat mula memasuk jarumnya di Malaysia dengan menjadi penaja utama kepada pemberian kain sempena bulan Ramadan lalu kepada seluruh bahagian-bahagian UMNO di seluruh Malaysia malah Jakel juga dikatakan menjadi penaja kepada semua jenis pakaian termasuklah baju Melayu dan juga baju korporat UMNO daripada Pengerusi Tetap hingga ke MT UMNO.

Apakah kerana kemurahan hati Jakel ini dibalas oleh DBKL ataupun Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyerahkan tanah-tanah yang disebutkan sabagai imbuhan kepada `jasa’ mereka itu?

Takkan sewenag-wenangnya diserahkan pengswastaan tanah ini sedangkan Jakel bukanlah sebuah syarikat yang terlibat dan berpengalaman dalam pemilikan  dan pembangunan hartanah sebegini kerana pengalaman mereka hanyalah tauke kain semata-mata.

Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan  dan juga Datuk Bandar Kuala Lumpur kita percaya tidak menerima tekanan daripada sesiapa pun ternasuklah Perdana Menteri untuk  meluluskan tanah-tanah ini atas nama pengswastaan dan sekiranya mereka menerima tekanan  dan meluluskan pada Jakel kerana mungkin ada pihak termakan budi dengan Jakel,alangkah malangnya kita mempunyai pemimpin yang semudah itu melepaskan tanah milik DBKL,milik rakyat kepada syarikat ini sedangkan mesyuarat pengurusan tanah DBKL sebelum ini jelas  status tanah tersebut bukan untuk diswastakan.

Patutlah Jakel bersungguh benar menaja seluruh pakaian rupa-rupanya ada niat lain yang tersirat,bagi sumbangan kain dapat upah tanah dari kerajaan!

Moga Ku Nan dan KSU tidak terlibat gadai tanah DBKL?
Kita melihat terlalu banyak penyelewengan dilakukan oleh pemaju hartanah milik DBKL ini dan sebagai contoh lain lihat sahaja pembangunan tanah yang diluluskan kepada YTL di Sentul terhadap tanah Keretapi Tanah Melayu  sebanyak 5,000 ekar jelas melanggar arahan pembangunan dimana plan pembangunan diluluskan oleh DBKL sepatutnya dibina 1,500 unit rumah kos rendah dahulu untuk menempatkan penempatan pekerja-pekerja KTM tapi apa yang YTL buat, bukan rumah kos rendah yang dibangunkan tetapi semua rumah mewah yang tidak mampu dimiliki oleh pekerja-pekerja keretapi Tanah Melayu. Asal nama berkaitan dengan Melayu sahaja pasti mangsanya adalah orang Melayu!

Kita percaya disebalik semua kelulusan yang diberikan termasuklah kepada Jakel ini ada rasuah tersembunyi ataupun ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan Tengku Adnan ataupun Datuk Bandar Kuala Lumpur meluluskan kepada Jakel walaupun sebelum ini terdapat ribuan permohonan daripada syarikat-syarikat berpengalaman namun ditolak oleh DBKL dengan alasan untuk kegunaan DBKL sendiri.

Siapa dibelakang Jakel hingga mereka dilihat menjadi kuasa besar di Wilayah Persekutuan ini?Meraka dilihat seperti seoarang Raja yang berkuasa penuh dan boleh minta apa sahaja yang mereka mahu?Adakah Tengku Adnan di belakang mereka?Datuk Bandar Kuala Lumpur di belakang mereka ataupun orang-orang tertentu yang berada di sekeliling Perdana Menteri yang menjadi `master mind’ merampas segala tanah-tanah milik DBKL dan rakyat ini?



Viewing all 63 articles
Browse latest View live